Cabinet
CABINET (OFF)
Part 1
Semalam saya up posting pandangan awal Kabinet. Ini posting susulan. Semalam saya bagi PROs of the lines up. Hari ni saya bentang yang CONs pula. Benda yang sangat off pada mata saya.
1. PM10
Sejak 24 Nov, PM10 started off nicely. Buat beberapa statement dan tindakan penyejuk hati rakyat. Taknak gaji, taknak renovation, taknak Mercedes. Penjawat Awam pun dia pandai ambil hati.
Tapi the punch came yesterday night. Bila dia umum Kabinet. Boo boo paling teruk, ialah pelantikan Zahid Hamidi sebagai TPM. Itu ramai yang marah dan kecewa. Memang patut la pun. Penat mengundi hari tu masih terasa. Orang yang kita tolak dilantik jadi DPM semula.
Makanya, terbukti sudah komplot Cikgu-Anak murid selama ini. Branding 1 vote for Anwar is 1 vote for Zahid Hamidi. Benar sekali.
Ramai Taksubers PKR cuba beri penjelasan. Ini Kerajaan Perpaduan. It’s beyond him, sebab parti BN yang tentukan. Pada saya, PM10 patut ada wisdom and conviction untuk manoeuvre. Yakinkan YDPA untuk tolak ke. Tapi itu tak berlaku. Nampaknya dia mengikut saja.
Laungan Reformasi itu, dah jadi macam Reforbasi sebab boo boo ini. Rafizi pun tak berbunyi. Tindakan ini menyebabkan TS Muhy ada one up di mata rakyat. Makanya, PRU dan PRN seterusnya PH kena beringat. Jangan marah kalau Rakyat undi lain pula. The boycott will be real.
Saya tahu, kami rakyat yang mengundi ni kena pejam
mata dan terima saja. Tapi tak bermakna kami kena diam tanpa bersuara.
Yelah, kami sedar, Demokrasi di Malaysia ini bukan sepenuhnya rakyat yang punya. It’s BIG BOYS’ PLAYBOOK juga akhirnya. Tambah Agong dah tengok dan approved the line up. Nak bunyi lebih, nanti derhaka.
To weather the storm, saya harap no more boo boo after this. Line up ni kena berusaha keras untuk negara. Jangan pi holiday2 and syok main golf sahaja. Jangan cari gaduh dengan penjawat awam dan rakyat pula.
Suruh yang non Muslim MP jangan keluar kenyataan mengarut. No foot in the mouth syndrome please. Tambah Nga Kor Ming tu, ramai tak berkenan. Dapat pulak jawatan.
Lagi satu, kes Zahid dan Merpati dah jadi risiko besar boleh dilepaskan. Ini akan membangkitkan amarah rakyat. Mungkin kalau ini boleh berlaku, entah2 rakyat akan support Kerajaan Tebuk Atap. Kerajaan PH boleh tumbang. Makanya kena selalu muhasabah dan beringat.
Itu saya cover dalam Part 2 nanti. Cukup dulu kali ini.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/12/cabinet-off.html