Cabaran Menanti Maszlee Selepas Keluar Dari Bayangan Dr M Kata Penganalisis




PETALING JAYA: Selepas keluar dari bayangan politik Dr Mahathir Mohamad, Maszlee Malik mungkin boleh mencipta jenama politiknya sendiri, tetapi kemungkinan beliau berdepan saingan sengit dalam pilihan raya umum, kata penganalisis.
Penganalisis sosio-politik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ia merupakan langkah baik bagi Maszlee dan bekas rakan seperjuangan PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk keluar dari bayangan Mahathir.
“Dengan menjauhkan diri, mereka boleh bina nama dan jenama sendiri. Mahathir adalah nama besar dan sukar untuk menjadi lebih besar daripada Mahathir,” katanya kepada FMT.
Sebagai contoh, katanya, kebanyakan kenyataan awal dari parti politik baru Mahathir, Pejuang, hanya mempunyai tandatangan Mahathir.
“Hanya sekarang kenyataan ditandatangani semua 4 ahli Parlimen Pejuang.”
Empat ahli Parlimen yang masih berada dalam Pejuang adalah Mahathir, anaknya Mukhriz, Amiruddin Hamzah dan Shahruddin Md Salleh.
Semalam, Maszlee berundur sebagai penaja penubuhan parti itu, setelah “yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elit”.
Bagaimanapun, Awang Azman mengingatkan Maszlee mungkin memerlukan strategi tepat untuk mencipta jenama sendiri, tanpa kelebihan orang kuat politik menjadi mentornya.
Maszlee, 46, bekas menteri pendidikan, merampas kerusi Parlimen Simpang Renggam daripada Gerakan dengan majoriti 3,475 undi pada Pilihan Raya Umum 2018.
Ketika menjadi menteri, Maszlee pernah dipuji dan dikritik atas usahanya. Antara perubahan dilaksanakannya ialah membenarkan pelajar sekolah rendah memakai kasut hitam ke sekolah dan pelajar universiti mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
Namun, Awang Azman merasakan Maszlee, sebagai calon bebas, mungkin berdepan saingan sengit menentang lawan dari Umno yang dilengkapi jentera kuat dalam usahanya mempertahankan kerusi itu.
“Sebagai calon bebas, beliau mungkin tidak ada peruntukan dan mungkin berdepan cabaran kewangan.”
Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, Maszlee mungkin mengambil keputusan itu selepas memikirkan masa depan Pejuang.
“Kedudukan parti itu masih terawang-awang kerana ia sedang menunggu kelulusan.”
Tambahan, katanya, timbul persepsi pesaing politik menggunakan orang yang setia kepada Mahathir untuk menyerang veteran berusia 95 tahun itu.
Sebagai contoh, anaknya Mukhriz diserang kerana menggunakan nama Mahathir bagi mencapai cita-cita politiknya.
Azmi berkata, Maszlee akan mengetahui keburukan menjadi ahli Parlimen bebas tidak lama lagi.
Katanya, ahli Parlimen perlu memahami mereka masih memerlukan parti politik untuk bertahan dari segi kewangan.
“Sekiranya Maszlee mahu bertahan, beliau memerlukan sokongan sebuah parti politik; jika tidak, akan jadi lebih sukar baginya.”
Syed Saddiq, yang meninggalkan PPBM awal tahun ini, bertindak menubuhkan parti politiknya sendiri, Muda, yang masih menunggu didaftarkan.
#Sumber : FMT 

MR :  Maszlee akan masuk PKR. Adakah dalam PKR dia berjaya? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/cabaran-menanti-maszlee-selepas-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejuang Ucap Selamat Maju Jaya Selepas Maszlee Umum Keluar Parti

Pejuang Ucap Selamat Maju Jaya Selepas Maszlee Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 257 hits
Pejuang mengucapkan selamat maju jaya kepada Maszlee Malik selepas beliau menarik diri daripada parti baru pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad itu Setiausaha agung penaja parti itu Amiruddin Hamzah berkata pihaknya juga berte...
Kecualikan Khairuddin Cemar Imej Putrajaya Kata Penganalisis

Kecualikan Khairuddin Cemar Imej Putrajaya Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 270 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Dua penganalisis politik memberi amaran bahawa bahaya menanti imej kerajaan berikutan keputusan tiada tindakan lagi terhadap menteri yang ingkar perintah kuarantin wajib Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara...
Umno Bersatu Kongsi Kekasih Sama Tak Mungkin Berdamai Kata Penganalisis

Umno Bersatu Kongsi Kekasih Sama Tak Mungkin Berdamai Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 354 hits
Penganalisis politik Wong Chin Huat meramalkan gencatan politik yang diumumkan oleh presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam tidak akan berkekalan Umno dan Bersatu merupakan saingan bukan hanya untuk menteri tetapi akhirnya mereka adalah pe...
Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 308 hits
Seorang penganalisis politik berkata Ahmad Zahid Hamidi mendapat sokongan kebanyakan cawangan dan bahagian Umno PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat sokongan partinya atas sebaran...
Luahan Hati Dr Maszlee Selepas Tinggalkan Pejuang

Luahan Hati Dr Maszlee Selepas Tinggalkan Pejuang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 324 hits
Sejak menjadi Ahli Parlimen pasca 9 Mei 2018 yang lalu salah satu beban yang saya akan pikul hingga ke akhirat adalah beban kebajikan rakyat di Simpang Renggam Masa berlalu dan semakin lama saya turun berjumpa dengan penduduk dan masyarakat...
Darurat Bolehkan Belanjawan 2021 Tanpa Kelulusan Parlimen Kata Penganalisis

Darurat Bolehkan Belanjawan 2021 Tanpa Kelulusan Parlimen Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 302 hits
Seorang penganalisis politik percaya darurat akan membolehkan Belanjawan 2021 dilakukan tanpa kelulusan Parlimen menjangkakan Agong akan mengambil alih pentadbiran dengan nasihat Kabinet Darurat yang baharu Langkah itu juga mengelakkan undi...
Maszlee Keluar Dari Pejuang

Maszlee Keluar Dari Pejuang

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 302 hits
SHAH ALAM 2 NOV Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air Beliau berkata tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpahkan sepen...
Lebih Fleksibel Untuk Parlimen Maya Kata Penganalisis

Lebih Fleksibel Untuk Parlimen Maya Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 217 hits
Seorang penganalisis politik menggesa pemimpin kerajaan lebih fleksibel dalam mentafsir Perlembagaan mengenai cara sidang Parlimen perlu diadakan Kamarul Zaman Yusoff pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia berkata Perlembagaan memberi ku...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp