Cannis Bintang Yang Bakal Bersinar Di Nasdaq
Hello pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella bersama rakan-rakan blogger telah berpeluang menghadiri Persidangan Cannis "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bertempat di Kuala Lumpur Convention Center.
Terlebih dahulu, mari kita kenali Cannis dengan lebih dekat lagi.
Apakah Cannis? Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia dengan tujuh fungsi (7 dalam 1) meliputi penyiaran langsung, e-dagang, diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran.
Aplikasi mudah alih Cannis telah mencipta sejarah apabila berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan dari tarikh pelancaran.
Bermula dari awal 2018, Cannis telah melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama bersama rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di negara-negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi seterusnya menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.
Persidangan yang dihadiri turut dihadiri Tetamu Kehormat, YAM Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan Pengerusi Cannis.
Persidangan meriah dan gilang gemilang tersebut telah dihadiri oleh lebih dari 3000 orang ahli Cannis.
Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon semasa persidangan tersebut berkata perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan preventif dan industri kecantikan.
"Kami sangat berharap agar perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna O2O dengan lancar."
Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' apabila jumlah muat turun aplikasi tersebut di 'App Store' dan 'Google Play' telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Manakala perbelanjaan pengguna secara global pula telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, menyaksikan kenaikan sebanyak 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu. Kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.
Analisa yang dijalankan mendapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video adalah antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun. Secara keseluruhannya, pada suku ketiga tahun 2018 menyaksikan 'App Store dan Google Play' kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.
Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.
Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O
Aplikasi Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri luar talian. Ini bagi membolehkan pengguna luar talian (offline) berbelanja melalui pangkalan data dalam talian (online) seterusnya membolehkan module perniagaan O2O dimulakan iaitu dengan cara menyediakan promosi pemasaran terlebih dahulu, menyeragamkan pengguna online dan offline dan seterusnya membolehkan penghantaran barangan kepada pengguna lebih lancar.
Ini memberikan kepelbagaian kepada ahli-ahli Cannis dimana mereka boleh berbelanja secara online dan offline iaitu melalui kedai-kedai rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran online juga boleh digunakan untuk mendapat potongan harga, memberi lebih penjimatan kepada ahli-ahli Cannis. Selain dari itu, ahli-ahli Cannis turut boleh menyertai pertandingan yang direka khas buat mereka untuk memenangi hadiah utama secara berkongsi.
Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform ini bakal menyediakan susunatur pelan yang komprehensif untuk kedua-duka perkhidmatan, online dan offline. Ini menjadikan ruang berbelanja pengguna Cannis tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang yang terhad. Melalui mod Cannis e-commerce dan keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos yang paling rendah untuk sasaran pasaran yang tepat. Dengan cara ini, keberkesanan pengiklanan dapat dimaksimumkan.
Rakan Strategik Cannis
Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.
Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka berpeluang untuk mempelajari keperluan sebenar pengguna dengan lebih tepat. Kekayaan budaya etnik masyarakat Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia dan boleh menarik lebih ramai rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Cannis adalah sangat luar biasa.
So, pembaca-pembaca sekalian, Misz-ella telah selesai berkongsi maklumat tentang Aplikasi Cannis, satu aplikasi baru yang bakal bersinar di NASDAQ. Terima Kasih kerana mengundang Misz-ella ke majlis perkongsian ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari https://cannis.app./
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2018/10/cannis-bintang-yang-bakal-bersinar-di.html