Calon Mahathir Orang Luar Yang Cuba Nasib Di Slim


RK SLIM | Calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili parti baru Pejuang yang ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata persoalan calon anak tempatan tidak penting, sebaliknya kredibiliti seorang calon lebih penting dalam memilih Adun Slim nanti.
“Memang betul saya tidak mengundi di sini. Soal berasal mana tidak penting. Yang penting kredibiliti calon.
“Buat masa ini, pada saya apa yang lebih yang penting, saya mengajak pengundi-pegundi di slim ini memilih calon yang mempunyai kredibiliti.
“Yang kedua, calon yang anak muda dan calon yang mampu menawarkan khidmat yang terbaik kepada pengundi-pengundi di DUN Slim,” katanya kepada pemberita selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan nama calon yang layak bertanding di Dewan Seri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, hari ini.
Terdahulu, Amir seorang peguam syarie diminta mengulas dakwaan Umno sebelum ini yang mengatakan bahawa pengundi Slim perlu menolak Amir atas faktor beliau bukan berasal dari Slim sebaliknya dari Teluk Intan.
Amir, graduan undang-undang UIA merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik, ayahnya, allahyarham Mohamad Tanusi Maulut ialah bekas naib kadi Teluk Intan, manakala ibunya seorang pesara guru agama.
Pada PRK kali ini, Amir bertanding menggunakan lambang “pokok” dengan namanya tersernarai pada nombor satu di atas kertas undi.
Beliau akan menghadapi calon BN Timbalan Ketua Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz.
Sementara itu, seorang lagi calon bebas ialah ahli akademik Santharasekaran Subramaniam yang menggunakan logo “buku” disenarai pada nombor tiga kertas undi.
Ditanya lagi, Amir mengakui beliau telah keluar dari parti Bersatu atas dasar prinsip dirinya.
“Benar. Saya ahli Bersatu sebelum ini. Tapi, saya pendapat apabila saya mengambil pendirian untuk menjadi calon Bebas, walaupun saya merupakan ahli Bersatu sebelum ini.
“Tapi rasa bahawa saya berpegang kepada prinsip dan saya percaya bahawa lanskap politik kita banyak yang perlu dibetulkan terumatanya memperbetulkan apa yang kami rasa tidak betul,” katanya.
Dr Mahathir yang juga bekas pengerusi Bersatu telah mengumumkan menubuhkan parti baru Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) selepas tidak sehaluan dengan presidennya Muhyiddin Yassin.
PRK Slim merupakan medan pertama Dr Mahathir dan penyokongnya untuk menguji kekuatan parti baru yang diumumkan itu.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.
Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Sementara itu, Amir memberitahu bahawa beliau memilih simbol “pokok’ kerana ia mempunyai makna tertentu kepada dirinya.
“Saya memilih lambang pokok. Itu pun selepas undian dibuat di mana calon Bebas (Santharasekaran) pun memilih Pokok.
“Selepas membuat undian, logo itu pokok itu menjadi milik saya.
“Kami memilih untuk menggunakan simbol pokok, bagi saya simbol pokok itu kami ingin gambarkan kepada pengundi-pengundi di Slim bahawa akar pokok itu mencengkam tanah maknanya menunjukkan asas pendirian kami yang kuat,” katanya.
“Manakala pokok dan daun-daun itu merimbun, kami akan melindungi dan membantu semua pengundi di Slim,” tambahnya lagi.
The post Calon Mahathir “orang luar” yang cuba nasib di Slim appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/15/calon-mahathir-orang-luar-yang-cuba-nasib-di-slim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Calon Bebas Wakili Kumpulan Penyokong Tun Mahathir

Peguam Calon Bebas Wakili Kumpulan Penyokong Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 314 hits
440 total views 440 views today Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan seorang peguam sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim hujung bulan ini Pengumuman dan pengenalan Amir Khusyairi ...
Peguam Syarie Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir

Peguam Syarie Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 524 hits
TANJUNG MALIM Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan seorang peguam sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim hujung bulan ini Pengumuman dan pengenalan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi 38 ...
Prk Slim Amir Khusyairi Pilihan Kem Mahathir

Prk Slim Amir Khusyairi Pilihan Kem Mahathir

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 416 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan seorang peguam syarie muda sebagai calon bebas mewakili kem akan bertanding menghadapi calon Umno Mohd Zaidi Aziz pada PRK Slim Nama Amir Khusyairi Mohamad Tanusi 38 diumumkan pada...
Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 991 hits
HAMDAN TAHACalun BEBAS yang mewakili parti baru Tun Dr M berumur 38 tahun Saya kenal atok dia dan aruah ayah dia Keluarga baik baik asal di Selabak di Teluk Intan atok dia Wak Maulut sahabat baik aruah ayah saya Ayah kepada calun muda ini u...
Slim Polls Mahathir Names Syarie Lawyer As Candidate

Slim Polls Mahathir Names Syarie Lawyer As Candidate

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 338 hits
SLIM POLLS Syarie lawyer Amir Khusyairi Mohamad Tanusi has been named by former premier Dr Mahathir Mohamad as the candidate who will take on Umno s acting Tanjung Malim division chief Mohd Zaidi Aziz in the upcoming Slim by election Former...
Dr Mahathir Cuba Reka Cerita

Dr Mahathir Cuba Reka Cerita

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 400 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa kononnya beliau tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri kata penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia itu berkata...
Cuba Tunjuk Pandai Cucu Mahathir Terdiam Di Smash Maut Oleh Tmj

Cuba Tunjuk Pandai Cucu Mahathir Terdiam Di Smash Maut Oleh Tmj

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 376 hits
Cucu Mahathir yang juga merupakan salah seorang anak Mukhriz telah membuat satu hantaran di twitter menyoal tentang dari mana TMJ memperolehi wang yang sering disumbangkan kepada rakyat negeri Johor oleh keluarga Diraja Johor itu Sebelum in...
Calon Prk Slim River Adalah

Calon Prk Slim River Adalah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 527 hits
Calon PRK Slim River Adalah Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz dilihat sebagai individu yang kemungkinan akan dicalonkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Slim akan datang Sumber dalam Umno memberitahu Zaidi adalah yan...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu