Cabaran Menulis Hari 2 Things That Make You Happy
Cabaran Menulis Hari 2: Things That Make You Happy | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.Cabaran Menulis Hari 2: Things That Make You HappyDalam artikel cabaran menulis hari kedua ini adalah berkaitan dengan apa yang membuatkan diri menjadi gembira & senang. Banyak jugalah perkara yang boleh buatkan diri ini menjadi gembira yang bakal akan dikongsikan dalam cabaran ini. Artikel sebelum ini bertajuk Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality ada menceritakan serba ringkas mengenai diri penulis. Berikut adalah beberapa perkara yang membuatkan diri ini menjadi gembira bersama orang disekeliling
1. Apa yang diingini itu dapat dicapai sepenuhnyaMemang setiap orang akan gembira apa yang dihajatinya atau impiannya dapat dicapai. Begitu juga dengan diri ini jika dapat dicapai dengan titik peluh sendiri tanpa bantuan dari puhak lain. Kenapa dan mengapa? Baiklah MYiDEAKiNi jelaskan serba ringkas ketika itu keinginan untuk memiliki seutas jam tangan jenis Suunto. Apabila di tengok harganya ketika memang boleh tahan harganya tetapi atas minat dan keringat titik peluh sendiri, diusahakan juga untuk memiliki jam tangan tersebut. Tiada jam tangan lain ker yang setanding dengan jam tu? Dah minat nak buat camana kan.. yang bestnya jam ini bukan sekadar jam tangan biasa malah ianya adalah "Heartrate system" boleh merekodkan senaman yang dibuat. Itu jer pun. Akhirnya dapatlah memiliki jam ini dan buatkan hati sungguh-sungguh gembira
2. Hasil kerjaya sendiri
Perkara yang kedua adalah hasil dari kerjaya sendiri membuatkan diri ini menjadi gembira. MYiDEAKiNi telah terangkan skil yang ada pada MYiDEAKiNi salah satunya adalah bertukang. Terlalu sangat kreatif, sehinggalah boleh menyiapkan DIY rak kayu. Hasil ini bukan untuk diletakkan dirumah tapi di premis sendiri. Dari segi penjimatan, lebih baik DIY sendiri. Nak buat saiz besar atau kecil bergantung pada hasil tukangan sendiri. Yer tak? Dengan hasil tukangan inilah membuatkan diri ini rasa gembira kerana dapat lihat sendiri hasilnya tetapi kalau tiada masa dan skil bertukang, bolehlah upah tukang rumah yang profesional. Dari segi penjimatan, lebih baik DIY sendiri
3. Komen Yang Positif dari Hasil MasakanUntuk makluman semua blogger, sesambil berblogging ini, MYiDEAKiNi juga ada premis dengan dimana menjadi vendor dalam GrabFood, FoodPanda & ShopeeFood. Jenis perniagaan yang dijalankan hanya di atas talian menggunakan platform GrabFood, FoodPanda & ShopeeFood dimana hanya menjual makanan yang mudah dan ringkas seperti keropok lekor krispi, roti kapit sardin & Homemade Pizza. Perniagaan ini beroperasi setiap hari dari jam 12.30tengahri hingga 9.30malam kecuali setiap tutup cuti rehat.
Apa yang membuatkan hati ini gembira jika mempunyai pelanggan yang memberikan komen yang agak positif dari hasil makanan yang dijual. Sekurang-kurangnya dapat tahu maklumbalas dari pelanggan yang membeli hasil makanan yang dihidangkan. Kalau komen sebaliknya itu adalah untuk membina semangat dan membaiki apa yang sepatutnya
Rasanya setakat ini jer lah yang dapat dikongsikan bersama tentang Cabaran Menulis Hari ke-2 ini yang membuatkan hati ini gembira. Harap dapat menghiburkan dan sedikit sebanyak meluahkan perasaan gembira pada semua orang. Ahaks..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2023/11/cabaran-menulis-hari-2-things-that-make-you-happy.html