Cabaran Besar Buat Ph Bagaimana Untuk Lenyapkan Legasi Ds Najib Yang Semakin Menjadi Ancaman Buat Ph



Khalid Samad baru-baru ini terpegun naik MRT yang moden.

Jalan-jalan di kawasan Masjid Jamek tadi, saya terfikir dia ini pernah ke sini tidak?

Masjid Jamek ini kawasan yang amat istimewa kerana di sinilah lahirnya bandar kita melalui titik pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Mungkin saya boleh jelaskan sedikit kepada Menteri. Insya-Allah dia faham dan teruskan visi saya.

Salah satu daripada visi saya adalah untuk melihat potensi bandaraya Kuala Lumpur direalisasikan sepenuhnya melalui beberapa inisiatif.

Saya mulakan dulu dengan projek menaiktaraf Terminal Bas Puduraya yang keadaannya sangat daif.

Kemudiannya diusahakan pula pusat UTC, “Elevated Pedestrian Walkway” Bukit Bintang-KLCC, dan perkhidmatan bas GoKL yang disediakan secara percuma untuk warga kota sebagai kemudahan untuk rakyat.

Saya bayangkan apabila siapnya projek MRT 1, MRT 2, MRT 3 dan LRT 3 mengikut perancangan dan jadual masa ketika Kerajaan BN, saya yakin lanskap Kuala Lumpur akan berubah menjadi bandaraya yang maju, dan mempunyai jalinan yang komprehensif.

Bukan lagi sebuah bandaraya yang tidak teratur dan tidak mesra rakyat.

Namun ada satu perkara yang kita tidak boleh abaikan juga. Malaysia dirahmati dengan pelbagai flora dan fauna serta perairan yang cantik.

Bagaimana kita boleh memelihara persekitaran kita dalam arus pembangunan?





Jika kita lihat bandaraya berdaya huni di seluruh dunia, mereka ada tepian air atau sungai yang dimanfaatkan untuk tarikan ekonomi atau daya boleh huni.

Misalnya Thames River di London.

Maka, projek River of Life dilaksanakan agar Kuala Lumpur juga boleh menjadi bandaraya yang berdaya huni tinggi dan penduduknya mempunyai kualiti hidup tinggi.

Untuk 2 sebab - ekonomi rakyat dan daya huni (livability).

Sungai Gombak dan Sungai Klang dibersihkan mengikut fasa dan diberi nafas baru sebagai Pusat Warisan dan Komersial bagi Greater Kuala Lumpur.

Ia bukan sahaja akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar, tetapi lebih penting sekali ia mewujudkan satu sistem ekonomi setempat dengan River of Life sebagai tarikan pelancong.

Siapa yang pernah berkunjung ke sini pada waktu malam, tentu faham maksud saya.

Bagi yang belum lagi, saya galakkan untuk bawa kawan-kawan dan keluarga sekali dan lihat River of Life. Cantik! Antara keunikannya ialah air pancut muzikal dan Kolam Biru.




Perubahan ini sudah tentu dapat memberi pendapatan yang lebih banyak kepada industri-industri perkhidmatan dan sokongan.

Penduduk di sekitar Kuala Lumpur hari ini sudah boleh mula beriadah di sepanjang jajaran sungai di kawasan sekitar Panggung Bandaraya, Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad, dan Pasar Seni.

Pada bulan lepas Disember 2018, saya baca artikel Independent telah menyenaraikan River of Life sebagai "World's 10 Best Waterfront Districts".

Ini satu pengiktirafan yang baik dan bagi saya ini hanyalah permulaan juga.

Projek ini masih lagi ada fasa-fasa yang perlu diusahakan. Banyak lagi juga idea-idea untuk Kuala Lumpur yang belum sempat kami Kerajaan BN buat.






Bayangkanlah Kuala Lumpur jika kesemua inisiatif yang kita rancang dilaksanakan sepenuhnya.

Sayang sekali saya tidak boleh lagi memantau kemajuannya dan memastikan projek ini berjaya.


Kita doakan yang terbaik untuk Malaysia.

Insya-Allah Khalid Samad faham juga.

Sumber  : FB Page Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sgtnews.blogspot.com/2019/01/cabaran-besar-buat-ph-bagaimana-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Besar Kerajaan Ph Ladang Solar Hasil Cetusan Idea Ds Najib Sudah Siap Dan Mula Beroperasi

Rahsia Besar Kerajaan Ph Ladang Solar Hasil Cetusan Idea Ds Najib Sudah Siap Dan Mula Beroperasi

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 779 hits
Ladang Solar terbesar di Malaysia yang dimilik TNB sudah beroperasi di Kuala Langat Selangor hampir dua bulan dahulu tetapi berita ini tidak akan dihebohkan oleh Kerajaan PH Cerita ini yang saya pernah tulis beberapa bulan dahulu ada kaitan...
Unjuran Dan Penarafan Ekonomi Malaysia Semakin Menurun Najib

Unjuran Dan Penarafan Ekonomi Malaysia Semakin Menurun Najib

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 333 hits
Agak merisaukan sebenarnya bila saya membaca setiap hari ada agensi dan bank luar negara menurunkan penarafan dan unjuran ekonomi kita Minggu lepas Guan Eng marah apabila media utama Jepun Nikkei mengeluarkan laporan yang sangat negatif ten...
Melaka Gateway Antara Projek Cetusan Idea Ds Najib Yang Kini Menjadi Kebanggaan Kerajaan Ph

Melaka Gateway Antara Projek Cetusan Idea Ds Najib Yang Kini Menjadi Kebanggaan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 532 hits
Antara projek projek yang PH sering menyerang saya dengan kuat sebelum PRU14 sebagai bukti saya jual negara ialah Projek Melaka Gateway yang melibatkan pelaburan RM48 bilion dimiliki 60 syarikat tempatan Malaysia dan 40 dari Negara China PH...
Fitnahsudahmenang Syarikat Besar Tak Perlu Bayar Sst Tetapi Rakyat Miskin Diperas Oleh Sst Najib

Fitnahsudahmenang Syarikat Besar Tak Perlu Bayar Sst Tetapi Rakyat Miskin Diperas Oleh Sst Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 317 hits
Projek keretapi Gemas Johor Baharu diberi pengecualian membayar cukai SST oleh kerajaan PH untuk kurangkan kos sebanyak 20 Menteri Kewangan boleh confirm Kalau mengikut skrip PH dulu Syarikat syarikat besar tak perlu bayar SST tetapi Rakyat...
Apung Ron95 Najib Memang Tak Patut

Apung Ron95 Najib Memang Tak Patut

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 391 hits
Kita agak kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun Facebooknya dimana beliau menyindir pihak gomen kerana melaksanakan semula keputusan beliau dulu dalam soal mengapungkan harga RON95 bermula tahun depan Beliau sepatu...
Najib S Poking Fun At Ph On Facebook To Stay Relevant Say Analysts

Najib S Poking Fun At Ph On Facebook To Stay Relevant Say Analysts

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 265 hits
Former prime minister Najib Razak has constantly criticised the present administration on social media PETALING JAYA Analysts believe that former prime minister Najib Razak is taking pot shots and poking fun at Pakatan Harapan on social med...
Ds Najib Guna Pnb Dan Kwsp Untuk Jajah Bumi Uk Kalau Mengikut Matematik Ph La

Ds Najib Guna Pnb Dan Kwsp Untuk Jajah Bumi Uk Kalau Mengikut Matematik Ph La

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 437 hits
Pada 2012 melalui gabungan SP Setia Sime Darby dan KWSP mereka telah membeli tanah Battersea dengan harga 600 juta menewaskan bidaan dari kelab bolasepak Chelsea FC yang ingin membina stadium baru mereka di sana Pada masa itu ada yang mengk...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp