Calon Pensyarah Usm Salah Seorang Penumpang Mh17 Al Fatihah


Alfatihah dan marilah kita sama-sama berdoa dan sedekahkan alfatihah kepada mereka yang terlibat dalam nahas MH17.


 Pulau Pinang, 18 Julai 2014 - Berita pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada JAM 6.10 pagi hari ini dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, yang diberitakan ditembak dan terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya malah juga seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM).

Apatah lagi salah seorang penumpang dalam pesawat malang MH17 tersebut adalah seorang calon pensyarah USM yang sedang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang “Development Neuropsychopathology” di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda, Mohd Ali bin Md Salim, yang dalam perjalanan pulang bercuti di kampung halamannya, Kampung Jayor, Pagoh Muar, Johor.

Mohd. Ali bin Md. Salim yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya Ke-30 pada 10 September ini adalah anak keempat dari 8 beradik sedang mengikuti pengajian di bawah Skim Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) Kementerian Pendidikan di bawah USM. Bapanya adalah seorang pesara Pertubuhan Peladang.

Menurutnya kakaknya Puan Nurzazila Md. Salim, adiknya menghubungi beliau sehari sebelum berlepas balik bertanyakan jika mempunyai sebarang barang untuk dipesan.

“Selalunya ada sahaja pesanan saya, tetapi kali ini saya tidak meminta apa-apa sebaliknya mengharapkan dia balik dengan selamat,” kata Nurzazila yang telah berada di hotel di Putrajaya bersama ibu bapa dan keluarganya.

Tambah Nurzazila, Mohd. Ali yang dijangka tamat pengajian pada tahun 2015 samgat rapat dengannya dan ibunya dan sering berkongsi sebarang masalah bersama.

“Dia sangat meminati penyanyi Siti Nurhaliza yang katanya walau pun Siti telah berkahwin, dia tetap meminatinya,”kata Nurzazila dalam kesedihan bercerita tentang minat adiknya itu.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato Dr. Omar Osman menzahirkan perasaan sedih yang teramat sangat atas tragedi ini dan meminta seluruh warga USM turut mendoakan untuk kesejahteraan semua.

“Kita amat bersedih dengan tragedi pesawat MH17 ini dan marilah sama-sama berdoa agar semua pihak diberikan kekuatan menghadapi dugaan Allah s.w.t apatah lagi dalam kalangan keluarga yang terlibat,” kata Omar.

Beliau juga menyampaikan ucapan takziah dan dukacita yang teramat kepada keluarga Mohd. Ali serta semua mereka yang terlibat.

“Kepada keluarga Mohd Ali, saya ingin merakamkan takziah dan kesedihan dari seluruh warga USM dan saya secara peribadi dan turut merasai kehilangan yang amat sangat apatah lagi allahyarham adalah pelajar yang cemerlang dan calon pensyarah USM nanti,” kata Omar.

Tambahnya lagi, USM sedia membantu apa jua yang boleh untuk meringankan tanggungan keluarga dan akan menghubungi keluarga Mohd Ali dari semasa ke semasa.

“Kita semua berhadapan dengan dugaan besar dari Allah s.w.t pada bulan Ramadhan kali ini dan marilah sama-sama untuk terus berdoa dan tabah menghadapi dugaan-dugaan ini serta pada masa yang sama terus juga berdoa untuk saudara-saudar kita rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan serangan Israel,” katanya lagi.

Teks: Mohamad Abdullah
Foto: Instagram/tweeter Mohd Ali Md. Salim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aenarasa.blogspot.com/2014/07/calon-pensyarah-usm-salah-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Salah Cakap Saya Tidak Terkesan Dan Yakin Mampu Menang Kata Calon Ph Semenyih

Isu Salah Cakap Saya Tidak Terkesan Dan Yakin Mampu Menang Kata Calon Ph Semenyih

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 379 hits
Calon Pakatan Harapan Muhamnad Aiman Zainali mengakui dirinya tidak terkesan dengan cercaan warganet berhubung isu tersalah cakapnya dalam ceramah kempen yang dijalankan di Pusat Daerah Mengundi Batu 26 Beranang kelmarin Katanya yang juga B...
Pesawat Malaysia Airlines Mh17 Dengan 295 Penumpang Terhempas

Pesawat Malaysia Airlines Mh17 Dengan 295 Penumpang Terhempas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 913 hits
Pesawat MAS yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan pada awalnya sebelum dilaporkan terhempas Laporan penuh di MOSCOW Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang me...
Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 630 hits
Kami pasti ramai yang dan tengok Leftenan Zana sejak drama tersebut ditayangkan pada 8 Februari yang lalu Karakter lakonan Janna Nick sebagai Zana yang terpaksa menghadapi cabaran dalam mencapai impiannya untuk menjadi askar pasti membuatka...
Rm100 Setiap Seorang Taruhan Lumba Haram

Rm100 Setiap Seorang Taruhan Lumba Haram

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 502 hits
KUMPULAN mat rempit di bandar raya Ipoh kini menggunakan aplikasi kumpulan WhatsApp untuk menganjur lumba haram dengan bayaran penyertaan RM100 seorang pelumba setiap perlumbaan haram dianjurkan Taktik terbaru samseng jalan raya itu bagaima...
Bahasa Isyarat Jadikan Wanita Pekak Seorang Jutawan

Bahasa Isyarat Jadikan Wanita Pekak Seorang Jutawan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 336 hits
Seorang wanita di Leeds Britain yang mengalami masalah pendengaran bakal bergelar jutawan pada bulan April 2019 ini selepas menandatangani perjanjian bernilai lebih 1 juta pound bersama syarikat besar untuk kelas pengajaran bahasa isyarat K...
Seorang Lelaki Sanggup Berikan Rm72 999 Hanya Untuk Lakukan Pinjaman Rm5 000

Seorang Lelaki Sanggup Berikan Rm72 999 Hanya Untuk Lakukan Pinjaman Rm5 000

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 380 hits
Macam macam cara dan teknik penipuan yang digunakan scammer dalam memperdayakan mangsanya Terbaru seorang mangsa dikatakan sanggup membayar sehingga RM72 999 hanya untuk meminjam sejumlah RM5 000 kepada satu sindiket pinjaman Mangsa lelaki ...
7 Jenis Hint Pasangan Anda Seorang Yang Kuat Cemburu

7 Jenis Hint Pasangan Anda Seorang Yang Kuat Cemburu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 323 hits
7 JENIS HINT PASANGAN ANDA SEORANG YANG KUAT CEMBURU Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan ter...
Rahsia Hati Seorang Mukmin

Rahsia Hati Seorang Mukmin

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 640 hits
Firman Allah Ta ala Artinya Aku buatkan didalam rongga anak Adam satu mahligai dan didalam mahligai itu ada DADA dan didalam Dada itu ada HATI dan didalam Hati itu ada FUAD dan didalam Fuad itu ada SYAROFAN dan didalam Syarofan itu ada LUBB...
Baby Nangis Dia Senyum Je Kisah Seorang Bapa Penyayang Ini Buat Ramai Tersentuh

Baby Nangis Dia Senyum Je Kisah Seorang Bapa Penyayang Ini Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 455 hits
Kasih seorang bapa kepada anak sanggup lakukan apa sahaja Perkongsian ibu ini tentang seorang ayah membuatkan ramai tersentuh hati Tugas membawa anak mendapatkan pemeriksaan kesihatan lazimnya dilakukan oleh ibu jarang sekali kaum bapa mela...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia

Dolar Terus Dijual Unjuran Kekal Lemah

Usd Gagal Menunjukkan Ketahanan