Cabaran 15 Hari Sebelum Tidur Anda Buat Apa
AssalamualaikumBismillah
Alhamdulillah, baru ada peluang mahu menulis balik di blog. Beberapa hari ini aku terpaksa menangguh buat Cabaran 15 Hari Menulis Blog disebabkan oleh kerosakan pada charger laptop aku. Sedih sebenarnya. Dugaan akhir tahun banyak perancangan yang tertangguh dan ada juga yang cancel. Takpa lah perkara dah berlalu, nanti aku cerita di lain entri.
Hari ini aku kongsi pula apa yang aku biasanya buat sebelum tidur
1. Catat To-Do ListPertama sekali, aku akan buat perancangan apa yang aku akan buat untuk hari esok (to-do-list). Aku akan catat kat nota bangun sahaja dari tidur apa yang aku akan buat dari segi aktiviti di rumah dan aktiviti blogging aku
Memandangkan aku bekerja sebagai blogger sepenuh masa, jadi aku kena rancang masa aku dengan baik. Inilah cabaran aku bekerja di rumah juga. Aku sendiri kena bahagi masa aku untuk kerja dan masa di rumah bersama keluarga.
2. Blogwalking & Tulis DraftBiasanya sebelum tidur sekiranya aku tiada idea nak tulis apa aku akan blogwalking blog kawan-kawan. Masa inilah aku habiskan masa aku untuk membalas komen di blog dan komen di blog rakan-rakan yang lain
3. Minum Flavettes Effervescent VitalAku memang selalu ada masalah dalaman seperti cepat letih, kekurangan kalsium dan mengalami gusi berdarah. Oleh sebab itu sebelum tidur aku mesti ambil sebiji Flavettes Effervescent Vital nie. InsyaAllah nanti aku akan buat review pasal ini
4. Dengar ayat al-Quran Aku memang tak boleh tidur kalau tak pasang mp3 ayat al-Quran. Aku suka dengar bacaan dari Mishary bin Rashid Alafasy.
Amalan lain yang kita boleh amalkan sebelum tidur. Semoga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/01/cabaran-15-hari-sebelum-tidur-anda-buat.html