Cakiap Tarak Serupa Bikin Punya Olang


 


LGBT: Kenyataan PM dan timbalan menteri Pas bercanggah?January 22, 2021 Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) dan saranan perdana menteri semalam dikatakan bercanggah.
Bagaimanapun, Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh berpendapat sebaliknya.
Nuridah yang juga anggota Dewan Negara daripada PAS melihat cadangan Ahmad Marzuk berhubung isu berkaitan golongan LGBT di negara ini lebih kepada tindakan kasih sayang untuk menyelamatkan golongan terbabit.
“Kedua-dua kenyataan perdana menteri dan YB timbalan menteri tu tidak bercanggah.
“PM mahu ambil sikap tegas kepada mereka yang bersikap kebencian dan permusuhan.
“Apa yang dicadang oleh timbalan menteri adalah usaha atau tindakan kasih sayang untuk menyelamatakan mereka daripada terus terjebak dengan kekeliruan gender dan dosa,” katanya .
Semalam, ketika ucaptama sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyarankan agar Asean mengambil sikap yang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian, termasuk gangguan berdasarkan jantina atau orientasi seksual serta mempromosi keganasan melalui platform digital.
 
Dia berkata undang-undang itu boleh dipertimbangkan untuk memaksa platform media digital bertindak terhadap ucapan berunsur kebencian.
Kenyataannya itu muncul selepas Ahmad Marzuk dilaporkan berkata kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk meminda undang-undang lebih tegas dalam penguatkuasaan terhadap golongan LGBT.
Menurut Ahmad Marzuk, ini supaya ia lebih memberi kesan terhadap usaha membanteras setiap aktiviti dan salah laku golongan berkenaan.
Ia mengundang kecaman kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang mengatakan pemimpin PAS itu menggunakan komuniti LGBT untuk mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi rakyat dan negara.
Perlu cakap serupa bikin
Anggota jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berkenaan hal ehwal wanita dan kanak-kanak dan pembangunan sosial, Alice Lau bersetuju supaya tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan sentimen kebencian terutamanya berkaitan jantina.
Bagaimanapun, Lau yang juga ahli parlimen Lanang mempunyai pandangannya tersendiri berhubung ucaptama Muhyiddin itu.
“Di Malaysia sering terdapat berat sebelah. Saya ingin menggesa kerajaan Perikatan Nasional supaya cakap serupa bikin dan tiada layanan berat sebelah,” katanya.
Lau berkata amalan tersebut perlu dimulakan di Dewan Rakyat dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli parlimen yang mengeluarkan ucapan kebencian berkaitan jantina.
Kemudian, katanya negara memerlukan pengawasan media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang kempen ucapan kebencian berkaitan anti-seksis dan kempen ucapan kebencian terhadap jantina, terutamanya di kalangan generasi muda.
 
Mengulas mengenai kenyataan Ahmad Marzuk, Lau berkata sebarang ucapan kebencian atau tindakan berunsur keganasan harus dikutuk.
“Semua orang layak dilayan dengan rasa hormat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Bagaimanapun, Fuziah Salleh yang juga merupakan anggota PSC berkata setakat ini jawatankuasa itu hanya menumpukan terhadap wanita, kanank-kanak, orang kurang upaya dan orang asli.
“Transgender tidak termasuk… unfortunately (malangnya),” katanya.
Jelasnya, jawatankuasa tersebut masih belum menggariskan secara terperinci mengenai ucapan kebencian bagi golongan yang dikategorikan dalam PSC.
“Kita belum gariskan lagi secara teliti. Tetapi (ia) khusus untuk wanita. Saya percaya ia akan berkaitan dengan diskriminasi. Ucapan kebencian akan berada dalam kategori itu saya fikir,” katanya.
Tangani buli siber
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata dia mengalu-alukan pendirian Muhyiddin itu tetapi menegaskan supaya perdana menteri kelapan itu melaksanakan pendirian tersebut di negara ini juga.
“Sehingga kini kita tidak mempunyai sebarang peraturan atau undang-undang untuk menangani buli siber yang merangkumi ucapan kebencian – yang mensasarkan etnik, jantina, agama, kewarganegaraan dan orientasi seksual tertentu.
“Menteri Komunikasi dan Multimedia mensasarkan tahun 2021 menjadi tahun untuk mengemukakan undang-undang baru untuk menangani masalah buli siber tetapi dengan proklamasti darurat ini, ahli parlimen bukan sahaja terlepas satu sesi Dewan Rakyat di tetapi dua sidang parlimen jika darurat berlangsung sehingga Ogos,” katanya.
Selain itu katanya, peluang untuk memerangi isu pelacuran dan pornografi kanak-kanak di sesawang gelap (dark web) juga akan tergendala.
Mengulas lanjut mengenai ucaptama Muhyiddin pada sidang menteri Asean, Kasthuri berkata dia percaya isu-isu yang dibangkitkan Muhyiddin perlu ditangani perdana menteri di Malaysia.
“Adakah perdana menteri akan meletakkan komitmen untuk menggunakan jentera kerajaan hari ini terutamanya di media sosial dan media konvensional untuk mengemukakan idea yang lebih progresif yang tidak homofobik (benci golongan homoseksual), xenofobik (benci orang asing), seksis, perkauman dan taksub,” soal Kasthuri. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/cakiap-tarak-serupa-bikin-punya-olang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditangkap Diduga Terlibat Narkoba Purnawirawan Kedapatan Punya Pistol

Ditangkap Diduga Terlibat Narkoba Purnawirawan Kedapatan Punya Pistol

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 194 hits
Ia mengatakan bahwa dalam proses penyelidikan tidak ditemukan barang bukti narkotika Sehingga untuk penanganan selanjutnya tersangka akan dilimpahkan ke satuan reserse kriminal terkait kepemilikan senjata api ilegal
Video Tak Pin Punya Pasal Puncanya Merempit Wanita Ini Pasrah Tudung Terbang Dilenyek Kereta Sedih Sedih

Video Tak Pin Punya Pasal Puncanya Merempit Wanita Ini Pasrah Tudung Terbang Dilenyek Kereta Sedih Sedih

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 276 hits
AKSI bersahaja seorang wanita dalam video YouTube miliknya ternyata menghiburkan ramai Biarpun sudah setahun dimuat naik video yang dihasilkan Soe Idora Ahmad Ruzi 25 tiba tiba menjadi tular selepas sedutannya dikongsi di laman TikTok baru ...
Punya Banyak Benda Lain Nak Dipertikai Dsai Naik Basikal Pun Hangpa Kalut Manteliti Punya La Rendah

Punya Banyak Benda Lain Nak Dipertikai Dsai Naik Basikal Pun Hangpa Kalut Manteliti Punya La Rendah

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 307 hits
WALAUN TIDAK MAHU REPORT POLIS KE ANWAR ADA BASIKAL Hebat tak hebatAnwar ni Dia bagitahu dah cukup numbers terus umum PKP dan darurat Parlimen tutup kedai Dia hanya hantar surat rayuan dan budi bicara Agong dah ada walaun beramai2 tunjuk ba...
Susahnya Punya Barang Baru Di Masa Sekolah Langsung Jadi Sasaran Banyak Bocah Lain

Susahnya Punya Barang Baru Di Masa Sekolah Langsung Jadi Sasaran Banyak Bocah Lain

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 467 hits
Siapa dulu yang pernah diinjak injak kakinya saat sekolah cuma karena pakai sepatu baru
Cemburu Buta Punya Pasal Rupanya Gambar Sendiri Kerana Cemburu Wanita Tergamak Tikam Suami

Cemburu Buta Punya Pasal Rupanya Gambar Sendiri Kerana Cemburu Wanita Tergamak Tikam Suami

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 278 hits
SONOR Mexico Gara gara cemburu buta apabila melihat gambar suaminya yang disangkanya bersama wanita lain seorang isteri mengambil keputusan untuk menikam suaminya berulang kali dengan sebilah pisau Namun sangkaannya meleset apabila mendapat...
Kehidupan Sederhana Syekh Ali Jaber Akhirnya Terbongkar Mobil Dicuri Saldo Atm Segini Punya Utang

Kehidupan Sederhana Syekh Ali Jaber Akhirnya Terbongkar Mobil Dicuri Saldo Atm Segini Punya Utang

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 239 hits
Adik Syekh Ali Jaber bongkar kehidupan sederhana sang kakak Arie Untung sampai terkejut tahu isi rekening ATM sang ulama besar yang kini telah berpulang Tak terasa sudah 7 hari Syekh Ali Jaber kembali ke pangkuan Sang Ilahi Satu minggu kepe...
Islam Punya Vaksinasi Terbaik Ini Penjelasan Dokter Zaidul Akbar

Islam Punya Vaksinasi Terbaik Ini Penjelasan Dokter Zaidul Akbar

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 212 hits
Pemberian vaksin adalah cara yang umum dilakukan untuk mencegah penyakit baik untuk usia dewasa maupun anak anak Dengan divaksin akan timbul kekebalan sehingga tubuh akan mampu melawan serangan infeksi di kemudian hari Ternyata tidak hanya ...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama