Cadangan Makmurkan Ekosistem Industri Muzik Malaysia


Daqmie dan kumpulan muziknya sewaktu live showcase di MIHAS 2016Saya mendapat undangan untuk menandatangani sebuah petition online yang memohon kerajaan Malaysia membantu industri muzik di bawah aktiviti persembahan atau 'event management'. Ya, saya tandatangan dan menyertai komuniti ini kerana merasakan boleh membantu sekadar termampu ramai ramai kawan-kawan yang berada dalam industri ini yang merupakan salah satu dari ekosistem yang penting dalam pembangunan industri muzik dan konten kreatif secara keseluruhannya atau makro.

Pakej Rangsangan Bantuan #prihatin - Terima kasihTanpa bermaksud untuk mengecilkan usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam menangani #covid19 yang sememangnya banyak membantu rakyat setiap lapisan terutamanya dengan pakej rangsangan bantuan #prihatin yang banyak terutamanya kepada komuniti perdagangan dan perniagaan, mungkin ada lagi hal-hal yang terlepas pandang, atau menganggap industri ini tidak begitu penting selaras dengan skala 'industri penting' yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya harap tidaklah begitu

Timbulnya keinginan saya membuat artikel ini juga berdasarkan kepada usaha-usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) yang menganjurkan pelbagai program pertandingan "Seni Dalam Talian" dan juga pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atas usaha dan inisiatif menganjurkan 136 program #MuzikDariRumah khas di YouTube #MuzikMalaysia. Tahniah atas usaha-usaha ini. Bagi saya, usaha-usaha ini sangat baik dan tepat waktunya bagi membantu penggiat seni, namun selepas dari ini, diharapkan ianya menjadi titik mula memperbaiki kegagalan menterjemah maksud membantu semua pihak yang terlibat dalam industri muzik. 
Antara Penggiat, Pemain dan Pelabur Industri.Bilamana program atau event ini dianjurkan sendiri oleh jabatan, seharusnya jabatan melihat dari skop industri secara makro yang mempunyai jaringan ekosistem yang tersendiri, sepertimana industri yang lain juga. Ada hulu dan ada hilir, dan ada yang berada di tengah-tengah antara hulu dan hilir! Harus dipandang dari sudut sebagai penggiat seni, pemain industri dan pelabur industri. 
Sejujurnya saya gembira dengan usaha ini yang secara tidak langsung membawa kalangan menteri-menteri, pegawai dan kakitangan kerajaan merapatkan diri dalam media baru seperti Youtube, Facebook dan Instagram dan ini juga membuka ruang dan peluang kepada pelbagai lagi event atau pertandingan boleh dibuat menerusi online dan digital.

Namun saya rasa perlu juga mengeluarkan pendapat saya secara peribadi, apatah lagi industri muzik ini masih lagi belum mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari kerajaan-kerajaan sebelum ini dan diharapkan kerajaan baru ini dapat mengubah perkara ini. Maksud pengiktirafan yang selayaknya adalah seperti industri filem yang dinaungi secara kewujudannya menerusi Akta Finas beserta peruntukan dana dan pelbagai geran dan inisiatif; dan seperti mana yang dinikmati oleh filem animasi yang dijaga dan "dikendong" oleh MDEC dengan ratusan juta ringgit diperuntukkan untuk industri animasi selama ini menerusi peruntukan dana dan pelbagai geran pemula. 
Industri Muzik Masih Lagi Dianaktirikan?Sungguhpun industri ini telah pun berubah dan disatukan menjadi Industri Kreatif, saya masih mempunyai tanggapan yang industri muzik masih lagi dianaktirikan dan tidak mendapat bantuan yang selayaknya sepertimana yang telah diberikan kepada industri filem dan animasi. Memang ada bantuan tetapi ianya dalam bentuk 'ad-hoc', sekali-sekala dan dengan tujuan-tujuan berbentuk mencapai matlamat jangkapendek atau bermusim. 
Memang kita ada ASWARA namun ianya lebih bersifat akademik dan hasil pengalaman saya dengan pelajar-pelajar atas beberapa tujuan, saya mendapati hampir kesemuanya masih 'terpisah' dari dunia industri! 
Apa yang lebih diperlukan sejak dari dulu adalah penubuhan sebuah badan atau agensi yang jelas tentang muzik, di mana sekarang terdapat pelbagai kementerian dan agensi yang berkeadaan 'sipi-sipi' tentang muzik. Pernah dulu ada Jabatan Muzik di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia atau KeKKWa, dan terdapat juga inisiatif geran untuk pembuatan video muzik, namun selepas itu jabatan ini hilang tidak dapat dikesan lagi, sehingga meja di pejabat kementerian pun sudah tiada

Justeru saya memohon agar semua pihak dari pelbagai kementerian ini dapat memahami secara jelas konsep memakmurkan industri ini secara makro dan bersifat menjadi ejen pemakmuran bagi semua pihak yang berada dalam industri, dan bukan kepada satu-satu cabang industri saja. Mereka perlu pandangan dari setiap lapisan penggiat, pemain dan pelabur industri, bukannya hanya mengambil pandangan dan rujukan dari kalangan selebriti penggiat industri atau dari kalangan pemain dan pelabur yang disifatkan sebagai 'kluster kayangan' atau kartel industri. 
Diharap selepas ini dapatlah kira kementerian atau jabatan dan agensi dapat memberi peluang lebih banyak kepada pemain industri untuk bersama-sama menganjurkan bagi pihak kerajaan. 
Oleh itu saya rasa wajarlah petisyen ini diperhalusi oleh kerajaan secara makro. Di sinilah letaknya ramai pemain dan pelabur industri yang terlibat dalam industri secara sepenuh masa, jarang yang menjadi pemain sebagai 'freelancer'. Ada yang menjadi 'event organiser', pemberi perkhidmatan sistem siaraya, lampu dan pentas, promoter, studio rakaman, videografer, fotografer, pembuat konten-konten multimedia, penyedia venue untuk persembahan, dan lain-lain termasuk syarikat rakaman kecil atau indie label, radio, tv dan channel blogger, pemuzik sebagai penggubah muzik, penerbit konten, publishing house dan penyedia software dan platform untuk pemasaran digital, online serta aplikasi mobile dan gajet

Mengenal-pasti Ekosistem Industri Muzik Malaysia Dalam hal ini, pemain industri merupakan penyambung kepada penggiat seni di mana yang ada bakat, yang telah jadi selebriti, yang sudah tak popular tetapi mempunyai pengalaman menjadi mentor, yang masih digilap yang menanti pemain industri memasukkan mereka dalam industri dan seterusnya menemukan mereka atau secara bersama menjadi pelabur industri. Inilah ekosistem industri muzik. " pemain industri merupakan penyambung kepada penggiat seni di mana yang ada bakat, yang telah jadi selebriti, yang sudah tak popular tetapi mempunyai pengalaman menjadi mentor, yang masih digilap yang menanti pemain industri memasukkan mereka dalam industri dan seterusnya menemukan mereka atau secara bersama menjadi pelabur industri. "Sinkronisasi muzik dengan filem, video, pemainan video dan konten keseluruhannya merupakan aspek tambahan kepada pendapatan kepada seluruh ahli ekosistem ini yang mana inilah yang dikawal oleh kerajaan menerusi lesen-lesen mengutip royalti penyiaran dan persembahan awam, dari pusat-pusat hiburan, karaoke, platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Amazon Music, Youtube, Deezer dan lain-lain. Nilai industri ini di peringkat tempatan tahun 2019 sebelum ini adalah sekitar hampir RM200juta dan ianya hanya dari dagangan konten muzik dan audio, dan tidak termasuk nilai dagangan dari persembahan showcase dan event lain

Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan khilaf, saya tahu ramai kawan kalangan industri dan pihak kementerian dan agensi akan tersinggung, namun atas dasar ingin membantu, izinkanlah saya memberi pandangan saya. Terima kasih

- Rozman Abas
Saya share petisyen ini dan jika anda tidak keberatan untuk membantu, silalah tandatangani petisyen ini. http://chng.it/WYC7CmJJS6 

EVENT INDUSTRY IN DIRE STRAITS! #SaveMYEvents #theshowmustgoonThe Malaysian Events Industry has been hit hard by the Covid19 crisis with cancellations, postponements and prohibition of all events including concerts, conventions, exhibitions, launches, roadshows, weddings, etc.

The entire industry has been brought to its knees and business owners are down to their last Ringgit trying to keep their companies afloat.

Many companies are already being forced to take drastic measures just to survive. Laying off staff members and asking some to take unpaid leaves is the last thing on every business owner’s mind but looking at the current situation, this is something that cannot be avoided.

Even before the Covid19 Lockdown was implemented in Match 2020, the event industry was already slowly feeling the heat since mid-January 2020 when companies decided to put a hold on all types of events due to the uncertainty that was happening globally.

However sad to say that always being highlighted by the media is only the MICE (Meeting, Incentives, Conventions & Events) Industry but many often forget about the other group of people who works tirelessly and diligently without sleep to ensure that when you arrive for your Gala Dinner, Weddings, Launches, Fashion Shows etc. the next day, the Stage is set up, Audio Visual system is running, Decorations is done, Musicians, Dancers and other Performers have done their rehearsals and are ready to entertain you while you sit back, relax and enjoy the show.

The matter of fact is that the SHOW CANNOT GO ON if the welfare and interest of the smaller event players are ignored. Based on an estimation there is easily more than 10,000 registered event companies in Malaysia and their employment figure run in the tens of thousands ranging from Event Managers, Event Coordinators, Event Producers, Sound Engineers, Lighting Programmer, Carpenters, Stage Hands, Technical Crew, Emcees, Disc Jockeys, Dancers, Performers, Musicians and the list goes on and on.

We thank the government for the help that has been given so far but we hope that assistant would be given to business owners as well. Based on our prediction it would take at least 6 months to 9 months or even 12 months for the event industry to slowly get back on its feet.

At this moment the show cannot go on. Please help us to keep the industry alive


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://loonaq.blogspot.com/2020/04/cadangan-makmurkan-ekosistem-industri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Buka Peluang Kepada Orang Ramai Beri Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Sihat Selepas Pkp

Kkm Buka Peluang Kepada Orang Ramai Beri Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Sihat Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 692 hits
Kementerian Kesihatan membuka peluang kepada orang ramai memberi cadangan atau pandangan untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir Sebarang cadangan atau pandangan tersebut boleh disalurkan meneru...
Sinopsis Covid 19 Di Malaysia Untuk Dikenang

Sinopsis Covid 19 Di Malaysia Untuk Dikenang

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 515 hits
Ini adalah copy paste terima kasih kepada penulis asal Bagaimana pun saya sunting mengikut kesesuaian kisah sendiri Ramai mengabadikannya di FB tetapi saya memilih untuk menyalinnnya di blog Kenangan yg tak mungkin dilupakan Banyak pengajar...
Cara Nak Mohon Dan Hubungi Facebook Marketing Expert Malaysia

Cara Nak Mohon Dan Hubungi Facebook Marketing Expert Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 358 hits
Saya rasa perkongsian saya kali ini saya tidak mahu buat artikel panjang Cukup sekadar saya kongsikan pengalaman saya bagaimana Facebook Marketing Expert Malaysia boleh hubungi kita dan bagaimana kita juga boleh memohon Cuma ini hanya dari ...
Guru Guru Di Malaysia Makan Gaji Buta

Guru Guru Di Malaysia Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 651 hits
Alhamdulillah walaupun sesi persekolahan terjejas kerja sekolah atau kerja rumah utuk pelajar dan murid tetap berlaku Malaysia di tempat ke 4 penggunaan google classroom musim wabak covid19 ni Hal ini menunjukkan bahawa para guru tetap mela...
Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat Covid 19

Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 318 hits
Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan keyakinan tetamu hotel terhadap indusri pelancongan negara Malaysia diketika krisi wabak penyakit Coronavirus Covid 19 kata Persat...
Malaysia Hilang Hasil Minyak As 7 Bilion Setahun Ekonomi Tertekan

Malaysia Hilang Hasil Minyak As 7 Bilion Setahun Ekonomi Tertekan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 354 hits
Banyak pihak dalam kerajaan Melayu Perikatan Nasional menggambarkan ekonomi Malaysia kebal sepanjang tempoh wabak Covid 19 Malah pertumbuhan KDNK pada 2021 diramal 9 antara negara yang tertinggi pertumbuhannya di dunia serta paling tinggi d...
315 Kanak Kanak Di Malaysia Dijangkiti Covid 19

315 Kanak Kanak Di Malaysia Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Seramai 315 individu atau kira kira enam peratus yang dijangkiti wabak COVID 19 di Malaysia ketika ini adalah kanak kanak berusia bawah 14 tahun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 83 daripadanya adal...
Baru Tahu 1 Daripada 4 Askar Dalam Drama Korea Crash Landing On You Ada Darah Malaysia

Baru Tahu 1 Daripada 4 Askar Dalam Drama Korea Crash Landing On You Ada Darah Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 449 hits
Saya juga merupakan satu satunya anak lelaki Ayah saya berbangsa Malaysia Cina dan ibu saya adalah orang Korea yang dilahirkan dalam keluarga pelbagai budaya ujarnya small Cover image via Pinterest Instagram t js0813 small Semenjak Perintah...
Paparan Gaming Asus Tuf Gaming Vg279qm Kini Di Pasaran Malaysia Pada Harga Rm1499

Paparan Gaming Asus Tuf Gaming Vg279qm Kini Di Pasaran Malaysia Pada Harga Rm1499

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 247 hits
ASUS ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal di kalangan gamer bukan sahaja kerana komponen komponen komputer yang dikeluarkan oleh mereka tetapi juga peranti peranti dan aksesorinya Terkini melalui siri TUF Gaming mereka ASUS memperken...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Rekomendasi 7 Perguruan Tinggi Di Kalimantan Barat

Memanfaatkan Wa Blaster Pro Di Era Digital

Kek Pisang Emas Cik Ani

Creating Timeless Portraits Techniques Used By Professional Photographers In Dubai

Pengawal Keselamatan Rebah Tunggang Motosikal Akibat Terlalu Penat Bekerja

Artis Kelantan Ditahan Sungai Golok Didakwa Miliki Dadah