Cabaran Mentadbir Dalam Demokrasi Masyarakat Majmuk Pasca Kebenaran




Pada  Ogos 2019
oleh Liew Chin Tong

Pada 25 Julai, muka depan Sinchew Daily melaporkan bagaimana kononnya sukatan pelajaran darjah 4 tahun depan akan mengandungi enam muka surat pengenalan tentang tulisan jawi. Dengan demikian, DAP pun mendepani krisis terburuknya sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, yang juga tidak dinafikan merupakan salah satu krisisnya yang paling serius sepanjang sejarah 53 tahun penubuhan parti.
Apa yang menyusul kemudian ialah sebuah siri luahan emosi yang disemarakkan dengan begitu sedikit fakta, kebanyakannya diputar-belit. Ini sememangnya adalah sesuatu yang menyedarkan. Kita sekarang mentadbir dalam era pasca-kebenaran yang begitu mencabar, di samping tanggungjawab kepada negara untuk memperkukuh sebuah kerajaan yang berbilang-etnik dan berbilang-parti.
Saya ingin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin akar umbi DAP di Johor. Anda semua telah mendepani begitu banya dugaan. Ketika orang ramai menyerang DAP, anda terpaksa menanganinya secara berdepan di kedai-kedai kopi kejiranan masing-masing.
Bukannya kita tidak pernah berdepan keadaan sebegini sebelum ini. Pada tahun 2014, ‘terima kasih’ kepada Sinchew Daily dan Utusan Malaysia, DAP dituduh oleh Sinchew sebagai pengecut kerana tidak berani menyatakan pendirian terhadap PAS, yang ketika itu sekutu Pakatan Rakyat, apabila PAS dan Umno berpentas tentang persoalan hudud; di pihak yang satu lagi, Utusan pula menyerang DAP kononnya bersifat antagonis terhadap Islam.
Kemudian pada tahun 2016, sekali lagi dengan isu yang digembar-gemburkan oleh Sinchew Daily, akar umbi DAP dihina apabila DAP berpadu tenaga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa yang sama, dalam lingkungan pembaca Utusan, penyokong Dr Mahathir dijadikan mainan kerana bekerjasama dengan DAP.
Ketika krisis-krisis tersebut, pemimpin DAP Johor di setiap peringkat kekal bersatu dan kita turun ke setiap satu pekan kecil di Johor dan bercakap di forum-forum kedai kopi, bagi menjelaskan kepada para penyokong tentang keputusan sukar yang mesti kita buat.
Ribut perkauman yang dicipta oleh akhbar dan media sosial memang sukar ditangani. Krisis ini misalnya, seakan telah menelan semua orang sehinggakan jika sesiapa berani menghadirkan sudut pandang berbeza, orang itu akan digelar pengkhianat kepada perjuangan kaumnya. Semuanya diwarnakan hitam putih. Selebihnya dihukum sebagai pengkhianat. 
Dalam hal ini, adalah Dr Mahathir atau Lim Kit Siang dikira sebagai petualang?Media massa sudah bebas sepenuhnya sejak perubahan kerajaan pada tahun 2018. Kerajaan baharu tidak campur tangan dalam operasi harian, walaupun kebanyakan saluran media dimiliki oleh kroni-kroni kerajaan terdahulu.
Jadi kita kita sudah ada Fox News versi kita sendiri, di medan orang Melayu dan juga bukan-Melayu. Fox News di Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menetapkan agenda dan sudut pandang. Pempengaruh media sosial pro-Trump dan tentera siber kemudiannya menari mengikut rentak yang ditetapkan dan membawa rentak itu ke ruang siber melalui aplikasi peer-to-peer seperti Whatsapp. Ilusi persetujuan; seperti ruang gema, justeru diwujudkan.
Dalam senario Malaysia, di medan bukan-Melayu, kerajaan Pakatan dianggap telah dikawal dengan kuku besi Dr Mahathir. Dr Mahathir dibingkai sebagai musuh utama. Semuanya berpunca daripada Dr Mahathir. Ini semua didakwa sebagai kerajaan ketuanan Melayu. Di medan orang Melayu pula, Lim Kit Siang dan Lim Guang dibingkai sebagai musuh negara paling teruk. Semua yang berlaku dalam kerajaan diarahkan oleh mereka. Kerajaan ini digambarkan sebagai kerajaan Cina atau Kristian.
Kedua-dua persepsi tersebut adalah pastinya salah. Namun dalam sebuah dunia pasca-kebenaran, persepsi-persepsi ini diperkukuhkan sebagai kebenaran sehinggakan pemimpin politik di pelbagai peringkat dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama, atau sekurang-kurangnya memberi reaksi positif. Sepanjang proses ini, negara diletakkan di ambang kehancuran.
Hakikatnya ialah, kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan gabungan. Tiada parti mempunyai kuasa mutlak. Banyak hal mesti dibawa ke peringkat Jemaah Menteri dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk kelulusan, dan memang begitulah yang sepatutnya.
Kerajaan gabungan ini tentunya sukar sekali mahu diuruskan. Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi musuh ketat selama dua puluh tahun. Dr Mahathir dan DAP pula sudah bermusuh untuk tempoh yang lebih lama. Kita semua dalam Pakatan perlu komited untuk terus memperkukuhkan gabungan dan memastikan masyarakat yang berbilang kaum ini selamat dan sejahtera.
Kita akan harus melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan situasi pasca-kebenaran ini: di mana Dr Mahathir dilabel sebagai musuh utama orang bukan-Melayu, dan Lim Kit Siang adalah musuh utama orang Melayu.
Saya menyeru anggota-anggota DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Harapan. Cakap-cakap untuk meminta DAP keluar dari Pakatan hanya akan menjahanamkan segala hasil demokrasi yang telah dikecapi pada 9 Mei 2018, serta membuka ruang kepada Umno dan PAS untuk kembali memerintah.
Dalam hal krisis tulisan jawi ini, semua pihak berhak menyatakan pendapat masing-masing tentang apa yang perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Saya hormati hak itu.
Saya cuma ada dua permintaan. Pertama, setiap kali kita berbincang, berbincanglah berdasarkan fakta, bukan auta. Sebuah negara yang berwacana berasaskan auta, akan berdepan bencana. Kedua, apa pun pandangan seseorang, ia tidak boleh berasaskan fobia terhadap tulisan Jawi.
Kita tidak mahu kewujudan Jawi-fobia atau fobia terhadap tulisan Cina atau Tamil-fobia di Malaysia.
Ada beberapa fakta asas untuk dipertimbangkan.Pertama sekali, Jawi bukanlah satu bahasa baharu (akhbar Cina menterjemah Jawi sebagai ‘wen’, suatu terma yang selalunya merujuk kepada sebuah bahasa, yang menyebabkan ramai ibu bapa Cina memberi reaksi terkejut selepas membaca laporan Sinchew kerana mereka menganggap anak-anak mereka akan dibebankan dengan suatu bahasa yang baharu). Jawi cumalah suatu sistem abjad, seperti ABC.
Kedua, Jawi tidak ada kena mengena dengan agama dan tidak kait mengait dengan Islamisasi. Jawi bukanlah Bahasa Arab, dan sepertimana menulis Bahasa Melayu dalam abjad Rumi tidak menjadikan sesorang cekap dalam Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa Barat, menggunakan Jawi tidak mengajar seseorang Bahasa Arab. Sudah terlalu banyak kekeliruan tentang pembelajaran Jawi kononnya membuka gerbang limpah ke arah Islamisasi.
Ketiga, mungkin Kementerian Pendidikan seharusnya bersikap lebih konsultatif, namun idea keseluruhan cadangan ini ialah untuk memperkenalkan sejarah dan menjadikan Jawi sebagai sebahagian daripada keriangan pembelajaran supaya murid-murid mengetahui tentang sistem fonetik yang digunakan sebelum Rumi. Ia dahulunya melibatkan hanya 6 muka surat, kini dikurangkan menjadi tiga sahaja.
Sebagai penutup, marilah kita kekal bersatu sebagai sebuah pasukan yang kuat. Kita di DAP Johor telah melalui pelbagai rintangan sebelum 2018.
Ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya tahu bagaimana anda semua telah menderita sejak beberapa minggu lalu ketika krisis ini bermula, malah sejak mula menyesuaikan diri menjadi kerajaan.Hakikatnya, kita sedang mentadbir dalam sebuah persekitaran pasca-kebenaran, dan kita yang percayakan impian Malaysia harus lebih ke depan bagi memastikan tiada konfrontasi kaum berlaku. Mandat yang telah diberikan kepada kita ialah untuk mentadbir dalam sebuah kerajaan gabungan bagi menjamin demokrasi untuk seluruh rakyat Malaysia dari segenap latar dan lapis masyarakat. 
*Ucapan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pada 11 Ogos 2019 ketika bertemu pemimpin dan anggota akar umbi DAP di Stulang, Pekan Nanas, Kulai dan Simpang Renggam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/cabaran-mentadbir-dalam-demokrasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Gempa Masyarakat Pandeglang Sudah Mulai Beraktivitas

Pasca Gempa Masyarakat Pandeglang Sudah Mulai Beraktivitas

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 121 hits
Masyarakat kembali melaksanakan berbagai kegiatan seperti melaut berdagang bertani dan di perkantoran secara normal
Masyarakat Diseru Sambut Hari Kebangsaan Dengan Penuh Semangat Patriotik

Masyarakat Diseru Sambut Hari Kebangsaan Dengan Penuh Semangat Patriotik

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 231 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tekan Stunting Kkp Ajak Masyarakat Garut Konsumsi Ikan

Tekan Stunting Kkp Ajak Masyarakat Garut Konsumsi Ikan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 126 hits
Aryo menyebut sejauh ini baru 3 Provinsi di Indonesia yang lepas dari masalah stunting Sedangkan Provinsi Jawa Barat sendiri masih belum terlepas dari masalah stunting salah satunya ada di Garut
Survei Cyrus Network Masyarakat Berharap Jokowi Bentuk Pemerintahan Yang Efektif

Survei Cyrus Network Masyarakat Berharap Jokowi Bentuk Pemerintahan Yang Efektif

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 127 hits
CEO Cyrus Network Hasan Nasbi Batupahat juga melihat dukungan publik ini sebagai sinyal bahwa masyarakat lelah terhadap pemecahbelahan politik yang sudah terjadi beberapa tahun terakhir
Masyarakat Ingin Sepakbola Bersih Polri Bentuk Satgas Antimafia Bola Jilid Ii

Masyarakat Ingin Sepakbola Bersih Polri Bentuk Satgas Antimafia Bola Jilid Ii

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 127 hits
Satgas Antimafia Bola Jilid II sudah mulai bekerja sejak 6 Agustus lalu mengawasi pertandingan sepakbola di Indonesia Sistem kerja satgas ini tak hanya fokus di tingkat pusat saja Tetapi dibagi menjadi 13 wilayah sesuai dengan wilayah di ma...
Lewat Fitur Ini Go Jek Ajak Masyarakat Kurangi Sampah Plastik

Lewat Fitur Ini Go Jek Ajak Masyarakat Kurangi Sampah Plastik

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 187 hits
Go Jek bersama Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan meluncurkan fitur Go Greener guna mendorong pengurangan sampah plastik dalam layanan Go Food Nantinya fitur ini akan menawarkan pilihan alat makan berbayar dan tas khusus bagi pengan...
Luncurkan Spit Humas Polri Siap Layani Masyarakat 24 Jam

Luncurkan Spit Humas Polri Siap Layani Masyarakat 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 120 hits
Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi saat ini semakin cepat dengan hadirnya era 4 0 istilah istilah seperti e government e governance big data menuntut adanya profesionalisme dalam mengelola informasi Hal ini menjadi tantangan se...
Wapres Jk Ke Bupati Nduga Yang Menakuti Masyarakat Tentara Atau Opm

Wapres Jk Ke Bupati Nduga Yang Menakuti Masyarakat Tentara Atau Opm

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 115 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla mempertanyakan keluhan Bupati Nduga Yairus Gwijangge di gedung DPR yang meminta pihak TNI dan Polri menarik personel dari wilayahnya demi kepentingan masyarakat Menurut JK pihak keamanan akan ditarik jika situasi ...
Rayakan Idul Adha Pt Kiec Salurkan Hewan Kurban Ke Masyarakat Cilegon

Rayakan Idul Adha Pt Kiec Salurkan Hewan Kurban Ke Masyarakat Cilegon

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 186 hits
Kami berharap dengan pembagian hewan kurban ini kami dapat sedikit berbagi kebahagiaan kepada masyarakat sekitar Semoga hubungan baik dengan masyarakat dapar terus terjalin ke depannya tutupnya
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense