Campak Dadah Dalam Laut Elak Diberkas




Abd. Razak Mohamed (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah dalam sidang akhbar berhubung kejayaan mematahkan kegiatan penyeludupan dadah di perairan Gertak Sanggul. Jumlah dadah berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM10.53 juta.




GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysai) menumpaskan aktiviti penyeludupan dadah bernilai RM10.53 juta yang dibawa masuk dari Indonesia menggunakan laluan laut di Pulau Betong, Balik Pulau, di sini Khamis lalu.

 
Operasi tersebut dijalankan sepasukan enam anggota bot pemintas Maritim Malaysia negeri menerusi Op Pertiwi yang dijalankan di perairan Teluk Kumbar hingga ke Gertak Sanggul, kira-kira pukul 8.20 malam.

 
Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot pemintas itu terserempak dengan sebuah bot rekreasi yang berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar 3.0 batu nautika Barat Daya Pulau Betong.

 
Katanya, suspek terdiri daripada dua lelaki gagal memberikan kerjasama ketika didekati dan cuba meloloskan diri dengan memandu bot secara berbahaya.

 
“Kita mengejar bot dinaiki suspek kira-kira 30 minit dan suspek dilihat mencampakkan beberapa objek ke dalam laut selain bertindak terjun bagi cubaan meloloskan diri. Bot yang dinaiki dibiarkan memecut laju sebagai helah untuk tidak ditangkap.

 
“Bagaimanapun, anggota Maritim Malaysia bertindak pantas mengambil objek tersebut sebelum tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia negeri, di sini pagi ini.

 
Menurut Abd. Razak, hasil pemeriksaan di dalam lapan beg pakaian warna hitam menemukan sebanyak 240 peket dadah jenis Methamphetamine manakala satu beg berisi tujuh bungkus pil ekstasi.

 

Ujarnya, dadah jenis Methamphetamine itu dianggarkan seberat 240 kilogram (kg) manakala ekstasi dengan anggaran 9.3kg.

 
Beliau memberitahu, tangkapan ke atas dua suspek lelaki warga Indonesia berusia dalam lingkungan 30-an itu dilakukan selepas 16 jam operasi dijalankan iaitu kira-kira pukul 12 tengah hari keesokannya.

 
“Suspek diselamatkan nelayan bot pukat tunda dan nelayan pantai selepas terapung di lokasi berasingan di perairan berhampiran sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

 
Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
 – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/campak-dadah-dalam-laut-elak-diberkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merah Merengsakan Buat Bayi Tak Selesa 10 Tip Doktor Kongsi Nak Elak Ruam Lampin Pada Bayi

Merah Merengsakan Buat Bayi Tak Selesa 10 Tip Doktor Kongsi Nak Elak Ruam Lampin Pada Bayi

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 429 hits
Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu ibu menguruskan si kecil Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang ...
Syafiq Tak Mengantuk Tapi Cuba Elak Sesuatu Bapa

Syafiq Tak Mengantuk Tapi Cuba Elak Sesuatu Bapa

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 238 hits
GEORGETOWN Penyerang bola sepak Johor Darul Ta zim Muhammad Syafiq Ahmad menafikan yang dia terlelap ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dalam kejadian Ahad lalu Bapanya Ahmad Ibrahim 56 berkata anaknya itu berulang ka...
Anak Pukul 12 Malam Pun Belum Tidur Lagi Ada Kaitan Dengan Pemakanan Elak Bagi Coklat Kafein

Anak Pukul 12 Malam Pun Belum Tidur Lagi Ada Kaitan Dengan Pemakanan Elak Bagi Coklat Kafein

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 363 hits
Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam kanak kanak pun tidak terkecuali juga Aduh ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut Masalah tidur malam dalam kalangan kanak kanak Umumnya terdapat b...
Inisiatif Pasang Lampu Jalan Berkuasa Solar Elak Kecurian

Inisiatif Pasang Lampu Jalan Berkuasa Solar Elak Kecurian

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 209 hits
ADUN Bukit Naning Md Ysahrudin Kusni mengambil inisiatif sendiri memasang lampu jalan berkuasa solar di jambatan kampung Sungai Sarang Buaya di Mukim Sungai Balang Batu Pahat Katanya lampu jalan perlu di kawasan berkenaan kerana sering berl...
Ahmad Zahid Elak Komen Nazri Kata Ok

Ahmad Zahid Elak Komen Nazri Kata Ok

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 250 hits
IPOH Semuanya ok beres itu komen ringkas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ditemui selepas selesai mesyuarat khas UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini hari ini Ditanya lanjut mengenai butiran m...
Elak Ajar Anak Suap 24 Jam

Elak Ajar Anak Suap 24 Jam

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 462 hits
Sebenarnya jadi mak ni dia kena jadi guru atau senang kata pensyarah Juju lebih banyak bersyarah Korang tengok tak pensyarah kat universiti tu ajar korang mcm mana Dia bising je kat depan kuliah selain tu korang kena berdikari buat kerja kh...
Projek Pembangunan Kota Bharu Mesti Ikut Pelan Elak Banjir

Projek Pembangunan Kota Bharu Mesti Ikut Pelan Elak Banjir

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 335 hits
Projek pembangunan Kota Bharu mesti ikut pelan elak banjir Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Dec 2020 4 39PM
Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished

Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 698 hits
TIPS elak scam iphone jenis cara check condition ip baru secondhand refurbishedDitulis oleh FamiPerkara yang korang wajib tahu sebelum nak beli iphone sebab perkara ni ramai orang terlepas pandang jangan beli phone mahal mahal tapi kena sca...
Hiburan Nak Elak Lori Ezzaty Abdullah Terlibat Dalam Kemalangan Langgar Penghadang Jalan Raya

Hiburan Nak Elak Lori Ezzaty Abdullah Terlibat Dalam Kemalangan Langgar Penghadang Jalan Raya

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 531 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah baru baru ini menerusi Instagram telah memaklumkan bahawa dia telah terlibat dalam sebuah kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar penghadang jalan awal pagi tadi Menurut pelakon drama Cinta Sekali Lagi in...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif

Effective Networking In Your Industry