Cabaran Berbahasa Inggeris Jika Mengembara Atau Tinggal Di Malaysia
Pertama kali Tedi baca pengakuan oleh seorang pakcik bernama Steven de Guzman ni, dia bekerja sebagai seorang expat di Kuala Lumpur. Pendapatnya wajar dikongsikan kerana Tedi tahu Tedi tidak fasih berbahasa Inggeris.Sebagai seorang pekerja asing di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur dan hanya bergantung kepada Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi, dia mendapati bahawa Malaysian English adalah sukar untuk difahami oleh seseorang yang fasih berbahasa Inggeris. Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk memahaminya, terutama variasi Malaysian Chinese. Pada hari pertama dia bekerja, dia hanya dapat tangkap beberapa patah perkataan untuk difahami.
Dia tidak kisah warga Malaysia tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi masalahnya ialah warga Malaysia ni terlalu bangga berbahasa Inggeris sehinggakan sampai ke tahap mereka rasa mereka perlu difahami oleh pekerja asing yang lebih fasih berbahasa Inggeris, walaupun kefasihan mereka itu tidak mencapai tahap keyakinan mereka. Warga Jepun pula selalunya menggunakan Bahasa Inggeris yang lebih berterabur tetapi mereka sedar diri dan mereka minta maaf tentangnya.
Pakcik Steve kata dia boleh bayangkan yang para pelajar di Malaysia ini perlu belajar Bahasa Inggeris semula jika mereka pergi ke negara yang berbahasa Inggeris, seperti mana warga Singapura yang terpaksa menjadi fasih dalam bahasa yang mereka gunakan sendiri semata-mata untuk difahami oleh warga Amerika.
Kawan sekerja pakcik Steve juga ada mengadu yang mereka mengalami masalah untuk memahami British English apabila mereka melawat United Kingdom, walaupun Bahasa Inggeris Malaysia adalah sepatutnya menurut piawaian British.
Dari kebanyakan warga Malaysia yang pakcik Steve jumpa, ramai dari mereka yang belajar di sekolah antarabangsa, Universiti Malaya, ataupun yang belajar di sekolah luar negara, masih tidak mencapai kefasihan dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak main komen sahaja kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan ramai warga Malaysia tidak layak untuk kerja yang memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.
Untuk kelihatan adil, pakcik Steve juga menyatakan bahawa:
Dia tidak mengalami masalah untuk memahami mereka yang datang dari Sabah atau Sarawak.Bahasa Inggeris kaum India Malaysia adalah lebih mudah difahami daripada Bahasa Inggeris warga India.Walaupun pakcik Steve de Guzman masih boleh menangkap Malaysian English dan Singaporean English sebagai rojak, dia cuma perlukan pendedahan untuk memahami dialek yang digunakan.
Pendapat Tedi?Bahasa itu sebagai alat sahaja, jadi bagi Tedi asalkan boleh difahami sudah memadai. Kalau pelancong datang Malaysia mereka mungkin hadapi kesukaran namun sekurang-kurangnya ada harapan untuk mereka faham. Bayangkan jika tiada siapa di Malaysia pandai berbahasa Inggeris?
Pelancong berbahasa Inggeris tak patut rasa risau jika ke sini kerana papan tanda di Malaysia ni lebih bangga gunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Orang Malaysia yang patutnya risau tak faham papan tanda di Malaysia ni.
Tempat kerja Master contohnya, namanya Bangsar South yang diterjemah daripada Bangsar Selatan... bukan sepatutnya South Bangsar ka? Mungkin itulah yang pakcik Steve kata lebih omputeh daripada omputeh sendiri, bangga tapi tak betul. Ianya berbeza dengan tak betul tapi berusaha, seperti warga Jepun yang pakcik Steve sebut tadi.
Kalau pakcik Steve pergi ke Rusia, papan tandanya bahasa apa?
20180503
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/06/cabaran-berbahasa-inggeris-jika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29