Bursa Malaysia Ditutup Rendah


PASARAN SAHAM JATUHKUALA LUMPUR 8 Julai – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penurunan dalam sektor produk dan perkhidmatan perindustrian serta produk dan perkhidmatan pengguna apabila pelabur mengambil untung susulan kenaikan hampir ke paras tertinggi dalam tempoh empat bulan pada Selasa minggu lepas.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.89 mata untuk ditutup kepada 1,677.64 berbanding paras penutup 1,682.53 pada Jumaat.
Indeks itu bergerak antara paras 1,672.88 dan 1,679.65 sepanjang hari dagangan.
Rakan Pengurusan Vanguard Markets Pte. Ltd, Stephen Innes berkata, keadaan pasaran ekuiti Asia dilihat sebagai tidak menentu, tetapi penjualan yang berlaku di keseluruhan serantau adalah terkawal.
“Selepas pengumuman data senarai gaji Amerika Syarikat (bagi Jun) yang kukuh, terdapat kebimbangan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell akan menangani beberapa pengurangan kadar Fed secara agresif, dan ini juga memberi impak yang ketara kepada pelabur,” katanya.
Pada sesi penutup, keadaan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 568 berbanding 267, manakala 381 kaunter kekal tidak berubah, 631 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun lima sen kepada RM8.92, Public Bank jatuh dua sen kepada RM22.98, Petronas Dagangan berkurangan enam sen kepada RM25.54 dan Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM8.60.
Bagaimanapun, Tenaga meningkat 22 sen kepada RM13.82.
Dalam kalangan kaunter cergas, Ekovest turun 6.5 sen kepada 80.5 sen, Iskandar Waterfront susut lapan sen kepada RM1.00 dan Sumatec Resources jatuh satu sen kepada 2.5 sen, manakala KNM Group dan Sapura Energy tidak berubah masing-masing pada 31.5 sen dan 30 sen.
Sementara itu, peruncit produk Mothercare, Kim Hin Joo (M) Bhd. yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE hari ini turun lapan sen untuk ditutup kepada 35 sen dengan 35.38 juta saham diurusniagakan selepas dibuka empat sen lebih rendah daripada harga tawaran 43 sen.
FBM 70 berkurangan 58.6 mata kepada 14,831.34, Indeks FBMT 100 turun 37 mata kepada 11,704.42 dan FBM Ace susut 78.25 mata kepada 4,582.16.
Indeks FBM Emas turun 37.88 mata kepada 11,867.41 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 40.44 mata kepada 12,233.9.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.47 mata kepada 162.05, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 41.94 mata kepada 16,756.66 dan Indeks Perladangan jatuh 31.96 mata kepada 6,945.17.
Jumlah dagangan turun kepada 2.12 bilion unit bernilai RM1.68 bilion berbanding 2.57 bilion unit bernilai RM1.82 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.37 bilion saham bernilai RM1.5 bilion daripada 1.69 bilion saham bernilai RM1.63 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 431.59 juta unit bernilai RM98.02 juta berbanding 372.91 juta unit daripada RM80.95 juta pada Jumaat.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 313.91 juta saham bernilai RM75.61 juta berbanding 510.87 juta saham bernilai RM111.19 juta pada akhir minggu lepas.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 231.93 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (149.17 juta), pembinaan (230.5 juta), teknologi (93.25 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.28 juta), hartanah (165.07 juta), perladangan (8.42 juta), REIT (15.98 juta), dana tertutup (3,100), tenaga (318.67 juta), penjagaan kesihatan (18.65 juta), telekomunikasi dan media (61.98 juta), pengangkutan dan logistik (33.18 juta) dan utiliti (15.16 juta). – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/09/bursa-malaysia-ditutup-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bursa Malaysia Rendah Susulan Penstabilan Berterusan

Bursa Malaysia Rendah Susulan Penstabilan Berterusan

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 274 hits
PASARAN SAHAM JATUHKUALA LUMPUR Saham saham di Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pagi ini dengan pasaran meneruskan penstabilannya ekoran FBM KLCI masih dalam keduduan terlebih beli menjelang pertemuan antara Presiden Donald Trump d...
111 Buah Sekolah Rendah Dan Menengah Ditutup Di Pasir Gudang

111 Buah Sekolah Rendah Dan Menengah Ditutup Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 301 hits
Siapa sangka masalah pencemaran udara di Johor kembali lagi Kesan dari pencemaran udara yang berlaku di sekitar Pasir Gudang semalam semua institusi pendidikan di sekitarnya akan ditutup mulai hari ini sehingga Khamis penutupan ini dilihat ...
Gaji Di Malaysia Terlalu Rendah Sehingga Pekerja Dari Vietnam Dan Indonesia Menolak Untuk Bekerja Di Negara Ini

Gaji Di Malaysia Terlalu Rendah Sehingga Pekerja Dari Vietnam Dan Indonesia Menolak Untuk Bekerja Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 291 hits
Baru baru ini kerajaan Malaysia ada membuat kenyataan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pekerja asing dari negara Afrika Ini kerana terdapat keperluan dari sektor perladangan yang mengalami masalah kekurangan tenaga ke...
Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar As

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar As

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR 8 Julai Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini seiring dengan prestasi kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun di Asia berikutan peningkatan dolar US berkenaan yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh ...
Not So Easy For Sarawak To Leave Malaysia Says Baru Bian

Not So Easy For Sarawak To Leave Malaysia Says Baru Bian

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 335 hits
Works Minister Baru Bian launches the Pan Borneo Dashboard which monitors the progress of the Pan Borneo Highway project on a real time basis in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU Sarawak PKR chief Baru Bian has rejected the idea of the stat...
Keyakinan Perniagaan Jepun Terhadap Malaysia Merosot

Keyakinan Perniagaan Jepun Terhadap Malaysia Merosot

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 263 hits
KEYAKINAN perniagaan di Malaysia dalam kalangan syarikat Jepun yang beroperasi di sini terus merosot pada separuh pertama 2019 namun mereka menjangkakan separuh kedua bertambah baik Ini merupakan hasil tinjauan yang dijalankan oleh Dewan Pe...
Nubia Red Magic 3 Versi 12gb Ram Turut Ke Malaysia Berharga Rm2799

Nubia Red Magic 3 Versi 12gb Ram Turut Ke Malaysia Berharga Rm2799

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 168 hits
Nubia sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan Red Magic 3 untuk pasaran tempatan malah ada beberapa penjual yang telah mula mengambil pra tempahan untuk peranti berkenaan sejak beberapa minggu lepas Sebelum ini kita hanya mengetahui in...
Citarasa Malaysia Cucur Ikan Bilis Viral

Citarasa Malaysia Cucur Ikan Bilis Viral

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 310 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
The Face Of Guardian Malaysia 2019

The Face Of Guardian Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 371 hits
Guardian Malaysia sedang mencari EMPAT wanita yang paling sesuai sebagai Face of Healthy Beauty yang telah pun mengadakan pusingan separuh akhir kedua di Pulau Pinang hari ini untuk kawasan utara Selepas separuh akhir yang sengit di mana se...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital