Butterworth Ratusan Mat Rempit Ditahan Tolak Motosikal 3km Ke Balai


Ratusan mat rempit didenda menolak motosikal sejauh tiga kilometer (km) dari Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini ke Balai Polis Butterworth untuk pemeriksaan lanjut selepas ditahan dalam Op Tutup BORR, di sini semalam.

Sebelum itu, sekumpulan mat rempit dilihat mempamerkan aksi bahaya dan ada yang membawa teman wanita. Bagaimanapun, kumpulan itu tidak menyedari aksi mereka diperhatikan anggota polis yang membuat penyamaran dengan berpakaian biasa di sekitar lebuh raya itu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya menjalankan operasi membanteras mat rempit yang terbesar dijalankan di negeri ini bermula pukul 7.30 malam dan tamat empat jam kemudian.



“Operasi ini dijalankan selepas pihak kami menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan mat rempit yang selalu berlumba haram di lebuh raya ini malah tindakan mereka menunggang secara melulu dan berbahaya turut mengancam pengguna lebuh raya yang lain.


“Kami juga mendapat aduan geng mat rempit membuat bising serta kacau di kawasan BORR terutama pada hujung minggu. Dalam operasi ini, kami turut menahan dan memeriksa penonton yang berada di kiri serta kanan lebuh raya berkenaan, tindakan mereka bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah pengguna lain,” katanya di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata daripada 2,358 buah motosikal yang diperiksa, 930 saman dikeluarkan, 175 motosikal disita dan 24 mat rempit berusia 18 hingga 30 tahun ditahan atas kesalahan berlumba haram, menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan lain yang dikesan ialah tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran palsu serta mengubah suai motosikal dan ekzos.

“Polis turut menahan 11 remaja bawah umur kerana berlumba haram termasuk tiga lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan seorang tetrahydrocannabinol. Dalam operasi itu juga pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 14 saman kerana pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata operasi itu juga sebahagian daripada usaha polis mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal dan akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang kegiatan mat rempit berlumba haram serta menunggang secara melulu dan berbahaya.

Operasi melibatkan 80 pegawai dan anggota polis JSPT Bukit Aman bersama pegawai JAS serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/01/butterworth-ratusan-mat-rempit-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutlah Lari Tak Bawa Dokumen Penunggang Motosikal Warga Indonesia Rempuh Sekatan Ditahan Polis

Patutlah Lari Tak Bawa Dokumen Penunggang Motosikal Warga Indonesia Rempuh Sekatan Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 392 hits
Susulan viral video dua anggota JPJ memukul penunggang motosikal yang didakwa bertindak agresif ketika cuba melarikan diri dari sekatan dan cuba merempuh dua anggota JPJ yang sedang bertugas suspek ditahan polis semalam Difahamkan suspek ya...
Pocong Ditahan Kerana Nyaris Sebab Penunggang Motosikal Terjatuh

Pocong Ditahan Kerana Nyaris Sebab Penunggang Motosikal Terjatuh

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 501 hits
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana menyamar menjadi pocong di Kabupaten Gowa Sulawesi Selatan Indonesia untuk menakutkan orang ramai Pada awalnya seorang penduduk bernama Nandar berkata dia nyaris terjatuh dari motosikal ...
Demo Gedung Dprd Sumut Ratusan Buruh Tolak Omnibus Law Dan Kenaikan Iuran Bpjs

Demo Gedung Dprd Sumut Ratusan Buruh Tolak Omnibus Law Dan Kenaikan Iuran Bpjs

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 165 hits
Buruh menilai Omnibus Law dan UU Cipta Lapangan Kerja menunjukkan keberpihakan pemerintah kepada investor asing
Padah Menyondol Penunggang Motosikal Pemandu Ford Ranger Vdx 3136 Ditahan

Padah Menyondol Penunggang Motosikal Pemandu Ford Ranger Vdx 3136 Ditahan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 772 hits
Susulan viral video kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dirempuh dengan laju oleh Ford Ranger polis telah bertindak memburu pemandu kenderaan itu Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 11 41 pagi 19 Januari 2020 Mangsa yang me...
Tak Mahu Makan Semua Anak Tolak Tepi Cuba Vegetable Rice Ball Licin Anak Makan

Tak Mahu Makan Semua Anak Tolak Tepi Cuba Vegetable Rice Ball Licin Anak Makan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 621 hits
Bukan hanya tidak mahu makan nasi malah ibu bertambah kebingungan bila berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan Susu tetap jadi pilihan nombor satu anak Makanan finger food atau makanan berbentuk dan menyenangkan anak untuk pegang anta...
Amanah Tolak Pas Dalam Kerajaan Pakatan Harapan Salahuddin

Amanah Tolak Pas Dalam Kerajaan Pakatan Harapan Salahuddin

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 340 hits
Parti Amanah Negara menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk PAS menyertai kerajaan semata mata mahu menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan tiada keper...
Komisi Iii Bakal Tolak Calon Hakim Agung Tak Layak

Komisi Iii Bakal Tolak Calon Hakim Agung Tak Layak

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 316 hits
Dalam proses yang berlangsung pada 21 22 Januari 2019 tersebut DPR akan menguji enam calon hakim agung dua calon hakim ad hoc tipikor serta dua calon hakim ad hoc hubungan industrial
Umno Pagoh Tolak Orang Luar Jadi Calon Pru14

Umno Pagoh Tolak Orang Luar Jadi Calon Pru14

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 230 hits
TANGKAK UMNO bahagian Pagoh mahu orang tempatan dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang Pemangku Ketua UMNO bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata beliau telah mengemukakan perkara tersebut kepada Perda...
Foto Terpaksa Tolak Sebab Kena Free Hair Tunku Hanis Sahkan Sudah Pakai Tudung

Foto Terpaksa Tolak Sebab Kena Free Hair Tunku Hanis Sahkan Sudah Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1791 hits
Jika anda pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana yang popular pada awal tahun 2019 pasti anda mengenali dengan pelakon cantik Tunku Hanis Di dalam drama tersebut Tunku Hanis telah melakonkan watak Razlina bergandingan bersama Janna Nic...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik