Calon Ph Patut Ditawar Jadi Menteri Kalau Menang
N Faizal Ghazali
PRK TG PIAI | Dijangka berdepan cabaran getir pertengahan bulan depan, PH memerlukan seorang calon benar-benar berwibawa untuk memberi keyakinan kepada pengundi, sekali gus mempertahankan kerusi parlimen itu
Tidak ketinggalan penting, kata ahli akademik Univeristi Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali, PH mungkin boleh menawarkan jawatan menteri kepada calon terbabit jika dia memenangi PRK akan datang.
Kata penganalisis politik itu, gabungan parti yang mewakili kerajaan persekutuan itu perlu menjadikan Allahyarham Dr Mohd Farid Md Rafik sebagai kayu ukur semasa memilih calon mereka di Tanjung Piai.
"Saya melihat pemilihan calon satu perkara yang cukup penting bagi kedua-dua pihak pada PRK ini.
"Bagi PH, calon tersebut mestilah dalam kalangan individu yang mempunyai latar belakang profesional.
"Sesiapa yang mewakili PH mestilah orang yang dilihat sekurang-kurangnya seperti arwah Dr Mohd Farid atau pun lebih lagi," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, Dr Mohd Farid membantu PH merampas kerusi parlimen Tanjung Piai daripada BN yang selama ini diwakili calon MCA.
Dalam PRU14 lalu, allahyarham - yang juga seorang pakar bius merangkap ketua Bersatu Tanjung Piai - mengetepikan penyandang Wee Jeck Seng, dengan kelebihan 524 undi.
PAS juga meletakkan calon di kawasan berkenaan namun gagal mendapat undi yang signifikan.
Mohd Farid meninggal dunia akibat kompilasi jantung pada 21 Sept lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Nov sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal diadakan pada 12 Nov.
Kata Mazlan langkah menawarkan jawatan dalam kabinet boleh menarik keyakinan pengundi untuk memilih calon PH yang diturunkan nanti.
Pensyarah di Sekolah Perdana UTM itu menambah ia boleh dianggap sebagai "bonus" kepada pengundi terbabit.
"Selain itu, PH juga perlukan seorang calon yang berumur 40-an. Jangan terlalu muda, takut mereka akan mengulangan kesilapan di PRK Semenyih.
"Jadi, mestilah - kalau boleh - seorang calon yang berlatar belakang profesional, umur 40-an seperti pemenang sebelum ini," katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/calon-ph-patut-ditawar-jadi-menteri.html