Campurtangan Politik Dalam Kes Pembekuan Akaun Lim Soon Peng Yang Shukri Abdul Menggelabah Kenapa



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang Undang), Datuk Takiyudin Hasan, memanaskan punggung dan telinga pembangkang (Pakatan Harapan) bila mendedahkan dalam Dewan Rakyat bahawa terdapat campurtangan Dr Mahathir (mantan Perdana Menteri), Lim Guan Eng (mantan Menteri Kewangan) dan Tommy Thomas (mantan Peguam Negara) dalam melepaskan 4 akaun (3 akaun CIMB dan satu akaun Public Bank) milik taikun hartanah Cina, TS Lim Soon Peng yang dibekukan kerana terlibat dalam siasatan SPRM di bawah AMLA.
Jumlah simpanan dalam kesemua empat akaun tersebut adalah sebanyak RM4,085,561.00.

Pendedahan dibuat oleh Takiyudin ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (DAP/Pakatan Harapan) mengenai kes Riza Aziz.
Terdapat beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan terutamanya dari DAP dan PAN yang cuba mengganggu semasa Takiyudin membuat pendedahan tersebut, tetapi tahniah kepada Takiyudin kerana terus tenang menghadapi gangguan dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertujuan supaya Takiyudin tidak dapat meneruskan pendedahan itu.


Jelas pendedahan Takiyudin bukanlah sekadar tuduhan atau fitnah tanpa bukti kerana beliau telah membacakan bukti kukuh dakwaan beliau yang merupakan surat dari peguam LIm Soon Peng, Zainal Abidin bin Jamal dari Zainal Abidin & Co yang telah diminitkan oleh beberapa individu penting dan berpengaruh seperti Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan ketika itu) yang mengandungi arahan supaya SPRM melepaskan akaun Lm Soon Peng.



Kemudiannya Takiyudin membacakan pula surat dari Tommy Thomas (Peguam Negara ketika itu) yang menyatakan arahan dari pihak Peguam Negara supaya SPRM melepaskan kesemua 4 akaun tersebut dengan serta merta.
Sudah jelas lagi bersuluh, memang terdapat campurtangan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Tommy Thomas dalam kes ini.

Setakat ini, sama ada Dr Mahathir, Lim Guan Eng mahu pun Tommy Thomas belum memberikan apa-apa respon atas pendedahan tersebut.
Yang nampak kelam kabut ayam adalah mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull, menyatakan beliau tidak pernah tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan supaya melepaskan akaun milik Lim Soon Peng.
Katanya, beliau tidak akan patuh kepada mana-mana arahan, termasuk menteri atau Perdana Menteri dalam mana-mana siasatannya

"Begitu juga dalam kes ini, saya tak pernah keluarkan arahan kepada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan".
"Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ianya bukan arahan saya." 
"Dalam siasatan, saya hanya akur dengan arahan timbalan pendakwa raya saja, bukannya arahan dari pihak-pihak tidak berkaitan," tambah beliau lagi

Bagi admin, agak menarik kenyataan penafian yang dikeluarkan oleh Shukri

Mana mungkin sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, beliau boleh tidak tahu apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai beliau dalam kes yang berprofil tinggi dan melibatkan arahan khas yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Peguam Negara ketika itu

Shukri berani menafikan bahawa arahan pelepasan akaun-akaun Lim Soon Peng bukan datangnya dari beliau kerana sudah pasti dengan surat yang diminitkan oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan surat dari Peguam Negara yang mengarahkan supaya akaun-akaun itu dilepaskan serta merta, sudah memadai dengan memberikan arahan lisan sudah mencukupi tanpa arahan bertulis dari beliau supaya pegawai penyiasat melepaskan akaun-akaun tersebut

Jadi sekiranya perkara ini disiasat, maka tidak akan ada bukti bertulis yang melibatkan Shukri tetapi satu perkara yang beliau lupa, pegawai yang menerima arahan itu masih bertugas di SPRM dan pada bila-bila masa boleh dipanggil untuk beri keterangan atau sebagai saksi

Dalam menafikan, Shukri mangakui juga bahawa arahan dalaman SPRM itu datangnya dari beliau

Shukri mengakui bahawa dalam siasatan, beliau cuma akur dengan arahan dari Timbalan Pendakwa Raya sahaja

Persoalannya sekarang, seseorang Timbalan Pendakwa Raya akan akur kepada Peguam Negara dan surat arahan supaya akaun-akaun itu dilepaskan datangnya dari Peguam Negara, sudah tentu Tommy Thomas (Peguam Negara ketika itu) cuma akan memberi arahan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, mustahil Tommy Thomas menyampaikan arahan beliau kepada pegawai penyiasat, kalau pun memang arahan tersebut diberikan terus kepada pegawai penyiasat, sudah tentu pegawai penyiasat tersebut akan meminta persetujuan dari Shukri dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil, ini bukannya kes yang melibatkan akaun yang cuma mempunyai duit RM40.00 tetapi melibatkan akaun yang-akaun yang bernilai lebih dari RM4 juta!!

Walau bagaimana pun, pendedahan Takiyudin mesti disiasat secara telus dan terperinci oleh SPRM dan PDRM kerana ini melibatkan salah guna kuasa dan pencabulan undang-undang di peringkat tertinggi

Lupa admin hendak tanya Dr Mahathir, dengar cerita parti baharu yang bakal Dr Mahathir tubuhkan tetap berpegang kepada prinsip membenteras rasuah dan salah guna kuasa, tapi pendedahan Takiyudin nie, nak kira macam mana tu...🤔🤔🤔


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/07/campurtangan-politik-dalam-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Bersikap Suci Dakwa Kes Lim Guan Eng Berunsur Politik Rasis

Dap Bersikap Suci Dakwa Kes Lim Guan Eng Berunsur Politik Rasis

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 303 hits
Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menempelak sikap parti tamak haloba DAP yang seolah olah suci apabila pemimpinnya terpalit dengan tuduhan salah laku dan rasuah Beliau berkata tatkala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdep...
Menjawab Dakwaan Lim Guan Eng Dan Dap Pendakwaan Kes Terowong Adalah Bermotifkan Politik

Menjawab Dakwaan Lim Guan Eng Dan Dap Pendakwaan Kes Terowong Adalah Bermotifkan Politik

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 528 hits
Selepas 3 hari disoal siasat SPRM bermula dari 22 Julai 2020 hingga 26 Julai 2020 mengenai skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6 3 bilion dan diiktraf sebagai skandal salah guna kuasa kedua terbesar negara selepas skand...
Campur Tangan Mahathir Lim Guan Eng Dalam Kes Taikun Hartanah Cina Di Dedahkan Di Parlimen

Campur Tangan Mahathir Lim Guan Eng Dalam Kes Taikun Hartanah Cina Di Dedahkan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 330 hits
Oleh Jebat1 Nampaknya 22 Bulan Pakatan Haprakkan memerintah Malaysia lebih teruk daripada yang disangkakan 2 Campur tangan dan salah guna kuasa dalam sistem keadilan negara didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin...
Sprm Lim Bukan Pemimpin Politik Pertama Kena Tangkap

Sprm Lim Bukan Pemimpin Politik Pertama Kena Tangkap

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 243 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mempertahankan keputusan pegawainya menangkap dan menahan semalaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di lokap sebelum membawanya ke mahkamah Mengulas kritikan susulan penangkapan Lim Azam berkata k...
Sementara Kes Musa Aman Digugurkan Pendakwaaan Kes Lim Guan Eng Menimbulkan Kehairanan

Sementara Kes Musa Aman Digugurkan Pendakwaaan Kes Lim Guan Eng Menimbulkan Kehairanan

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 303 hits
Lim Guan Eng dalam perjalanan politiknya melalui berbagai halangan dan ujian Beliau pernah ditahan ISA dalam usia 20 an dan dipenjarakan pada tahun 1997 serta beberapa kali lagi ditahan dalam pelbagai kes Saya yakin saudara Lim Guan Eng tab...
Abdul Azeez Dedah Pasal Surat Lim Guan Eng

Abdul Azeez Dedah Pasal Surat Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 339 hits
Pertemuan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim pada 14 Ogos 2020 Abdul Azeez dedah pasal surat Lim Guan Eng Mujahil guna skill muka nampak konfi...
Kes Lim Guan Eng Kalau Bn Yang Kena Dap Cepat Bersorak

Kes Lim Guan Eng Kalau Bn Yang Kena Dap Cepat Bersorak

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 314 hits
August 7 2020KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menempelak DAP yang belum pun apa apa pendakwaan dibuat terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu namun laman media sosial parti terbabit menyebut bahawa pendak...
Kes Rasuah Lim Guan Eng Dap Ph Double Standard Khairy

Kes Rasuah Lim Guan Eng Dap Ph Double Standard Khairy

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membidas tindakan Dap dan Pakatan Harapan yang menunjukkan sekali lagi bagaimana sikap double standard mereka terhadap perjalanan undang undang negara Bidas Menteri Sains Teknologi dan Ino...
Kes 10 Rasuah Terowong Strategi Dap Lim Guan Eng Seterusnya

Kes 10 Rasuah Terowong Strategi Dap Lim Guan Eng Seterusnya

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 387 hits
Tidak dapat dinafikan DAP cukup cekap dalam drama meraih simpati Kes belum pun bermula tetapi DAP dan portal portal sekutunya sudah giat menanam persepsi negatif ke dalam otak masyarakat Skrip mereka sama daripada dahulu iaitu kononnya mere...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Stpm Ulangan Tarikh Stpm Ulangan 2024

Himpunan Resepi Ayam Goreng Tepung Mudah

Why Choose Private Hire In London A Traveler S Perspective