Cabut Gigi Geraham Dan Dry Socket
Assalammualaikum..
Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah aktif balik guna instagram ni..kehkeh.
Kita skip jela bulan puasa dengan raya punya cerita ye dak..entri ni aku nak cerita pasal aku cabut gigi lagi..last aku cabut gigi dalam entri blog ni ialah pada tahun 2012 dulu..pehh..lama seyy..kemain rajin lagi aku tulis entry panjang lebar masa tu.. boleh baca sini kalau rajin : kronologi maksilofasial surgery
cerita pasal kali ni, simple sikit tapi sakit jugak..tu je aku leh cakap..sakit gigi ni memang buat jiwa aku kacau la senang cerita..so kronologi kali ni begini ceritanya..pada Isnin minggu lepas 1/8/2019, lepas dah beberapa hari gigi aku terasa sakit bila minum ais, aku jadi stress dan terus nak jumpa dentis.
So dengan harapan gigi aku yang dah lama aku tau berlubang ni dapat la dia tampal..so aku takda la terpikir langsung pasal nak kena cabut ni..bila dah doktor chek, terus dia cakap, gigi aku ni dah takleh tampal, kena cabut jer..aku pon biar jela dia buat kerja dia, asalkan aku nak gigi aku tak sakit lagi.
Sengsara pertama aku masa tu ialah aku lapar..aku saja taknak makan lagi sebab nak elakkan ada sisa-sisa makanan la kononnya masa doktor nak tampal tu..yang jadi masalahnya, giliran tu terlalu lama dan membuatkan aku lapar sangat..dah la lapar, lepas tak boleh tampal, dia cabut terus..korang ingat lepas cabut gigi geraham tu, boleh senang2 ke aku nak makan..adoiiii.
Dah la aku dapat doktor yang tak berapa pakar..sorry la terkata, walaupon aku tau, manusia tak lari dari kesilapan, tapi nak buat camna, aku jadi mangsa..mujurla aku ni takda lawyer dan bukan org kaya..hahahaha.
apa yang jadi kat aku masa nak cabut tu ialah, aku kena bius dulu..lepastu kena keluar semula..selepas setengah jam menunggu dan bius pon dah nak habis, baru giliran untuk cabut gigi aku ni dipanggil..kalau korang pegi klinik swasta tak rasa la camni ye..masa ni aku terus je cakap kat doktor tu yang bius dah tak rasa.
mujur la aku cakap terus terang kat dia. bila mikirkan apa yang terjadi lepas tu, aku rasa alhamdulillah kena cucuk bius balik,rupanya ada hikmahnya..korang tau, hampir sejam doktor tu tak boleh cabut lagi gigi aku..habis dah muka kepala aku ni kena tonyoh dah..mulut pipi aku ni koyak, bibir aku melecet siap..cuba kalau bius tu tak cukup, rasanya aku menjerit kat situ gak.
Bila akhirnya doktor tu tak mampu lagi nak buat, maka terpaksalah doktor lain ambil alih yang cabutkan gigi aku ni..yang tak eloknya, pendarahan kat gusi aku ni tak berhenti..jawapan kenapa darah tu tak nak berhenti ni aku baru je dapat tadi disebabkan trauma masa mencabut tu lama sangat.
Pendekkan sikit cerita ni..selepas 4 hari aku cabut gigi ni, sakit masih kuat..panadol dan painkiller dan macam gula-gula je bagi aku..kentut pon dah bau panadol..kebetulan aku ada sorang kawan ni yang bakal jadi doktor gigi tak lama lagi, so lepas aku bagitau apa yang aku alami, dia cakap aku kena..DRY SOCKET...jeng..jengg..jengggg..
serius wei, dry socket ni sakit..dah la siap ada infection lagi..adoii..2x sakit..benda ni plak selepas 4 hari aku sakit baru aku tanya dia..kalau aku awal sikit mybe dry socket je tanpa infection..aku malas nak cerita apa benda dry socket tu, korang google la sendiri..kang makin berjela kang entri ni..hahahaha.
So, lepas dapat tau apa yang aku alami ni, pada hari tu juga aku terus pegi cari klinik gigi..maka pada hari itu dalam sejarah jugalah 1st time aku masuk klinik gigi swasta dengan harapan dapat rawatan yang lebih sempurna dan boleh sembuh cepat..malangnya, aku tak dapat apa-apa yang di harapkan pon..hahahaha..padan muka kau..sakit dapat, duit pon terbang begitu saja..bil aku buat rawatan dry socket kat klinik tu RM 145 kot..balik je rumah malam tu, bila habis bius terus aku nak jadi gila balik menahan sakit gigi, sakit kepala, sakit hati (pasal bil mahal)
Bukan malam tu jer aku sakit tapi sampai ke pagi tadi yang genap seminggu dari isnin minggu lepas aku masih sakit..dan buat kali ke 3 pulak harini aku jumpa lagi dokor gigi..huh..aku nak menaip cerita ni pon dan letih apatah lagi sakit dah seminggu ni..doktor harini lepas dia cuci-cuci dan nak tampal socket tu, dia ada letak ubat cengkih..alhamdulillah aku rasa lega sikit harini dan tak makan panadol lagi..harap terus lega la.
sekian.
huh..penat .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pablodeaskoba.blogspot.com/2019/07/cabut-gigi-geraham-dan-dry-socket.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUMPge+%28%21+Blog+Sampah%29