Bunyi Sebijik Macam Dalam Kaset Hattan Hilang Kata2 Lepas Tengok Konsert Search Din Dan Kid Tapau Habis







” Berbaloi datang konsert ini. Saya layan habis!”
Itu pujian melambung diberikan oleh penyanyi Datuk Hattan yang hilang kata-kata ketika menyaksikan persembahan mantap kumpulan Search pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell, malam tadi

Menurut Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, persembahan yang dibarisi Din dan Kid selaku pemain gitar, Yan (bass) dan Minn (drum) serta vokalis baharu, Denden Gonjalez itu memiliki kehebatan tersendiri

” Saya sudah lama tidak mendengar muzik sebegini. Memang ‘sound’ Search ada pada Din dan Kid. Bila saya dengar Din memainkan lagu Teguh, saya sedih, seperti mahu menangis

” Saya sangat seronok. Saya rindu nak tengok Din dan Kid main dan saya berpuas hati. ‘Sound’ yang diberikan memang puas hati

” Kunci ‘sound’ Search itu memang ada pada Din dan Kid. Tiada siapa boleh menafikan

” Tanyalah siapa pun, saya pasti mereka mempunyai pendapat yang sama. Berbaloi datang konsert ini. Saya layan habis menonton konsert ini,” katanya


Hattan puji habis Denden
Menurut Hattan, dia juga terkejut dengan kehebatan vokalis baharu Search yang berasal daripada Indonesia itu

” Dia menyanyi sedap, melekat dan memang ‘sesuatu’ Denden ini. Mula-mula saya tengok dia seorang yang pemalu, tapi bila tengok tadi, dia nyanyi memang sedap

” Saya harap Search terbang tinggi ke negara seberang. Saya percaya kalau mereka keluar album penuh, boleh meIetup dan ia boleh merentasi pasaran Indonesia kerana penyanyinya dari Indonesia

” Usai konsert saya ada berbual dengan Datuk M Nasir, kami mengatakan sekiranya mereka keluar album, lagunya mesti sedap. Saya juga berharap mereka akan menjalankan siri jelajah,” katanya

Selain Hattan, Konsert Search Rockin On Rooftop turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk M Nasir dan Ramli Sarip. Pada konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 buah lagu

Alunan muzik Din dan Kid macam dalam kaset, mengimbau betul…
Sementara itu, kata-kata Hattan yang memuji Din dan Kid seakan dipersetujui oleh peminat Search

Ini berdasarkan komentar yang ditinggalkan di beberapa laman sosial termasuk youtube yang memaparkan vdeo lagu Teguh pada konsert malam tersebut

” Macam dalam keset bunyi dan alunan muzik mereka… teringat zaman remaja ku tahun 1991
” Dari semalm sampi ke jam ni aku mash tgok konsert semlm… betul2 mcm dlm cd…rindu nya zaman ini…

” Malam tadi rasa mcm balik ke era 80an..teguh ni antara lagu yang terbaik search main live dan jarang2 dlm live concert…tq denden vokal lu mmg mantop.

” Sempurna… vocal dan solo guitar… Umurku 53 sekarang…terasa muda kembali bila tengok live concert nie..” itu antara ratusan komen ditinggalkan peminat sejati kumpulan Search


Peminat tetap setia walau bermandi hujan
Dalam pada itu, kehadiran lebih 3,000 peminat pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell di sini, malam tadi, membuktikan biarpun tanpa Amy, persembahan band legenda yang menampilkan Denden Gonjalez sebagai vokalis, tetap berbisa

Nyata, aura Search yang ditubuhkan sejak 1981, utuh biarpun pelbagai kontroversi melanda hingga band rock legenda itu bagai terbahagi dua

Kehadiran Denden mengubat rindu peminat terhadap persembahan bertenaga kumpulan rock ikonik itu

Biarpun konsert bermula agak lewat iaitu pada jam 9.30 malam berikutan hujan, namun, peminat setia menanti dalam kebasahan

Pada konsert lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 lagu. Tirai konsert dibuka lagu Bencana, Metropolitan dan Pasti

Search terus membuat peminat terpaku dengan lagu Purnama, Melastik Ke Bintang, Di Pintu Sepi, Bersalah Atau Tidak, Speech, Rock N Roll Pie

Turut didendangkan adalah lagu Fantasia Bulan Madu, Bencana, Metropolitan,Teguh, Neo Romantik dan Mentari Merah Di Ufuk Timur

Tambah manis, konsert itu dihangatkan dengan persembahan Ratu Rock, Ella yang menyanyikan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan secara duet bersama Denden

Tidak hanya itu, malam itu turut menyaksikan rakan seperjuangan seperti Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip hadir memberi sokongan

Bertemu Kid usai persembahan, pemain gitar itu risau melihat hujan yang tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti sebelum konsert

” Kami risau sebab hujan seperti tidak akan berhenti. Namun, hujan adalah rezeki buat kami… Alhamdulillah. Tidak sangka sangka kehadiran peminat yang cukup luar biasa

” Peminat setia menanti walaupun terpaksa bermandi hujan,” katanya

Kid berkata, kehadiran vokalis baharu Search, Denden perlu dipuji meskipun kali pertama beraksi pada konsert berskala besar bersama mereka

” Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat. Namun, kami gandakan usaha dan latihan. Akhirnya, kami dapat hasil yang baik malam ini (malam tadi)

” Denden beri sepenuh tenaga yang dimiliki demi meneruskan legasi Search,” katanya


Kid turut berterima kasih kepada abangnya, Din yang banyak memberi semangat kepada ahli kumpulan untuk meneruskan perjuangan

” Pujian harus diberi kepada Din. Kita tahu apa yang berlaku. Din ada tunjang utama malam ini (malam tadi). Terima kasih kepada peminat yang hadir

” Melihat kepada sokongan malam ini, ia beri Search semangat untuk terus berjuang… Mungkin ada hadiah buat peminat,” katanya

Selain Kid, Denden dan Din, Konsert Search Rockin On Rooftop turut menampilkan Yan yang bermain bes dan dan Minn (drum)

Sementara itu, Denden gembira dapat menjayakan persembahan itu dengan baik

” Pada mulanya gementar untuk menyanyi di hadapan peminat Search. Namun, selepas itu, semuanya okay. Maklum balas peminat di Indonesia juga baik

” Saya lihat banyak komen yang memberi sokongan. Terima kasih untuk semuanya kerana terus menyokong kami. Saya akan ingat malam ini sampai bila-bila,” katanya

Awal bulan ini, Konsert Endemik Search 2022 dibarisi Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal berlangsung di sebuah premis acara, di sini


Sumber:hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2022/06/bunyi-sebijik-macam-dalam-kaset-hattan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dia Sakit Lepas Habis Gv Ani Mayuni Maklum Imej Kurus Arwah Adalah Persembahan First Lepas Rawatan

Hiburan Dia Sakit Lepas Habis Gv Ani Mayuni Maklum Imej Kurus Arwah Adalah Persembahan First Lepas Rawatan

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 188 hits
Semalam satu Malaysia dikhabarkan dengan berita duka pemergian seorang penyanyi hebat iaitu Adibah Noor selepas berjuang dengan sakit kanser ovari tahap 4 yang dihadapinya Sakitnya itu tidak diketahui ramai kerana Allahyarham enggan memperb...
Buasir Otak Tv Hilang Ingatan Lepas Jatuh Motor

Buasir Otak Tv Hilang Ingatan Lepas Jatuh Motor

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 302 hits
Setiap kali bila ada orang hilang ingatan tak ingat apa apa termasuk nama sendiri lepas jatuh motor Jom tonton animasi ini
Betul Ramai Anggap Pas Tak Berani Solo Macam Dulu Kerana Takut Hilang Jawatang

Betul Ramai Anggap Pas Tak Berani Solo Macam Dulu Kerana Takut Hilang Jawatang

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 101 hits
Pemuda Umno kata Pas kini takut akan hilang jawatan menteri MBJune 14 2022 Kenyataan bertali arus pemimpin PAS yang menghentam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaannya supaya pilihan raya umum ke 15 diadakan segera membuktikan m...
Lepas Spm Tak Tahu Hala Tuju Jom Terjun Bidang It

Lepas Spm Tak Tahu Hala Tuju Jom Terjun Bidang It

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 128 hits
1 Setiap kali habis SPM ramai orang tak tahu nak pilih hala tuju mereka Memandangkan Gen Z mostly takde FB jadi saya nak melobi dan share guide sikit pada ibu bapa yang anaknya baru habis SPM 2 Jika anak ada ambil elektif sains komputer ata...
Cara Mudah Ibu Ini Ajar Anak Kemas Mainan Lepas Main Sekali Suruh Je Buat

Cara Mudah Ibu Ini Ajar Anak Kemas Mainan Lepas Main Sekali Suruh Je Buat

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 180 hits
Bersepahnya rumah penatnya ibu nak kena kemas semua ini Kenapa lepas main tak kemas semula ni Ini antara ayat paling biasa ibu ibu akan luah setiap kali lihat rumah sepah dengan mainan Namun ada juga yang tidak kisah dengan keadaan itu asal...
Video Elisya Genap Umur 23 Tahun Sekali Kata2 Fasha Sandha Buat Ibu Meng4ndung Ini Cvri Perhatian

Video Elisya Genap Umur 23 Tahun Sekali Kata2 Fasha Sandha Buat Ibu Meng4ndung Ini Cvri Perhatian

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 348 hits
Baru baru ini aktres Fasha Sandha berkesempatan isi masa bersama adik tersayang yang juga pelakon Elisya Sandha bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 23 Turut sama meraikan momen indah itu termasuk suami Elisya Uzair Haqimy Azman dan ...
Selepas Kena Tegur Kongsi Lakaran 6 Sosok Peny1hir Ini Kata2 Pawang Diraja Pada Kazim Elias

Selepas Kena Tegur Kongsi Lakaran 6 Sosok Peny1hir Ini Kata2 Pawang Diraja Pada Kazim Elias

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 226 hits
SEORANG lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja tular selepas berkongsi lakaran wajah enam individu yang didakwa menyihir dan melakukan khianat ke atas Datuk Mohd Kazim Elias
Ternampak Kereta Abam Atas Jalan Raya Kata2 Hidayah Kepada Hamzah Buat Ramai Sebak

Ternampak Kereta Abam Atas Jalan Raya Kata2 Hidayah Kepada Hamzah Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 130 hits
SAYU sebuah video yang dikongsi balu Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah Mohd Ali mengundang simpati netizen apabila dia meluahkan rasa sedih melihat kereta yang pernah dimiliki oleh mereka di jalan raya
Seniwati Yang Saya Hormati Aripah Damanhuri Telah Pergi Kata2 Ogy Ahmad Daud Undang Sayu Ramai

Seniwati Yang Saya Hormati Aripah Damanhuri Telah Pergi Kata2 Ogy Ahmad Daud Undang Sayu Ramai

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 90 hits
Seniwati Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas