Pintu pagar Vistana Sedim Riverside Resort @ Riyau
Kami telah menempah 4 tapak khemah, iaitu campsite 1,2,3&4, and juga 1 bilik glamping sebulan lebih awal.
Tapak Campsite 1 & 2, dilengkapi dengan sumber elektrik
Rakan-rakan yang berminat untuk menempah, boleh melakukan hal demikian di laman web rasmi Sedim Riverside Resort di https://sedimresort.com/
Kadar harga tapak khemah adalah RM70 untuk 1 tapak, siap disediakan tapak khemah yang kemas, elektrik power supply 24jam disetiap tapak, so takyah pening-pening bawa extension panjang nak tarik, betul-betul sebelah tapak saja dia buat siap, toilet yang bersih dan bilik mandi yang lengkap disediakan sabun mandi. Tong sampah pun dia sediakan berdekatan campsite. Untuk lebih selesa boleh pakai Air mattress dalam khemah macam ni https://shope.ee/7UiaAng8QO
Tapak Campsite 4
Campsite 4 terbaik betul2 sebelah sungai. Cuma kalau pi sorang2 pacak situ akan rasa agak terganggu nak rehat di khemah bila pengunjung lain pi mandi sungai. Kalau borong semua tapak 1-4 tu no problem la, kawasan tu jd korang yang punya 
Tapak Campsite 4
Tapak Campsite 3
Check in adalah pada pukul 3ptg, kena tunjuk IC dan bayaran deposit. Walaupun korang dah buat bayaran penuh semasa booked tapak, masih perlu membayar deposit sewaktu check in ya, deposit kalau untuk 1 tapak saja RM50, kalau macam kami ni ambik banyak tapak deposit adalah RM100. Jangan risau kalau takda cash, boleh transfer online ke acc yang diberikan di kaunter nanti. Deposit akan dikembalikan pada hari isnin@jumaat selepas checkout. Checkout pula pukul 12 tgah hari. Korang bawak ja resit deposit yg dapat time checkin tu balik untuk reference.
Tandas dan bilik mandi berdekatan campsite 1-4
Surau ada disediakan di sebelah pejabat check-in tu, sejadah, telekung & al-quran ada disediakan, cuma kena ambik air semayang siap2 ja, sebab surau dia takda tempat ambik air semayang. Surau dia campoq laki dan pompuan dan takda kain penghadang, clear boleh nampak dari luar.
surau
Terdapat cafe dalam resort ni. Cafe dibuka jam 8am dan tutup jam 10pm, last order 930pm. Breakfast disediakan pada jam 8am-10am. Tempahan tapak campsite takda disertakan breakfast, tapi kalau korang camping light2 tak bawak barag masak, boleh lah tambah breakfast buffet RM10/org. Bagi yang nak masak enjoy camping vibes, boleh lah try packed food seperti kembara meal ni https://shope.ee/AK2lZBwv3d mudah dan pantas!
Tong sampah yang disediakan berdekatan campsite
Untuk yg pergi ramai2 nak BBQ, set BBQ ada disediakan, RM40/set dia bagi pembakar grill, arang 1 pek, kipas tangan, dan penyepit. Korang perlu bawak makanan sendiri ja.
Kawasan lepak sembang2
. Celcom, maxis dan unifi takda masalah. Wifi takda ya haha. Pengguna Umobile mmg healing terok sebab not connected to the internet sepanjang kat sini
Lagi satu, korang boleh download offline map siap2 sebelum ke lokasi, so kalau perlu navigator masa disana nanti senang.
Swimming pool
REVIEW INFO GOOGLE MAPS
Ada pool bersaiz sederhana sesuai untuk kanak-kanak & dewasa.
Free Parking
Free wifi ni YES and NO, sebab macam kami pengguna Umobile memang takda line kat situ, so untuk transfer duit deposit online akan ada masalah, maka staff dekat office bagi password wifi untuk pakai. Tapi wifi tu punya coverage dekat office tu ja hahahah..so masa stay sana 3H2M mmg tak dapat pakai pun wifi tu. Tapi tak kisah pun takda internet sebab camping taknak diganggu haha!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |