Bursa Malaysia Ditutup Kukuh


BURSA Malaysia bertentangan dengan trend bursa serantau yang ditutup kukuh hari ini, dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian, didorong oleh Top Glove dan Hartalega yang mencatatkan peningkatan.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 17.11 mata atau 1.1 peratus kepada 1,577.85 daripada 1,560.74 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks utama, yang dibuka rendah 1.1 mata kepada 1,559.64, bergerak kepada paras serendah 1,557.25 pada satu masa.
Top Gloves dan Hartalega, masing-masing meningkat semula dengan kukuh selepas jualan besar-besaran baru-baru ini, naik RM3.66 kepada RM26.08 dan RM2.00 kepada RM17.56.
Kenaikan dalam kedua-dua saham tersebut menyumbang 33.368 mata kepada peningkatan indeks komposit.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, saham pengeluar sarung tangan naik semula daripada penurunan berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah.
“Semua kaunter sarung tangan merosot daripada paras tertinggi mereka pada Isnin berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan cukai keuntungan luar biasa ke atas keuntungan yang melebihi biasa oleh pengeluar sarung tangan.
“Didapati tiada kaunter sarung tangan dimaklumkan mengenai cukai ini. Itu membantu sentimen pulih hari ini, justeru, aktiviti belian saham pada harga rendah,” katanya kepada Bernama.
Pengerusi Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai dilaporkan berkata, syarikat dan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia tidak dimaklumkan oleh kerajaan mengenai pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengenakan cukai keuntungan luar biasa ke atas industri yang mencatatkan prestasi baik semasa pandemik.
Bercakap di Parlimen semalam, beliau bagaimanapun berkata Putrajaya “mempunyai dasar yang luas”.
Daripada saham sarung tangan getah yang lain, Supermax meningkat RM4.10 kepada RM20.80 manakala Kossan Rubber naik RM2.32 kepada RM16.00.
Jumlah dagangan di Bursa meningkat kepada 10.6 bilion saham bernilai RM6.92 bilion daripada 8.79 bilion saham bernilai RM4.95 bilion pada Isnin.
Suasana pasaran meningkat dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 446, manakala 371 kaunter tidak berubah, 529 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Daripada saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat empat sen kepada RM11.16 dan IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM5.42.
Maybank merosot 18 sen kepada RM7.63, Public Bank susut 14 sen kepada RM17.66, dan Petronas Chemicals merosot 12 sen kepada RM6.15.
Dalam kalangan saham paling cergas, Borneo Oil dan DGB, masing-masing susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 5.5 sen, XOX merosot satu sen kepada 19 sen, manakala Sapura Energy menambah setengah sen kepada 12.5 sen.
Optimax yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 38.5 sen kepada 68.5 sen, dengan 106.89 juta saham bertukar tangan.
Penyedia perkhidmatan pakar mata itu merancang untuk menggunakan 49.31 peratus daripada RM21 juta yang diraih melalui tawaran awam permulaan untuk perbelanjaan modal, 16.76 peratus untuk bayaran balik pinjaman, 16.79 peratus untuk modal kerja, dan 17.14 peratus untuk perbelanjaan penyenaraian.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 188.1 mata kepada 11,295.85, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 393.5 mata kepada 13,235.08 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 181.0 mata kepada 11,118.02
FBM 70 melonjak 473.43 mata kepada 14,500.44 dan FBM ACE meningkat 577.88 mata kepada 10,438.23.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 159.6 mata kepada 13,177.12, Indeks Perladangan merosot 39.31 mata kepada 7,006.76, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.1 mata kepada 141.01.
Main Market volume increased sharply to 5.62 billion shares worth RM5.06 billion compared with 4.75 billion shares valued at RM3.71 billion on Monday.
Jumlah dagangan waran naik kepada 647.87 juta unit bernilai RM232.29 juta daripada 510.44 juta unit bernilai RM184.18 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.34 bilion saham bernilai RM1.62 bilion daripada 3.53 bilion saham bernilai RM1.06 bilion pada Isnin.
Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.23 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.97 bilion), pembinaan (122.31 juta), teknologi (530.18 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.61 juta), hartanah (330.01 juta), perladangan (35.91 juta), REIT (15.71 juta), dana tertutup (27,500), tenaga (719.96 juta), penjagaan kesihatan (128.99 juta), telekomunikasi dan media (294.51 juta), pengangkutan dan logistik (162.89 juta), dan utiliti (33.82 juta). – Bernama
The post Bursa Malaysia ditutup kukuh appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/18/bursa-malaysia-ditutup-kukuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saham Top Glove Antara Saham Paling Untung Di Bursa Malaysia

Saham Top Glove Antara Saham Paling Untung Di Bursa Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 366 hits
Sumber Bernama Saham Top Glove Corporation Bhd telah muncul sebagai syarikat ketiga terbesar di Bursa Malaysia mengatasi saham Tenaga Nasional Bhd apabila permodalan pasaran syarikat pembuat sarung tangan itu meningkat kepada RM64 73 bilion...
Malaysia Kini Kembai Ke Zaman Darul Boleh

Malaysia Kini Kembai Ke Zaman Darul Boleh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 325 hits
Menteri hisap vape di Parlimen turut dilaporkan di Korea SelatanBerita berkenaan Menteri Luar Datuk Hishamuddin Hussein Onn yang menghisap vape di dalam Parlimen turut dilaporkan di Korea Selatan Media tersebut melalui tweetnya pada 8 Ogos ...
Dr Amalina Dah Bertunang Dengan Jejaka Pilihan Hati Rancang Akan Berkahwin Di Uk Malaysia

Dr Amalina Dah Bertunang Dengan Jejaka Pilihan Hati Rancang Akan Berkahwin Di Uk Malaysia

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 628 hits
Siapa jer yang tak kenal dengan Dr Amalina Che Bakri yang merupakan pelajar cemerlang Malaysia suatu ketika dulu ni Kalau korang nak tahu Dr Amalina baru jer bertunang dengan jejaka pilihan hatinya bar baru ini guys Pergh Melepaslah jejaka ...
Mutasi D614g Covid 19 Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada Mematuhi Sop

Mutasi D614g Covid 19 Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada Mematuhi Sop

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 325 hits
Oleh Prof Madya Dr Firdaus Raih Institut Biologi Sistem Universiti Kebangsaan Malaysia Pada 6 Ogos 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan kemungkinan kluster Sivagangga melibatkan virus COVID 19 yang me...
Saluran Youtube Les Copaque Nombor 1 Di Malaysia

Saluran Youtube Les Copaque Nombor 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 273 hits
LAPORAN KHAS KEJAYAAN Les Copaque Production meraih lebih 10 juta pengikut di YouTube melayakkan syarikat animasi utama negara menduduki tangga pertama pengendali akaun media sosial berkenaan di Malaysia Kejayaan itu juga melayakkan studio ...
Malaysia Wants To Send Zakir To A Safe Country Mahathir Tells India News Outlet

Malaysia Wants To Send Zakir To A Safe Country Mahathir Tells India News Outlet

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 253 hits
A third stint in Putrajaya as prime minister will not see Dr Mahathir Mohamad approving India s request for the extradition of fugitive preacher Dr Zakir Naik according to the former premier Instead Mahathir told Indian news outlet WION in ...
Siri Garmin Instinct Dan Garmin F Nix 6 Versi Solar Kini Rasmi Di Malaysia Harga Bermula Dari Rm1 999 Sahaja

Siri Garmin Instinct Dan Garmin F Nix 6 Versi Solar Kini Rasmi Di Malaysia Harga Bermula Dari Rm1 999 Sahaja

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 389 hits
Jam tangan pintar dari Garmin adalah jam yang memfokuskan untuk pengguna yang kerap melalukan aktiviti lasak seperti mendaki berbasikal berkhemah yang menghabiskan masa melakukan aktiviti berhari hari atau senang cerita mereka yang gemarkan...
5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 447 hits
Pemilik gerai burger yang mendedahkan kewujudan kegiatan perjudian di Sungai Buloh meminta orang ramai untuk berhenti mengecam polis Mohd Asri Hamid atau turut dikenali sebagai Asri Janggut berkata pihak polis mendapat banyak kritikan susul...
Asap Debu Gunung Berapi Sinabung Dijangka Masuk Ruang Udara Malaysia Malam Ini

Asap Debu Gunung Berapi Sinabung Dijangka Masuk Ruang Udara Malaysia Malam Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 223 hits
Gunung berapi Sinabung meletuskan abu di Karo Sumatera Utara pada 10 Ogos lepas Sinabung merupakan salah satu daripada 120 gunung berapi aktif di Indonesia KUALA LUMPUR Asap debu dari gunung berapi Sinabung di Sumatera Indonesia yang meletu...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor