Cadang Empat Nama Ganti Mb Johor


KUALA LUMPUR 9 April - Peletakan jawatan Datuk Osman Sapian menghangatkan spekulasi siapa bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Kempas itu seperti mana diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan semalam kepada Perdana Menteri dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengunduran Osman yang menurut Dr. Mahathir tidak memberi sebarang alasan sememangnya sudah diduga apabila beliau tidak menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Si­nga­pura di Putrajaya, hari ini.

Tempat beliau diganti oleh Dr. Sahruddin Jamal yang dikatakan antara calon yang disenaraikan untuk mengambil alih kepe­mimpinan negeri Johor jika Osman meletakkan jawatan.


Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri itu sekali gus mengesahkan pertemuan antara Osman dengan Dr. Mahathir semalam bukan berkaitan Pemukiman Pemim­pin Malaysia-Singapura sebalik­nya berhubung kedudukan ADUN Kempas itu dalam me­nerajui Johor.

Osman yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi Menteri Besar pertama meletakkan jawatan selepas 11 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri itu dan negara.

Selain itu, beliau yang menjadi Menteri Besar Johor Ke-16 selepas namanya dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh Bersatu mencatatkan sejarah sebagai individu yang meme­gang jawatan berkenaan paling singkat di negeri tersebut iaitu tidak sampai setahun.

Dalam sejarah kepemimpinan negeri Johor, sebelum ini individu yang memegang jawatan menteri besar paling singkat ialah Datuk Mohamed Datuk Mahbob bagi tempoh Julai 1922 hingga September 1923.

Bagaimanapun peletakan jawatan Osman bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana menurut sumber, Sultan Johor beberapa bulan lalu dikatakan sudah menitahkan penggantian menteri besar dilakukan.

“Keadaan itu disebabkan kakitangan kerajaan negeri dan rakyat sudah tidak tahan lagi dengan ketidakcekapan Osman dalam mentadbir Johor,” kata sumber berkenaan.

Titah Sultan Johor untuk me­nukar Osman disahkan oleh Tengku Mahkota Johor dalam ciapan dalam laman Twitter hari ini.

Dalam ciapan itu baginda bertitah:

“Titah untuk tukar Menteri Besar dah lama tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mi­leage (ke­lebihan) kononnya dia arahkan.

“Ke Bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar menteri besar sejak berbulan lalu. Ja­ngan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politiking.’’

Penggantian Osman juga se­kali gus akan membuktikan be­liau bukanlah pilihan is­ta­na se­perti mana digembar-gem­bur­kan oleh banyak pihak.

“Kalau pilihan Istana sudah tentu beliau akan dikekalkan dalam apa keadaan sekali pun, senario politik di beberapa nege­ri sebelum ini sudah membuktikan perkara itu, tetapi apabila Tuanku Sultan sendiri mahu menteri besar ditukar di­sebabkan prestasi, maknanya Osman bukan individu kesaya­ngan istana seperti dituduh banyak pihak, lagipun sebelum ini bukan Istana yang mencadangkan nama Osman untuk menduduki jawatan tersebut tetapi Bersatu,’’ kata sumber berkenaan.

Sumber itu berkata, tuduhan mengatakan Sultan Johor memilih nama menteri besar secara bersendirian adalah tidak benar kerana nama Osman dicadangkan oleh Bersatu selepas tiada lagi calon yang lebih layak.

“Ia memandangkan selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin akan memegang jawatan di peringkat Pusat, Osman adalah orang nombor dua dalam kepemimpinan parti ber­kenaan di Johor. Selepas mendapat nama itu barulah Tuan­ku Sultan melantik Osman,’’ kata sumber berkenaan.

Mengenai pengganti Osman, sumber itu berkata, selain Dr. Sahruddin yang merupakan ADUN Bukit Kepong daripada Bersatu, turut disebut-sebut ialah seorang lagi pemimpin Bersatu Johor iaitu ADUN Pu­teri Wangsa, Mazlan Bujang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri.

“Selain beliau, Pengerusi Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri, Khuzzan Abu Bakar (ADUN Seme­rah-PKR) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri, Aminolhuda Hassan (ADUN Parit Yaani-Ama­nah) turut berada senarai calon.

“Tuanku Sultan hanya ber­kenan dicadangkan empat nama ini daripada kepemimpinan Pakatan Harapan. Ia memandangkan pengalaman mereka selama hampir setahun sebagai exco boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri,’’ katanya.

Sumber itu turut menegaskan, jika selain daripada nama itu dicadangkan Tuanku Sultan berhak menolak dan tidak mustahil DUN boleh dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

“Perlu diingat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, Sultan Johor sebagai Raja Peme­rintah mempunyai kuasa mutlak untuk memilih atau melantik sesiapa sebagai menteri besar ne­geri itu,’’ kata sumber itu lagi.-Utusan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2019/04/cadang-empat-nama-ganti-mb-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Ganti Cuti Peristiwa Empat Hari Setahun Kpm

Tidak Perlu Ganti Cuti Peristiwa Empat Hari Setahun Kpm

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan memutuskan bahawa setiap sekolah boleh mengambil cuti peristiwa selama empat hari dalam setahun seperti sebelum ini tanpa perlu menggantikannya Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata bagi tujuan...
Umno Johor Cadang Muhyiddin Sebagai Mb Baru

Umno Johor Cadang Muhyiddin Sebagai Mb Baru

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 361 hits
nbsp nbsp Foto sumber internetJOHOR BARU 10 April Umno Johor mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai menteri besar baharu Loading var D new Date d document b body ce createElement ac appendChild st styl
Calon Mb Johor Ada Dua Atau Tiga Nama Dikenal Pasti Muhyiddin

Calon Mb Johor Ada Dua Atau Tiga Nama Dikenal Pasti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 324 hits
Astro Awani Muhyiddin berkata ada dua atau tiga nama calon Menteri Besar Johor baharu yang dikenal pasti untuk diteliti sebelum dipersembahkan kepada Sultan Johor Gambar fail KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM Tan Sri...
Orang Kalah Diam Kata Tun M Bila Umno Cadang Muhyiddin Jadi Mb Johor

Orang Kalah Diam Kata Tun M Bila Umno Cadang Muhyiddin Jadi Mb Johor

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 410 hits
Tun Dr Mahathir menolak gesaan Umno Johort supaya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian Foto TMI Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan Umno Johor yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaga...
Anwar Downplays Dr M Johor Palace Tiff

Anwar Downplays Dr M Johor Palace Tiff

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 247 hits
PKR president Anwar Ibrahim has downplayed the ongoing squabble between Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and the Johor palace Quizzed on the matter in Parliament this afternoon he replied No we are just following the constitution Anwar al...
New Johor Mb Up To Elected Party Not Palace Says Dr M

New Johor Mb Up To Elected Party Not Palace Says Dr M

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 337 hits
Dr Mahathir Mohamad today maintained that the prerogative to appoint the next Johor menteri besar remains with the government and not the palace following a series of hard hitting criticism at his administration by Johor crown prince Tunku ...
Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor

Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 482 hits
1 Saya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah di Malaysiakini yang mana menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor tidak ada peranan dalam melantik Menteri Besar dan ia hanya ditentukan oleh parti politik yang menang 2 Saya p...
Sultan Johor Mahu Semua Pihak Henti Buat Bising

Sultan Johor Mahu Semua Pihak Henti Buat Bising

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 361 hits
10 April 2019 4 38 PM KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik Sebal
Kerajaan Ph Yang Berhak Tentukan Siapa Mb Baru Bukan Sultan Johor Kata Perdana Menteri Viralhancing

Kerajaan Ph Yang Berhak Tentukan Siapa Mb Baru Bukan Sultan Johor Kata Perdana Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 384 hits
Dr Mahathir Mohamad bertegas parti pemerintah yang berhak melantik menteri besar Johor baru dan bukannya sultan susulan kritikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Pakatan Harapan dalam isu itu semalam Ini adalah hal p...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat