Cakap Baik Atau Diam


UMAT Islam kini diuji Allah SWT berada pada zaman fitnah yang sangat besar. Hampir setiap hari kita terdedah dan tidak terlepas daripada membicarakan perihal orang lain.
Sebagai contoh, ia boleh terjadi melalui mesej yang dihantar menerusi pelbagai saluran media sosial.
Oleh itu, kita perlu berpegang kepada peringatan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam Surah An-Nuur, ayat 19.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
Perbuatan seperti itu pernah dilakukan seorang wanita pada zaman Nabi SAW bernama Ummu Jamil. Dia adalah isteri kepada Abu Lahab.
Apa yang dilakukan Ummu Jamil adalah dia pergi ke tempat wanita berhimpun untuk menceritakan buruknya Nabi SAW.
Akibat perbuatan itu, Allah SWT petik namanya di dalam al-Quran iaitu Surah Al-Masad.
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, daripada tali-tali yang dipintal.”
Kisahnya itu akan terus dibaca dan Allah SWT melaknat mereka sehingga ke hari kiamat.
Jelas kepada kita, semua kelebihan dan nikmat yang diperoleh di dunia ini boleh ‘terpadam’ akibat keceluparan lidah tak bertulang.
Lebih malang, amalan itu dilakukan sesama umat Islam. Seolah-olah perbuatan itu menjadi keseronokan apabila dapat memburukkan orang lain.
Malah, apa yang diperkatakan itu tidak diketahui sama ada ia benar atau tidak. Maka ketika itu, tanpa disedari perkara itu menjadi fitnah terhadap agama.
Nabi SAW turut menyatakan, golongan paling ramai berada di dalam neraka adalah disebabkan lidah mereka.
Atas sebab itu, Islam menggalakkan umatnya lebih banyak berdiam diri daripada banyak berkata-kata. Berdiam diri bukan bermakna mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah serta menyebarkan keaiban.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagaimana kita tidak suka orang lain membicarakan hal peribadi kita, begitu juga orang itu tidak suka kita bercakap hal berkaitan dirinya.
Sehubungan itu, setiap kali rasa hendak membicarakan hal keaiban orang lain, ingatlah kita turut ada aib sendiri.
Nabi SAW sangat marah kepada golongan yang membuka aib saudaranya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)
Kita juga perlu ingat, pahala yang kita kumpul sepanjang hidup ini tidak diketahui ia sebanyak mana.
Jika ada, sanggupkah kita lihat semua pahala itu ‘dipindahkan’ kepada orang lain yang pernah kita fitnah atau diaibkan ketika hidup di dunia ini?
Kita perlu sentiasa ingat satu hadis menyatakan mengenai golongan yang muflis pada hari akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Sahabat Nabi menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya sudah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/03/cakap-baik-atau-diam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puji Melambung Farid Kamil Suami Bapa Yang Baik Netizen Bidas Komen Ellie Suriati Tak Sebantal Bolehlah Cakap

Puji Melambung Farid Kamil Suami Bapa Yang Baik Netizen Bidas Komen Ellie Suriati Tak Sebantal Bolehlah Cakap

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 538 hits
Ketika ini hangat menjadi bualan di media sosial tentang sikap panas baran pelakon dan pengarah Farid Kamil sehingga dia melakukan penderaan emosi terhadap anak perempuannya
Cara Kenalpasti Pembungkusan Milo Original Atau Tiruan

Cara Kenalpasti Pembungkusan Milo Original Atau Tiruan

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 395 hits
Nestle MILO pun ada yang fake tau kat luar sana Make sure korang beli milo ori kat bawah ni tips untuk check milo tu ori atau fake Potongan Pembungkusan Tekstur MiloJangan Lupa Like Share Komen
8 Jenis Perapan Ayam Mudah Sedia Tinggal Grill Panggang Atau Goreng Buat Sahur

8 Jenis Perapan Ayam Mudah Sedia Tinggal Grill Panggang Atau Goreng Buat Sahur

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 284 hits
Sedapnya resepi ayam ni Resipi Ramuan Dan Bahan Perapan ayam mudah sahur Mudah dan sihat Jadi sangat sesuai untuk mereka yang diet ataupun berpantang Boleh masak guna kaedah grill panggang airfryer Sedia siap untuk berbuka dan bersahur pun ...
Isu Kepala Ayam Ditebuk Pengadu Tak Pasti Dakwaan Sendiri Benar Atau Tidakl

Isu Kepala Ayam Ditebuk Pengadu Tak Pasti Dakwaan Sendiri Benar Atau Tidakl

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 174 hits
IPOH Individu yang mendakwa ayam dibelinya di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar baru baru ini disembelih tidak mengikut syariat Islam tidak pasti dengan dakwaannya sendiri
Annuar Musa Dah Tak Nampak Jalan Dalam Umno Dia Cari Jalan Lebai Mudah Saja Pakai Serban Atau Kopiah

Annuar Musa Dah Tak Nampak Jalan Dalam Umno Dia Cari Jalan Lebai Mudah Saja Pakai Serban Atau Kopiah

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 258 hits
Macam aku pernah tulis sebelum ini Annuar Musa tak berparti selepas dipecat oleh UMNO kerana dia menyangka masih ada ruang kepimpinan UMNO di hijack dan dia boleh kembali ke UMNO Tetapi selepas apa yang berlaku selepas usaha nak haramkan UM...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever