Cabaran Turun 10 Kilo Dalam Masa Sebulan Julai 2019 Bulan Mencabar
Hi guyss! Kali ini UN nak buat cabaran turun 10 kilo dalam sebulan. Korang rasa berat korang dah berapa lama maintain sama. Hahahah Un ni berat naik turun. Kalau turun naik pun hanya main dalam lingkungan 80+. Stress weh! Gambar kat atas adalah setelah beberapa bulan tamat latihan kepolisan selama setahun kat pulapol. Sejak zaman ni, mengandung-bersalin-mengandung-bersalin dan seterusnya. Selepas tu dah tak ada lagi berat cecah 70+. Cuma ada sekali masa amalkan Killos. Lepas tu mana ada ..cuma masa bulan puasa Un amalkan Surya S Great Grain berat turun. Lepas raya..hahaha makan dan makan , penuhi open house bagai kini berat naik semula 84.5kgs! Stress mak! Cabaran kurus 10 kilo dalam sebulan & lamaran untuk sertai team tarik tali IPD Kajang Bulan lepas, ada hamba Allah wasap ajak join tarik tali. Lepas tu ada pula yang call UN ajak join. Pujukan demi pujukan. Dah maklum pada mereka, bahawa ada sessi mungkin tak dapat hadir kerana kekangan masa. Namun mereka berkeras ajak join. Tak lama lepas tu, ada semboyan dan rupanya nama termasuk sekali. So, redah jelahkan! Pengembaraan Bermula Demi Turunkan Berat 10 Kilo Maka pada 28 Jun (Jumaat), bermula lah warming up! Dah lama rasanya tak force diri ini. So, terpaksa redah. Kalau ada keyakinan pasti boleh lakukan. 2 Julai 2019 – PGA Cheras 2 Julai 2019 -bermula journey kami di sini. latihan disini susah nak jangkakan. Ada sahaja kejutan untuk orang baru seperti UN. 3 Julai 2019 – Latihan semakin rancak 3 Julai 2019 – Lepas seround PGA Cheras, kena siksa lagi! Hahaha tengoklah tu, memang tengah lap peluh. Serius dah lama tak basah lencun macam ni. 5 Julai 2019 – Bukit Cendawan 5 Julai 2019 – Fuh hari ini merana! Kena siksa di Bukit Cendawan belakang kuarters PGA Cheras. Lembut lutut mak! Nak sahut cabaran turun 10 kilo bukan sebab orang tapi kena usaha untuk diri sendiri! “Cik, saya down gilaaa..” “Adoii!” “Boleh Puan, nak kurusss.. nak kurus..nak kurruss!” Ya Allah bagai nak tercabut nyawa.. Katanya Bukit Cendawan ini mencabar, tapi 3x naik turun berjaya juaa walaupun rasa nak muntah hijau. Okay setakat ini journal UN minggu pertama. Doakan UN istiqamah dan berjaya menurunkan berat badan ideal ( berjaya harungi cabaran turun 10 kilo ) serta berjaya team kami menjuarai kejohanan Tarik Tali piala KP 2019. Team Tarik Tali IPD Kajang memang terbaik.
The post Cabaran turun 10 kilo dalam masa sebulan; Julai 2019 bulan mencabar appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/07/cabaran-turun-10-kilo-dalam-masa-sebulan/