Campur Tangan Dalam Kehakiman Bangkai Gajah Yang Sedang Ditutup Kerajaan


harakahdaily.net
March 17, 2025
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman ketika berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam sekali lagi mengundang pertikaian. Kenyataan ini bukan sahaja bercanggah dengan realiti semasa tetapi juga terang-terang cuba menyembunyikan fakta yang jelas dan terang di mata rakyat.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam beberapa kenyataan sebelum ini telah mengingatkan tentang risiko campur tangan politik dalam pelantikan hakim dan memberi amaran mengenai sebarang usaha untuk mempengaruhi badan kehakiman. Adakah kenyataan Ketua Hakim Negara ini dilontarkan tanpa sebarang asas? Sudah tentu ada ‘elephant in the room’ yang sedang cuba disembunyikan kerajaan.

Malah, sembilan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka bahawa pentadbiran kerajaan hari ini lebih teruk dalam menghormati kebebasan badan kehakiman berbanding tiga Perdana Menteri sebelumnya. Pada 10 Januari 2024, Majlis Peguam dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa “campur tangan kerajaan dalam institusi kehakiman semakin ketara dan membimbangkan,” berikutan beberapa keputusan mahkamah yang mencetuskan kontroversi.

Pelantikan bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Salleh, sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menimbulkan persoalan besar mengenai sejauh mana badan kehakiman boleh berfungsi dengan bebas tanpa pengaruh eksekutif. Di banyak negara, terdapat tempoh bertenang (cooling-off period) sebelum seseorang yang memegang jawatan eksekutif boleh dilantik ke badan kehakiman. Ini bertujuan memastikan kebebasan institusi kehakiman dan mengelakkan sebarang pengaruh yang tidak wajar. Namun, di Malaysia, peralihan ini berlaku dengan pantas, menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya terhadap kebebasan kehakiman.

Lebih membimbangkan, keputusan kerajaan untuk tidak merayu pembebasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Visa Luar Negara (VLN) menimbulkan persepsi bahawa sistem kehakiman sedang diperalatkan untuk kepentingan politik.

Sejak awal pentadbiran kerajaan ini, beberapa tindakan telah menimbulkan kebimbangan bahawa badan kehakiman tidak diberikan kebebasan sepenuhnya. Antaranya:Penyelewengan dalam pelantikan kehakiman – Proses pelantikan hakim yang dikritik kerana tidak mematuhi prinsip ketelusan dan meritokrasi, termasuk pelantikan individu yang berkait rapat dengan pentadbiran kerajaan.
Penangguhan atau pengguguran kes berprofil tinggi – Beberapa kes yang melibatkan ahli politik yang bersekutu dengan kerajaan telah ditangguhkan atau digugurkan dengan alasan teknikal, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadilan dalam proses perundangan.

Jelas sekali kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak campur tangan dalam urusan kehakiman adalah retorik kosong yang tidak selari dengan tindakan sebenar. Rakyat berhak mengetahui bahawa kebebasan badan kehakiman tidak boleh hanya sekadar slogan, tetapi mesti dibuktikan dengan tindakan yang benar-benar menghormati doktrin pemisahan kuasa (separation of powers) seperti yang termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang bentuk campur tangan eksekutif (executive interference) dalam badan kehakiman bukan sahaja melanggar prinsip demokrasi, malah boleh membawa kepada krisis keyakinan terhadap sistem keadilan negara.

Justeru, kerajaan dituntut agar:Menghentikan sebarang bentuk campur tangan dalam badan kehakiman dan menjamin kebebasan institusi ini sepenuhnya.
Mewujudkan mekanisme bebas bagi memantau pelantikan dan perjalanan sistem kehakiman agar tidak berada di bawah pengaruh politik.
Kajian semula dibuat terhadap keputusan-keputusan kontroversi yang mencetuskan kebimbangan tentang keadilan dan ketelusan dalam sistem perundangan negara.

Malaysia perlu dipastikan mempunyai badan kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak diperalatkan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Ini bukan sahaja penting bagi memastikan keadilan ditegakkan (justice is upheld) tetapi juga bagi menjamin kestabilan perlembagaan (constitutional stability) dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Mac 2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/campur-tangan-dalam-kehakiman-bangkai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikatakan Saksi Serangan Mental Tekanan Jadi Adakah Campur Tangan Gen

Dikatakan Saksi Serangan Mental Tekanan Jadi Adakah Campur Tangan Gen

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 56 hits
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa seorang saksi utama pendakwaan berada dalam tekanan untuk memberi keterangan terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman demi memuaskan hati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peg...
Ini Madani Yang Tidak Bailout Respon Jurucakap Kerajaan Perpaduan

Ini Madani Yang Tidak Bailout Respon Jurucakap Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 93 hits
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menafikan bahawa pelaburan strategik yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad ke atas Sapura Engergy Berhad ialah jaminan bantuan atau bailout Pelaburan strategik PNB dalam Sapura Energy Bh...
Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8 000 Penjawat Awam Negeri

Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8 000 Penjawat Awam Negeri

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1 000 kepada penjawat awam Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu...
Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 139 hits
SHAH ALAM Kerajaan Pahang menetapkan syarat mana mana pihak yang ingin menubuhkan pusat tahfiz sekolah pondok atau institusi pendidikan Islam persendirian di negeri itu perlu mematuhi kurikulum disediakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ag...
Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 108 hits
Maaf Kandungan Berbayar Kiriman ini hanya boleh dibaca oleh mereka yang telah membelinya Ebook RM4 97 Ebook RM4 97 Ebook RM4 97 Yuran RM150 00 Yuran RM50 00 Ebook RM4 97 Ebook RM4 97 Ebook RM4 97 Susu RM16 00 Buku RM13 00 Sale Video RM15 00...
Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 167 hits
Kerajaan diakui kemudi ekonomi negara lebih baik pembangkang puji usaha tarik ARM masuk melaburHarapandailySeorang penulis Pas mengakui kerajaan Madani terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengemudi ekonom...
Diskaun 15 Di Me Nate Khas Untuk Pesara Kerajaan Sahaja

Diskaun 15 Di Me Nate Khas Untuk Pesara Kerajaan Sahaja

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 100 hits
Diskaun 15 di Me nate Khas Untuk Pesara Kerajaan Sahaja Kerjasama MyPesara dan Me nate Steak Hub Bagi menghargai jasa dan sumbangan pesara kerajaan Me nate Steak Hub dengan kerjasama MyPesara menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 kepada ...
Sultan Pahang Zahir Rasa Bangga Empat Daerah Di Negeri Ini Tersenarai Dalam 20 Bandar Paling Bahagia

Alami Masalah Trim Luaran Longgar Tesla Tarik Balik Model Cybertruck

Huawei Lancar Pura X Telefon Lipat Dipacu Ai Beremosi

Yung Kai Do You Think You Could Love Me Chord

Pm Anwar Minta Pihak Tak Pernah Terlibat Usah Jadi Jaguh Gesa Isu Kuil Diselesai Dengan Aman

Aktiviti Ihya Ramadhan Dpmm Gemakan Penyatuan Ummah Ppim 18 03 2025

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 Penjawat Awam Terima Rm500 Pesara Kerajaan Rm250

Saya Ada Bukti Suami Dedah Dipaksa Ceraikan Nora Dakwa Difitnah Isteri Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pernah Tak Tertinggal Flight

Klinik Dan Hospital Dah Jadi Rumah Kedua

Berdikari

Ramai Pengasas Produk Pempengaruh Di Kelantan Terbabit Pengedaran Dadah Cuci Duit

Giliran Kue Samperit Kuning Samperit Klasik 250g Buttercup Planta 1 Ca

Malam Ganjil 21 Ramadan Mungkin Malam Lailatul Qadar Dapatkan Info Dari Sk Padang Peka