Cadangan Pindah Guru Enggan Vaksin Hanya Bawa Bala Di Sekolah Baru


Oleh Zuhayati Yazid

Bukan keputusan bijak, mohon perhalusi semula bimbang kelak beri kesan mudarat
BANGI – Cadangan untuk memindahkan guru yang menolak vaksin COVID-19 ke sekolah atau negeri lain sekiranya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas disifatkan sebagai tidak praktikal dan bukan keputusan terbaik.
Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, meskipun jumlah guru yang tidak mahu divaksin kecil tetapi setelah diselidik, pihaknya mendapati perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan.
“Sebelum ini, guru yang tidak divaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka tetapi kena hadir ke sekolah dan akan ditempatkan di tempat khas dan ada tugasan untuk mereka.
“Namun, apabila kita lihat data, kita dapati di sekolah tertentu ada guru yang tidak mahu divaksin mengajar subjek yang sama, jadi macam mana nak teruskan pembelajaran dalam konteks ini?” katanya.
Difahamkan, bilangan guru-guru yang enggan divaksinasi telah menurun dari angka 2,500 ke sekitar 2,000 sahaja selepas menjalani beberapa proses kaunseling dari pelbagai pihak.
Mengakui vaksin penting dalam menangani wabak, namun pertukaran guru-guru terbabit ke sekolah lain sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya membawa ‘bala’ di sekolah baru, kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan.
Beliau melihat cadangan kerajaan itu tidak praktikal dan perlu diperhalusi semula, meskipun dalam proses perancangan.
“Jangan kerana mahu menghukum mereka yang enggan vaksin ini, kelak beri kesan mudarat pula kepada pelajar di sekolah baru nanti, ia bukan langkah yang bijak.
“Kaedah itu dilihat menjadikan murid di sekolah baru menjadi mangsa disebabkan sikap degil guru itu, tidak adil begitu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Sebaliknya, beliau menegaskan, kelompok guru berkenaan perlu sekali lagi diberikan kaunseling bersama agamawan termasuk mufti supaya mereka diberikan pencerahan yang lebih tepat berkaitan hukum hakam.
“Saya berpandangan golongan guru ini sebenarnya takut, jadi kita perlu beri maklumat yang tepat bagi membolehkan mereka terbuka menerimanya,” katanya.
Malah, beliau berpandangan, golongan guru berkenaan perlu diberikan lebih beban dengan cara teruskan sesi pembelajaran secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) namun dipantau pihak berwajib.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/cadangan-pindah-guru-enggan-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Kafa Pegawai Masjid Dan Jurunikah Enggan Vaksin Akan Dikenal Pasti

Guru Kafa Pegawai Masjid Dan Jurunikah Enggan Vaksin Akan Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS ABDUL AZIZ MOHD YUSOFSHAH ALAM Majlis Agama Islam Selangor akan mengenal pasti guru Kelas Agama dan Fardhu Ain pegawai masjid serta jurunikah di negeri itu yang masih enggan mengambil vaksin Covid 19 Penger...
Guru Enggan Vaksin Mungkin Akan Ditukar Ke Negeri Lain Radzi

Guru Enggan Vaksin Mungkin Akan Ditukar Ke Negeri Lain Radzi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 262 hits
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ia adalah supaya guru guru berkenaan tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran Foto BERNAMA Guru yang men...
Awani Ringkas Kpm Cari Kaedah Tangani Guru Enggan Terima Vaksin

Awani Ringkas Kpm Cari Kaedah Tangani Guru Enggan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 302 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Hari Ni Bawa Anak Anak Dekat Rumah Baru U Rasa Sebak Sayang Tetap Sama

Hari Ni Bawa Anak Anak Dekat Rumah Baru U Rasa Sebak Sayang Tetap Sama

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 459 hits
Ikatan perkahwinan ibarat melengkapi hidup antara satu sama Jika salah seorang pergi dulu pastinya kerinduan itu sukar nak diungkapkan dengan kata kata Sama seperti Shuib pemergian bidadarinya benar benar buatkan hidupnya terasa kosong apat...
Hiburan Dayah Zubit Bukan Lagi Pengasuh Aafiyah Siti Nurhaliza Upah Guru Jadi Pengasuh Baru

Hiburan Dayah Zubit Bukan Lagi Pengasuh Aafiyah Siti Nurhaliza Upah Guru Jadi Pengasuh Baru

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 575 hits
Selepas mendirikan rumah tangga pada Jun lalu pengasuh Aafiyah iaitu Nur Hidayah Zabit atau lebih dikenali sebagai Dayah terpaksa menamatkan kerjayanya sebagai pengasuh anak kepada penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza ARTIKEL BERK...
Lebih 27 000 Rakyat Kelantan Enggan Terima Vaksin

Lebih 27 000 Rakyat Kelantan Enggan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 373 hits
Takut dengan vaksin agenda Yahudi vaksin berbahaya dan mengalami masalah kesihatan menyebabkan lebih 27 000 individu dewasa di Kelantan tidak mahu menerima vaksin Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan neg...
Pembukaan Semula Sekolah 4 Oktober 2021 Hanya Murid Ppki

Pembukaan Semula Sekolah 4 Oktober 2021 Hanya Murid Ppki

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 762 hits
Murid berkeperluan khas dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi akan meneruskan sesi persekolahan bermula tarikh berkenaan Pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan program pra universiti akan hadir tanpa penggiliran Bagi murid lain mereka akan...
Page Saran Kpm Tawar Vss Kepada Guru Tolak Vaksin

Page Saran Kpm Tawar Vss Kepada Guru Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 403 hits
malaysiakini comKetika negara berdepan krisis dan situasi yang belum pernah berlaku kata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan kerajaan wajar mengambil keputusan sukar semasa menguruskan guru yang menolak vaksin Covid 19 tanpa alasan ...
Kalau Dah Muka Tak Bawa Rezeki Jangankan Pelabur Baru Yang Sedia Ada Pun Sudah Mulai Angkat Kaki

Kalau Dah Muka Tak Bawa Rezeki Jangankan Pelabur Baru Yang Sedia Ada Pun Sudah Mulai Angkat Kaki

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 194 hits
MALAYSIA IBARAT NEGARA KERA SUMBANG YANG MENJADI BAHAN UMPATAN SELURUH DUNIA Hubungan diplomasi amat penting Jangan dipandang remeh Bukan setakat naik kapal terbang pergi oversea bersalaman dengan pemimpin luar Bukan atas nama sahaja macam ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri