Cantik Ke Hagia Sophia Tu Min
NAJIB Razak menyindir menteri kanan ekonomi Mohamed Azmin Ali ‘bercuti’ di Turki, selepas gambarnya dibawa melawat ke bangunan agam Hagia Sophia di Istanbul tular di media sosial, lewat petang semalam.
Bekas perdana menteri menyifatkan Azmin beruntung dapat singgah ke Hagia Sophia, tidak seperti dirinya dulu semasa ke Istanbul pada 2017 semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidang Islam (OIC).
“Sayang sekali. Tak sempat ke Hagia Sophia.
“Min, cantik ke tempat ni? Ambil gambar share lah dengan kita ye.
“Tak ada peluang sampai nak buat macam mana, kan? Dapat tengok gambar pun happy dah,” tulis Najib di Twitter.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here
Menurut Najib, beliau pada masa itu tidak sempat ke Hagia Sophia kerana tiba di Istanbul lewat malam dan keesokannya sibuk memenuhi jadual mesyuarat dan pertemuan dengan pemimpin dunia.
Gambar Azmin di Hagia Sophia dimuat naik ke Instagram oleh pemandu pelancong berlesen Necdet dari Turkey Local Guides, yang mengiringi lawatan Azmin ke bangunan mercu tanda Istanbul itu, petang tadi.
Gambar itu dipinda sekali untuk memadamkan kapsyen yang membayangkan Azmin “bersama keluarganya”.
Ia kemudian disunting sekali lagi dengan ralat dan tambahan kapsyen mengatakan lawatan “delegasi rasmi dari MITI” dan diatur oleh kerajaan Turki.
Gambar itu bagaimanapun akhirnya dipadam terus dari Instagram.
Gambar dengan kapsyen sebelum dan selepas suntingan bagaimanapun sempat ditangkap layar oleh pengguna media sosial yang kemudian mengongsinya di Facebook dan Twitter.
Pada Januari 2020, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengembalikan Hagia Sophia, atau disebut juga Ayasofya, sebagai masjid. Sepanjang sejarahnya sejak zaman empayar Rom dan seterusnya Uthmaniyyah, bangunan itu pernah menjadi geraj sebelum dijadikan masjid dan kemudian muzium.
Sementara itu, malam tadi, anak perempuan Azmin, Farah Amira memuat naik fotonya bersama ahli keluarga yang dengan kapsyen mahu menegaskan mereka sebenarnya berada di tanah air dan tidak mengikut lawatan bapa mereka.
Azmin yang sedang dalam lawatan kerja ke luar negara minggu lalu mengadakan lawatan ke Qatar selama tiga hari termasuk bertemu Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani.
Beliau kemudian ke Austria untuk pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Digital Austria Margarete Schramböck serta melawat ibu pejabat Austria Technologie dan Systemtechnik AG (AT&S) di Loeben.
Pengguna media sosial di Malaysia kemudian melepaskan geram kepada Azmin di akaun Facebook menteri Austria itu yang berkongsi berita pertemuan mereka.
Mereka memperlekehkan Azmin dan cara beliau mengendalikan peraturan untuk sektor perkilangan di tengah pandemik yang terus menular.
Azmin mengadakan lawatan ke luar negara ketika kes harian Covid-19 mencecah lebih 9,000 biarpun kerajaan Muhyiddin Yassin mengenakan sekatan penuh pergerakan serta perintah kawalan pergerakan diperketatkan di beberapa mukim dan lokaliti di seluruh negara.
Laporan dari The Malaysian Insight
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/cantik-ke-hagia-sophia-tu-min.html