Burnout Sering Berlaku Di Tempat Kerja Yang Diketuai Oleh Bos Toksik


Secara ringkas, perkataan burnout ini digunakan untuk menggambarkan stres di tempat kerja. Saban tahun terdapat peningkatan yang ketara dalam kes 'burnout' di Malaysia. Nak-nak pula dalam situasi pandemik begini, gejala 'burnout' dah macam trend pula, especially di kalangan petugas barisan hadapan. Term burnout ni didefinisikan sebagai satu keadaan di mana seseorang individu itu mengalami keletihan fizikal, emosi, dan psikologikal disebabkan oleh pekerjaan. Kalian boleh baca lebih lanjut di [SINI]
Dalam sehari dua ni pun Syu perasan banyak post pasal markah SKT atau Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, LNPT di media sosial. 
Ada yang post bermegah dan gembira dengan markah prestasi mereka yang tinggi. Yang megah dan riak begitu tak ramai , tapi golongan toksik macam ni ada wujud je di kalangan rakan sekerja kita

Tapi rata-rata, lebih ramai yang mengadu sedih dengan markah prestasi rendah nau nau. Kebanyakan mereka tidak puas hati markah SKT yang mereka perolehi tidak setimpal dengan usaha dan komitmen mereka. 
Katanya kawan mereka yang meraih markah 90% ke atas tu macam tak layak je dapat markah tu. Rasa amat terkilan dan teraniaya, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk memohon kenaikan pangkat atau ingin sambung belajar dengan biasiswa

Haa sampai berparang-parang kau! Tak puas hati markah SKT rendah dari tahun lepas


Maksud Berprestasi RendahBerprestasi rendah bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meraih markah LNPT kurang daripada 60%. Kalau dalam KPM, pegawai yang berprestasi rendah ini berpotensi untuk tidak naik gred atau lebih teruk, boleh dikenakan exit policy
Mengatasi Rasa TerkilanTak mengapalah awak, Awak lebih tahu cara kerja awak level mana. Allah melihat semua tu. Kalau waktu ni, awak masuk ke bilik penyelia meminta penjelasan kenapa dapat markah yang rendah, semua itu akan jadi sia-sia. Confirm seribu alasan akan diberikan jika kita mempersoalkan markah kita. 
Lagipun mereka takkan ubah pun markah tu. So, tak payah lah membazir masa dan air liur. At the end kita juga akan jadi lebih tertekan


Cuba Untuk Menjadi Lebih PositifYer faham jer. Kebanyakan yang menyuarakan rasa terkilan, sedih dan kecewa tu sebenarnya sebab merasakan markah yang diberikan tu sangat bersifat peribadi dan based on emotion semata-mata, bukan dari hasil penilaian kerja yang sebenar. 
Tak mengapalah. Sebagai seorang pemimpin, mereka akan dipersoal di hadapan Tuhan, dan dia akan dapat bahagian dia di sana nanti. Allah dah janji, doa hamba yang teraniaya akan dimakbulkan

Betulkan Niat Kita berkerja untuk mencari rezeki yang halal untuk keperluan anak-anak. Kerja hakiki kita itu juga merupakan ibadat. Dengan membetulkan niat utama kita berkerja, insyaAllah hati kita akan jadi lebih tenang dan bahagia

Peringatan Buat Tukang Beri MarkahKepada pemberi markah, kalau kalian terbaca penulisan ini, mohon pergilah ulangkaji semula SOP penilaian dan tatacara pemberian markah kepada anak buah kalian. 
Andai pegawai bawah seliaan kalian bermasalah dari segi waktu kerja dan keberadaannya di tempat kerja, kalian sebagai ketua wajib menegur dan memberi sekurang-kurangnya tiga kali amaran

Bukan pergi mencanang keburukan anak buah kalian serta membawang sana sini. Sikap sebegini tidak mencerminkan ciri pemimpin yang sebenar, malah ia juga dilihat seperti "menyelak kain" menunjukkan kelemahan sendiri kerana kalian gagal handle anak buah kalian dengan bijaksana

Namun sekiranya pegawai di bawah kalian sejenis yang problematic dalam melunaskan tanggungjawab hakikinya, kalian berhak bagi dia prestasi rendah. Penjawat awam spesies sebegini akan menyusahkan rakan sejawatan, yang terpaksa menanggung kerja mereka


Tapi andai kalian bagi dia markah rendah atas faktor nak tunjuk kuasa, dendam, iri hati atau atas dasar tidak sebulu sama ada berlainan pegangan atau negeri asal misalnya, haa mohon cermin-cerminkanlah diri dan audit semula hati tu. 
Adakah kalian termasuk dalam kategori toxic boss

Jika iya, segeralah bertaubat. Berhentilah mendera emosi dan menganiaya orang bawahan kalian. 
Ingatlah, kuasa itu hanya pinjaman sementara. Ancaman yang dahsyat dijanjikan kepada pemimpin yang tak adil dan lalai dalam amanahnya


Pemimpin / Boss Toksik Boleh Dikenali dari 10 Ciri ini
Ciri Boss Toksik 1: Dia saja yang betulMereka merasakan mereka mengetahui segala-galanya. Dia akan tatang dan angkat pekerja yang mengampu dan menyokongnya membabi buta, biarpun tindakan itu salah. Pada pekerja yang berpendirian mempertahankan hak dan bersuara, akan dianggap mencabar dia sebagai ketua dan mereka akan diturunkan


Ciri Boss Toksik 2: Pilih bulu (bias)Dia cenderung untuk mempunyai beberapa orang staf favorite dia. Bukan gemar atau suka atas dasar performance kerja. Tapi lebih kepada dasar personal, sama ada gender bias, racism, budaya jahiliyah (as-sobiyah berpuak-puak/semangat kenegerian) dan juga faktor kepentingan peribadi


Ciri Boss Toksik 3: Suka provok dan mengadu dombaMereka cari tahu apa yang boleh buat kau triggered. Dan bila dia dah tahu, dia akan jadikan itu sebagai senjata dia untuk provok emosi kau, sampai kau hilang semangat berpasukan. Memang sejenis manusia toksik ini suka manipulate orang, dan kalau boleh dia nak control semua! Dia suka melebihkan sekumpulan staf kegemarannya saja, sebaliknya kumpulan staf yang satu lagi dia abaikan. Akhirnya tercetus persaingan yang tidak sihat dalam organisasi. (dengki mendengki)

Ciri Boss Toksik 4: Mengaibkan secara terbukaOrang atasan yang toksik tidak rasa serba salah menegur dan merendahkan anda di hadapan rakan sekerja yang lain atau point out kelemahan anda di dalam mesyuarat umum. Haihz serius amat memalukan bila di dalam meeting ramai-ramai, nama kau tiba-tiba dipetik dan dilaporkan sekian-sekian hal di khalayak ramai


Ciri Boss Toksik 5: Tak pernah memberi rangsangan moralBerat sekali mulut dia untuk menghargai apatah lagi nak memberi pujian atas pencapaian anda. Yeap, they never give you constructive feedback or helpful advice on how to improve. Never


Ciri Boss Toksik 6: Suka ambil namaDia sejenis licik. Sudah lah tak pernah bagi recognition kat staf. Lepastu segala hasil kerja kita, susah payah kita, dia yang dapat nama. Kita yang bertungkus-lumus pagi sampai ke petang, last-last reputasi dan credit, dia je yang kaut! Nama kita, langsung tak sebut. hmmm

Ciri Boss Toksik 7: Pandai berkata belakangYerr dia memang CEO of talking about people behind their back! Budaya gosip ni merupakan environment toksik yang terbesar di tempat kerja. Sesiapa saja takkan suka bila ada orang bercakap atau mengumpat kita di belakang, apatahlagi ianya datang dari mulut seorang ketua


Ciri Boss Toksik 8: Mimik muka sinisBos jenis ini suka memberikan komen dan bahasa tubuh yang menyakitkan hati. Contohnya seperti, mencebikkan mulut tatkala kita bangun menyuarakan pendapat kita. Atau memutarkan anak mata ke atas (rolling eyes) bila kita mengadu atau melaporkan sesuatu padanya. 

Ciri Boss Toksik 9: Tak mengaku kesalahanAtas dorongan keegoan dan keangkuhan yang tinggi, dia tidak pernah nak mengaku kesilapan dia, apatahlagi nak bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut. Sebaliknya dia lebih memilih untuk mencari 'kambing hitam' untuk dipersalahkan


Ciri Boss Toksik 10: MencantasDia tak minat mendengar. Bila kau cuba menyuarakan sesuatu, dia akan cepat-cepat cantas kata-kata kau. Dia takkan terima sebarang teguran dari pekerja lapisan bawah, kerana baginya, itu akan mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang bos. Umpama anak nak menegur bapak la. "Mana boleh!!" katanya


Jadi dalam senarai 10 ciri boss yang toksik ini, ada tak mana-mana ciri yang kalian nampak ada dalam diri kalian? Pentadbir, manager, penyelia, pegawai kanan, pengarah; tidak kira apa jua gelaran kalian, yang pasti, satu je. Kalian ini adalah pemimpin

Beratnya panggu seorang pemimpin itu, sampai dikatakan sebelah kaki sudah di neraka. Jadi, fikir-fikirkanlah


ppsm panel pembangunan sumber manusia tidak puas hati markah skt borang jpa prestasi 3 2002 lnpt laporan nilaian prestasi tahunan sasaran kerja tahunan kesan markah prestasi guru rendah markah lnpt untuk kenaikan pangkat, aduan markah prestasi rendah, pekeliling penilaian prestasi, contoh justifikasi pemberian markah prestasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://annursyuhadah.blogspot.com/2020/12/markah-skt-rendah-lnpt-prestasi-tahunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banteras Kluster Covid 19 Di Tempat Kerja Syed Ibrahim Syed Noh

Banteras Kluster Covid 19 Di Tempat Kerja Syed Ibrahim Syed Noh

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 149 hits
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menggesa kerajaan untuk menumpukan tugas membanteras kluster Covid 19 di tempat kerja Ini kerana beliau mendapati sebanyak 61 85 daripada 852 kluster ialah kluster tempat kerja sejak 20 Sept 2020 h...
Mengegarkan Pasaran Laporan Mengenai Tempat Kerja Dan Pinjaman

Mengegarkan Pasaran Laporan Mengenai Tempat Kerja Dan Pinjaman

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 191 hits
Berikut adalah tiga peristiwa yang boleh mempengaruhi pasaran pada hari Jumaat 1 Laporan Januari mengenai upah di sektor bukan pertanianAdakah ekonomi bertambah baik sejak Disember Terdapat trend positif menurut perkiraan yang diterbitkan d...
Kejatuhan Pelaburan Langsung Asing Amaran 35 Tahun Lepas Yang Tidak Dihiraukan Oleh Kerajaan

Kejatuhan Pelaburan Langsung Asing Amaran 35 Tahun Lepas Yang Tidak Dihiraukan Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 240 hits
Permasalahan ini bukannya bermula pada 1 Mac 2020 Ia bermula sejak dari 1997 lagi ketika berlakunya gelombang Krisis Kewangan Asia Krisis Kewangan Asia 1997 telah mengejutkan negara negara ASEAN Singapura Indonesia Filipina Thailand Vietnam...
Panduan Yang Wajar Dipatuhi Oleh Pendaki

Panduan Yang Wajar Dipatuhi Oleh Pendaki

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum wbt Aktiviti mendaki kini semakin digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tak kira lelaki mahupun perempuan malah ada juga membawa keluarga sekali Bagi awak yang baru nak berjinak jinak dalam aktiviti mendaki panduan ini b...
Majlis Pemasyuran Kuantan Bandaraya Oleh Agong Akan Di Adakan Pada 21 Februari Ini

Majlis Pemasyuran Kuantan Bandaraya Oleh Agong Akan Di Adakan Pada 21 Februari Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 315 hits
KUANTAN Majlis pelancaran pemasyuran Kuantan secara rasmi sebagai bandaraya dijangka berlangsung pada 21 Februari ini Majlis gilang gemilang ini oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Alm...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa