Butik Sk Lifestyle Di Suria Klcc



Butik SK Lifestyle Di Suria KLCC. Assalamualaikum semua! Jenama Telekung Siti Khadijah tidak asing lagi! Malah menjadi sesuatu yang wajib untuk kita miliki. Bagi yang sudah memiliki sepasang telekung dari jenama ini, pasti kalian faham kepuasan memiliki koleksi dari Siti Khadijah. Pembukaan butik gaya hidup muslimah baharu oleh Siti Khadijah memilih Suria KLCC sebagai cawangan pertamanya. Butik ini menawarkan kepelbagaian koleksi pakaian wanita dan lelaki. Ia adalah one-stop-centre untuk mendapatkan pakaian menutup aurat dari material yang selesa bertepatan dengan cuaca di Malaysia khususnya
Butik SK Lifestyle Di Suria KLCCSiti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SK Apparel), peneraju rekaan telekung berinovasi tinggi di negara ini melebarkan sayap dengan membuka butik gaya hidup pertamanya di pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC. Pembukaan butik itu menjadi titik tolak kepada SK Apparel menceburi pasaran produk gaya hidup menerusi jenama Siti Khadijah (SK) yang merangkumi produk dari hujung rambut hingga ke hujung kaki antaranya pakaian lelaki dan wanita, kasut, tudung serta aksesori. 
Pengasas SK, Padzilah Enda Sulaiman berkata butik gaya hidup itu diilhamkan daripada keinginan pihaknya untuk mengekalkan identiti warisan nusantara, namun diberi suntikan moden dan mengikut trend semasa. 

Katanya, berdasarkan konsep berkenaan pihaknya memilih Suria KLCC sebagai lokasi pertama pembukaan Butik Gaya Hidup SK kerana kedudukannya sebagai mercu tanda Malaysia yang ikonik. 
"Sebagai butik gaya hidup pertama di bawah SK Apparel, butik ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi konsep pakaian selesa dan cantik apabila digayakan, namun tetap mengutamakan elemen kesopanan bersesuaian dengan tema Keanggunan Kesopanan.
Saya juga memastikan identiti warisan Nusantara dikekalkan dalam setiap rekaan, tetapi diberi sentuhan moden. Walaupun begitu, kami tidak berkompromi dengan kualiti. Semua produk yang dipasarkan di butik ini masih mengekalkan ciri-ciri yang praktikal, selesa, mengikut peredaran zaman dan paling penting jaminan kualiti. Kami tetapi tetap mengutamakan konsep gaya hidup yang sopan, sama seperti telekung yang sinonim dengan jenama ini," katanya. 

Pelancaran rasmi butik berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Dato' Hazimah Zainuddin. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif SK Apparel, Ir Aminuddin Mohd Nasir dan Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran SK Apparel, Mohammad Munzir Aminuddin. 
Butik Gaya Hidup SK KLCC merangkumi 80 peratus pakaian gaya hidup seperti kemeja lelaki, blaus wanita, kasut wanita, seluar kasual wanita, baju tradisional wanita seperti Kurung Kedah, Kebarung, Kurung Pahang, baju Melayu serta pelbagai koleksi tudung di bawah jenama Hegira. Selebihnya, bersesuaian dengan identiti SK yang terkenal dengan rekaan telekung inovasi yang kreatif dan bermutu, butik di KLCC akan turut memasarkan telekung eksklusif SK, namun beberapa rekaan yang dipasarkan hanya boleh didapati di butik gaya hidup SK KLCC. 

Selain daripada itu, Mohammad Munzir berkata, pihaknya merancang untuk membuka 8 butik baharu di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2020. Perancangan itu adalah antara sebahagian daripada visi jenama SK yang sudah bertahan selama 10 tahun sebagai jenama antarabangsa pilihan yang menyediakan kelengkapan kehidupan yang selesa, praktikal dan sopan. Produk Gaya Hidup SKMenerusi segmen gaya hidup, jenama SK menghasilkan pelbagai produk antaranya baju untuk kegunaan harian bagi lelaki dan wanita merangkumi seluar kasual, kemeja dan blaus. 
Tahun lalu, SK melancarkan jenama tudung Hegira yang akan turut dipasarkan menerusi butik berkenaan. Keunikan tudung Hegira adalah rekaan sarung yang berinovasi yang memberikan kemudahan untuk pemakai bersiap dengan lebih cepat tetapi masih kekal cantik dan sopan. 

Bersesuaian dengan minat wanita, SK turut menghasilkan produk penjagaan diri seperti mandian, syampu dan pewangi. Terbaharu, SK menghasilkan aksesori seperti kasut untuk lelaki dan wanita serta beg tangan dengan rekaan yang inovatif. Koleksi Nostalgia Raya Siti Khadijah 2020Ramadan & Syawal hampir tiba dan koleksi untuk menyambut bulan istimewa ini pasti dinantikan! Ruby ingin kongsikan koleksi-koleksi Nostalgia Raya untuk tatapan anda semua. Ia sangat menggamit memori dan semuanya cantik-cantik belaka


Buat julung kalinya juga, SK memperkenalkan koleksi raya terbaru pada tahun 2020 di majlis perasmian butik gaya hidup SK. Koleksi raya SK tahun ini diinspirasikan dari kenangan zaman kanak-kanak apabila tiba musim perayaan. Suasana yang girang dan ceria pastinya menggamit nostalgia raya. Pendekatan itu diekspresikan oleh SK dengan menghasilkan sebanyak 14 kalelsi busana raya yang terdiri daripada baju kurung Pahang, baju kurung Kedah, Kebarung dan baju Melayu tradisional. 
Nama bagi setiap koleksi raya SK tahun ini juga dipilih seiring dengan nama panggilan yang sering digunakan dalam keluarga di Malaysia. Setiap koleksi raya SK ini mempunyai makna di sebalik penghasilannya, istimewa buat Famili SK yang ingin menggamit nostalgia mengenakan busana raya seperti yang dijahit oleh ibu pada zaman kanak-kanak dahulu. 
Antara koleksi #nostalgiaraya SK 2020 adalah; 
1. Baju Kurung Kak Long2. Baju Kurung Kak Lang 3. Baju Kurung Kak Teh 4. Baju Kurung Kak Cik 5. Kebarung Kak Lang 6. Baju Kurung Kak Teh 7. Baju Melayu Osman 
Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjengah tidak lama lagi, SK membuka tempahan secara 'pre-order' bermula 5 hingga 10 Mac 2020 dan anda berpeluang mendapatkan 1000 pasang telekung SK untuk pembeli terawal. Famili SK boleh membuat tempahan 'pre-order di laman sesawang SK, dengan melayari www.sitikhadijah.com/nostalgiarayaMengenai Siti KhadijahSiti Khadijah Apparel Sdn Bhd merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu. 
SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah. Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa. Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, cotton-teel. rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah. 
Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan. abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori. 
Butik Gaya Hidup SK adalah segmen perniagaan terbaharu SK. Sejak 2009. Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan 41 cawongan butik sekitar Malaysia dan 4 cawangan di Indonesia. 
Butik SK Lifestyle by Siti KhadijahLot 258, Level 2, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur+6013 365 0324
www.sitikhadijah.com/mywww.facebook.com/SitiKhadijahLifestyle

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/03/butik-sk-lifestyle-di-suria-klcc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Butik Bokitta Di Ramlee Mall Klcc Check It Out

Butik Bokitta Di Ramlee Mall Klcc Check It Out

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 694 hits
Hello pembaca kesayangan Butik Bokitta yang terbaru telah dibuka di KLCC pada 27 Februari 2020 yang lalu Lokasinya adalah di Lot 259 Level 2 Ramleee Mall KLCC Ini merupakan butik Bokitta ke enam dibawah A A Empire Sdn Bhd selepas pembukaan ...
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2020 Bakal Berlangsung Di Klcc

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2020 Bakal Berlangsung Di Klcc

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 497 hits
Whoa Ada sesuatu yang cukup menarik bakal berlangsung di bulan Oktober nanti Nampaknya Selangor akan menjadi tuan rumah kepada sebuah acara yang cukup gemilang Baru baru ini Invest Selangor dengan bangganya telah mengumumkan penganjuran aca...
Memoir Ramadan Sajian Resepi Asli Turun Temurun Di Kl Convention Centre Klcc

Memoir Ramadan Sajian Resepi Asli Turun Temurun Di Kl Convention Centre Klcc

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 430 hits
Setiap kali tibanya Ramadan pasti menggamit kenangan zaman silam merindui menu menu masakan ibunda di kampung tercinta Bagi yang masih punyai ibunda pasti masih berkesempatan merasai air tangan mereka namun untuk mereka yang telah tidak pun...
Branded Handbags Kitchenware By Rafidah Kini Berada Di Butik Sellection Wangsa Melwati

Branded Handbags Kitchenware By Rafidah Kini Berada Di Butik Sellection Wangsa Melwati

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 526 hits
Peribahasa Usaha Tangga KejayaanMaksudnya Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan Peribahasa ni Seri Wangi rasa memang sangat sesuai dengan pengasas butik Sellection Nor Rafidah Khairuddin yang ber...
Pelancaran Butik Pameran Wirdora Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Face Of Wirdora 2020

Pelancaran Butik Pameran Wirdora Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Face Of Wirdora 2020

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 646 hits
Wirdora barangan perhiasan wanita dan lelaki menggunakan kristal Swarovski asli Aksesori pelengkap penampilan wanita tak kira yang berhijab mahupun tidak aksesori yang cantik dan menarik akan dijadikan pelengkap ketika berfesyen Bagi mereka...
Suria Amanda Di Spot Oleh Zayn Hakeem

Suria Amanda Di Spot Oleh Zayn Hakeem

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 208 hits
Hi korang Haaa ada yang dah baca kisah terbaru Akasia MRT waaaa ramai betul yang mengikuti kisah ni sampai ada yang yang suruh buat novel plak aduhai kakak tak rajin la korang nak update blog pun bercinta ha dengan kerja hakiki lagi baca no...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

What You Should Know About New Construction Plumbing

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm