Cabaran Pendidikan Atas Talian Realiti Atau Fantasi



SELAKU Mantan Menteri Pendidikan, saya hari ini merasa terpanggil untuk berbicara mengenai isu Pendidikan yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian.

Isu ini sememangnya sangat dekat dihati saya kerana saya sendiri pernah melalui pengalaman selaku guru dan pendidik untuk satu tempoh yang agak lama suatu ketika dahulu

Dunia Pendidikan itu sendiri sebenarnya amat kompleks dan holistik. Pelbagai perkembangan telah berlaku sejak berkurun lamanya. Pelbagai pembaharuan dan inovasi juga sudah kita lihat sejak dahulu hingga kini

Dalam konteks kita hari ini yang berdepan dengan bahaya pendemik COVID-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita lalui buat pertama kalinya dalam sejarah iaitu pada bulan Mac 2020 dan sekali lagi PKP 2.0 sekarang ini, menyebabkan sesi persekolahan secara bersemuka tidak lagi dapat diadakan

Pilihan yang ada, hanyalah sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian. Persoalannya, apakah fantasi kita dalam kaedah atas talian yang sempurna itu benar-benar menjadi satu realiti

Kemelut timbul. Polemik menjadi-jadi. Ibu bapa bersuara. Murid menjadi apa? Guru nak buat apa
Ternyata COVID-19 yang mencengkam dunia sejak awal tahun lalu menjadi asbab kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian bagi sesi persekolahan

Mengimbas masa lalu, teknologi internet mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1983. Pada 1991, rangkaian komunikasi internet secara bersepadu menerusi JARING dengan kelajuan 64Kbps diperkenalkan di negara ini

Sehingga suku kedua 2015, purata kelajuan internet Malaysia ialah 6.0 megabit sesaat. Malaysia ketika itu menduduki tangga ke-70 bagi senarai Negara Internet dunia

Berdasarkan laporan The State of LTE oleh OpenSignal, setakat Februari 2018, Malaysia mempunyai kadar penembusan 4G sehingga 74.88 peratus

Purata kelajuan capaian internet 4G di Malaysia pula pada kadar 14.83 megabit per saat (Mbps), iaitu antara yang terendah dalam kalangan 88 buah negara yang dikaji

Kini, kelajuan terpantas internet sudah mencapai 1 gigabit sesaat (Gbit/s)

Suka tak suka, hakikatnya capaian internet di negara ini adalah antara yang paling perlahan dan paling mahal di dunia

Itu cerita kelajuan internet di kawasan bandar utama di Malaysia. Di luar bandar dan kawasan pedalaman, kita semua maklum. Hingga ada pihak yang teruk mengecam dan dikecam apabila berlaku kejadian seorang pelajar universiti terpaksa mendirikan khemah di atas bukit di dalam hutan dan memanjat pokok untuk mendapatkan rangkaian internet

Bercakap mengenai sekolah pula, statistik pada 31 Disember 2020 menunjukkan terdapat 10,225 buah sekolah di seluruh negara

Daripada jumlah itu, 5,898 buah sekolah berada dalam kategori Kawasan Bandar dan 4,327 buah sekolah di Kawasan Luar Bandar

Dalam kategori Sekolah Luar Bandar itu pula, sejumlah 645 buah sekolah terletak di Kawasan Pedalaman yang dibahagikan pula kepada tiga kategori iaitu 215 buah sekolah di kawasan Pedalaman Satu, 146 buah sekolah di Pedalaman Dua dan 284 buah sekolah di Pedalaman Tiga

Manakala jumlah guru keseluruhannya adalah seramai 413,528 orang dan jumlah murid pula seramai 4,768,892 orang

Daripada jumlah itu, 109,452 orang guru dan 1,036,829 orang murid berada di kawasan Luar Bandar
Isunya sekarang ialah bagaimana dengan nasib sekolah, guru dan murid di luar bandar berdepan dengan realiti capaian internet

Satu kenyataan yang agak pahit untuk ditelan sebenarnya untuk kita akui bahawa capaian internet di luar bandar amat menyedihkan

Bukan berniat untuk mencari salah sesiapa. Hakikatnya, penyelesaian masalah capaian internet di luar bandar seharusnya diambil secara tanggungjawab bersama oleh pihak kerajaan dan syarikat pengendali telekomunikasi yang boleh dicapai secara menang-menang

Kita jangan malu untuk melihat bagaimana negara lain seperti Indonesia, Nepal dan Vietnam melebarkan jalur rangkaian internet mereka hingga ke kawasan pedalaman

Secara ringkasnya, saya menggariskan lima cabaran isu pengajaran dan pembelajaran atas talian ini iaitu:-
1. Ketiadaan peranti dan jaringan internet yang sempurna di Kawasan Luar Bandar2. Persekitaran hidup murid yang kurang kondusif3. Penguasaan kemahiran guru terhadap pedagogi digital4. Mentaliti murid, ibu bapa dan guru5. Tahap keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran
Benar kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah tidak hanya terbatas kepada pembelajaran atas talian semata-mata

Ianya juga boleh diadakan secara di luar talian iaitu menerusi bahan bercetak dan juga TV Pendidikan di mana KPM sedang merancang untuk menambah siaran TV Pendidikan di saluran RTM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam situasi COVID-19 sekarang

Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa siaran TV Pendidikan KPM telah lama beroperasi menerusi TV OKEY RTM, Astro Tutor dan NTV7

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, saluran 146 di Astro dan Astro Njoi. Manakala siaran di Astro Tutor pula di saluran 601 dan 603

Di sini juga, ingin saya berkongsi beberapa cadangan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran atas talian iaitu:-
1. Pembelajaran dalam talian yang bukan 'real time' seperti menggunakan Google Classroom dan aplikasi Telegram.
2. Mempraktikkan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran atas talian secara anjal mengikut tahap murid bagi mengatasi masalah ibu bapa yang mempunyai masalah kekurangan gajet tetapi memiliki anak sekolah yang ramai. Dengan cara jadual waktu anjal itu, anak-anak boleh menggunakan gajet bukan secara serentak.
3. Menyediakan modul standard kaedah pengajaran atas talian kepada semua guruTernyata, sektor pendidikan ini sememangnya mempunyai pemegang taruh yang amat besar membabitkan jumlah sekolah, guru, murid dan juga ibu bapa yang mempunyai kepentingan di dalamnya.
Apa sekalipun, bagi saya aspek ‘Kemenjadian Murid’ menjadi satu elemen yang amat penting dalam apa jua kaedah pengajaran dan pembelajaran sama ada bersemuka di sekolah ataupun atas talian

Bagi ibu bapa pula, pendidikan anak-anak tentunya merupakan pelaburan untuk masa depan

Penting juga untuk ibu bapa kini mengambil sikap tidak lepas tangan di rumah dengan turut sama memikul tanggungjawab menjadi 'pembantu guru' untuk pembelajaran anak-anak

Datuk Seri Mahdzir Khalid



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/cabaran-pendidikan-atas-talian-realiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ada Duit Beri Peruntukan Khas Untuk Pendidikan Atas Talian

Kerajaan Ada Duit Beri Peruntukan Khas Untuk Pendidikan Atas Talian

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 255 hits
POSTED BY AMIR WRLRAhli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menggesa Kementerian Pendidikan mendapatkan peruntukan khas bagi membantu guru dan murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bel...
Hiburan Kena Tag Cabaran Artis Sombong Atau Tidak Oleh Peminat Almy Nadia Luah Rasa Berang Di Instagram

Hiburan Kena Tag Cabaran Artis Sombong Atau Tidak Oleh Peminat Almy Nadia Luah Rasa Berang Di Instagram

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 306 hits
Pelakon Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa berang apabila menerima mesej daripada individu yang membuat cabaran ingin melihat sama ada artis sombong atau tidak di media sosial Sumber Google Individu te...
Pakai Atau Tidak Pakai Langsung Dr Noor Hisham

Pakai Atau Tidak Pakai Langsung Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 194 hits
BH ONLINE Foto ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Sikap sambil lewa masyarakat terhadap kaedah pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul berupaya mencetuskan penularan jangkitan COVID 19 Menerusi laman sosial Facebook dan ...
Tolak Darurat Derhaka Kepada Agong Atau Kerajaan Pn

Tolak Darurat Derhaka Kepada Agong Atau Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 445 hits
POSTED BY AMIR WRLRTuduhan kononnya Pakatan Harapan atau sesiapa yang menolak perisytiharan darurat bermakna derhaka kepada titah Yang di Pertuan Agong menjadi polemik yang hangat diperbincangkan Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Azi...
Darurat Saranan Pn Tempang 114 Atau 115 Mp Tidak Setuju

Darurat Saranan Pn Tempang 114 Atau 115 Mp Tidak Setuju

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 196 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parli...
Random Bertudung Labuh Pilihan Atau Paksaan

Random Bertudung Labuh Pilihan Atau Paksaan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum semua Hari ni nia nak berkongsi dengan kau orang semua sebab nia memilih untuk melabuhkan tudung Dari sekolah menengah sampailah nia dah tua ni masih ada lagi yang melemparkan soalan kenapa suka pakai tudung labuh Its all st...
Tindakan Pas Bagus Atau Tidak Buat Muhyiddin

Tindakan Pas Bagus Atau Tidak Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 221 hits
Mohsin AbdullahPerdana menteri menyarankan Asean mengambil sikap yang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian atau hate speech termasuk gangguan berdasarkan jantina kecenderungan seksual serta promosi keganasan melalui platform digit...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau