Cabaran Hapus Covid 19 Tak Halang Pemerkasaan Sektor Awam Pm



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak Covid-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat.
Perdana Menteri berkata tanggungjawab penjawat awam kini adalah untuk membudayakan norma baharu dalam cara kerja, supaya perkhidmatan tersebut tetap dapat disampaikan secara efektif kepada golongan sasar, di samping meningkatkan produktiviti kerja.
Beliau berkata di peringkat kerajaan pula, adalah penting inisiatif untuk menambah baik aspek integriti dan tadbir urus kerajaan dilaksanakan, misalnya dilakukan melalui usaha membanteras amalan rasuah bagi memastikan kecekapan dan ketelusan pengurusan pentadbiran.
“Oleh kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan antara warga kerja barisan hadapan yang sering terdedah dengan tarikan rasuah, maka usaha membanteras jenayah ini perlu kekal sebagai agenda penting yang perlu dilaksanakan meluas dalam kalangan penjawat PBT.
“Ini agar kita dapat mewujudkan sebuah budaya kerja yang berintegriti tanpa berkompromi dengan mana-mana nilai dan etika,” katanya ketika berucap merasmikan secara maya Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) kali ke-27 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Hadir sama Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia Datuk Azih Muda dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat.
Muhyiddin, dalam video 10 minit itu juga turut menyeru agar PBT dan agensi berkaitan dapat turun padang dengan lebih kerap untuk meninjau dan memahami keadaan semasa, selain meneliti isu-isu berhubung kakitangan mereka yang saban masa bertemu dengan orang ramai, bagi menyelesaikan urusan seharian.
Beliau turut menyambut baik usaha ANULAE yang bergabung dengan CUEPACS untuk bersama-sama menangani masalah dalam kalangan ahli kesatuan, khususnya para penjawat awam demi menjaga kebajikan mereka.
“Persidangan perwakilan ini merupakan peluang buat semua warga ANULAE, untuk berbincang dan menyuarakan pandangan tentang isu-isu berkaitan kebajikan ahli. Saya berharap agar kita semua dapat bersama-sama berganding bahu untuk memastikan hak dan kebajikan setiap kakitangan awam dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.
“Saya juga berharap agar kesatuan ini akan terus memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ dalam komuniti setempat, dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri termasuk PBT,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata beliau sedar dan prihatin terhadap kebajikan penjawat awam termasuk barisan petugas hadapan, yang turut menjadi sebahagian daripada anggota kakitangan awam yang menggadaikan masa dan tenaga, untuk melindungi masyarakat ketika pandemik ini.
Beliau berkata oleh sebab itu, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan sumbangan penjawat awam, beberapa inisiatif telah diumumkan baru-baru ini menerusi Belanjawan 2021, seperti bantuan khas secara sekali beri (one-off) sebanyak RM600 kepada kakitangan awam dengan gred 56 dan ke bawah, manakala pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen layak mendapat elaun sebanyak RM300.
“Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan juga diberi bantuan sekali beri sebanyak RM500 sebagai tambahan kepada elaun khas Covid-19 sebanyak RM600, yang telah diberikan kepada mereka semenjak bulan Mac atas usaha menangani pandemik itu.
“Petugas barisan hadapan lain yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula, akan menerima elaun sebanyak RM300,” tambahnya.
– Bernama
The post Cabaran hapus Covid-19 tak halang pemerkasaan sektor awam – PM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/28/cabaran-hapus-covid-19-tak-halang-pemerkasaan-sektor-awam-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabaran Covid 19 Sektor Awam Terus Diperkasa

Cabaran Covid 19 Sektor Awam Terus Diperkasa

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 222 hits
Cabaran kerajaan berperang bagi memutuskan rantaian penularan COVID 19 tidak menghalang usaha pemerkasaan sektor awam yang merupakan agenda utama kerajaan ke arah memastikan sistem perkhidmatan yang cekap telus dan mesra rakyat Perdana Ment...
Per 20 Desember Total 20 328 Pasien Covid 19 Di Kaltim Sembuh

Per 20 Desember Total 20 328 Pasien Covid 19 Di Kaltim Sembuh

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 259 hits
Update kasus harian kali ini lebih didominasi kasus kesembuhan semoga kondisi ini bisa kita pertahankan kata Andi dalam keterangan resmi di Samarinda
Cegah Covid 19 Benda Wajib Ada Plash Afy Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 Kuman

Cegah Covid 19 Benda Wajib Ada Plash Afy Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 Kuman

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 326 hits
CEGAH COVID 19 Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 Kuman Assalamualaikum Pejam celik dah nak habis tahun 2020 semenjak ada covid 19 ni banyak norma baru dan positive yang Lisa belajar dari tahun ini ialah lebih...
Polri Tetapkan 45 Tersangka Pelanggaran Prokes Covid 19 Saat Pilkada Serentak

Polri Tetapkan 45 Tersangka Pelanggaran Prokes Covid 19 Saat Pilkada Serentak

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 160 hits
Sementara itu lanjutnya Bawaslu tercatat membubarkan 239 kegiatan kampanye selama masa Pilkada lantaran melanggar protokol kesehatan
Tekan Risiko Penularan Covid 19 Pgi Imbau Gereja Gelar Ibadah Natal Virtual

Tekan Risiko Penularan Covid 19 Pgi Imbau Gereja Gelar Ibadah Natal Virtual

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 222 hits
Dia menegaskan bahwa gereja harus tetap melakukan standar peribadahan di masa Covid 19 yang selama ini telah dilakukan seperti mengurangi kapasitas jemaat persiapan teknis sesuai standar protokol kesehatan dan penyederhanaan liturgi untuk m...
Razia Prokes Di Kafe Country Satu Perempuan Reaktif Covid 19

Razia Prokes Di Kafe Country Satu Perempuan Reaktif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 206 hits
Saat sidak prokes pihaknya menemukan kafe musik tersebut melanggar aturan karena ramai pengunjung dan masih beroperasi di atas jam 21 00 WIB
Satgas Covid 19 Sebut Ada 64 Kabupaten Amp Kota Di Indonesia Risiko Tinggi Penularan

Satgas Covid 19 Sebut Ada 64 Kabupaten Amp Kota Di Indonesia Risiko Tinggi Penularan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 225 hits
Untuk daerah dengan risiko rendah terdapat 59 kabupaten dan kota Meskipun termasuk kategori risiko rendah kemungkinan transmisi tetap masih ada namun penyebaran virus masih dapat dikendalikan
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Menangi Kereta Raya Impian Di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Seri Muka Yang Tidak Berseri

Koleksi Ucapan Whatsapp Hari Raya Aidilfitri Pantun Mesej Terbaik

Hidangan Ramadan Dan Basikal Raya

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Petrol Ganti Minyak Tanah Jika Tiada Untuk Pasang Pelita Raya 4 Risiko Wajib Anda Tahu

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number