Bunuh Diri Masih Lagi Jenayah


Banyak kajian serta bukti menunjukkan bahawa tindakan menghukum mereka yang cuba membunuh diri bukanlah satu penghalang dan tidak akan mengurangkan kadar bunuh diri. 


SELAIN penularan pandemik Covid-19, negara kini turut berhadapan ancaman baharu yang dikatakan mengganggu-gugat kesejahteraan hidup rakyat.

Ancaman tersebut berupa trend peningkatan mendadak kes bunuh diri.

Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), peningkatan tersebut mula dirasakan pada 2020 dengan 631 kes dilaporkan berbanding 609 kes pada 2019.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, 468 kes bunuh diri dicatatkan.

TELAH hampir setahun di mana Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) dan Laman Minda mengeluarkan kenyataan media secara bersama untuk menggesa supaya satu tindakan dilakukan di peringkat Parlimen bagi memansuhkan Seksyen 309 Kanun keseksaan yang dianggap telah lapuk.

ORANG yang cuba membunuh diri dikatakan sedang menghadapi masalah kemurungan atau kecelaruan mental serius. Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan bunuh diri ini adalah satu jenayah. Kedua belah pihak telah menyeru supaya kerajaan memperuntukkan pelaburan yang lebih baik untuk perkhidmatan kesihatan mental serta pembentukan Strategi Pencegahan Bunuh Diri di peringkat kebangsaan sebagai satu kaedah bagi mencegah kejadian bunuh diri.

Berita mengenai seorang lelaki dari Cheras telah dikenakan hukuman jenayah disebabkan cubaan bunuh diri baru-baru ini amat mengecewakan.

Mahkamah telah mengenakan denda sebanyak RM3,000 selepas dia gagal terjun daripada beranda rumah flatnya yang terletak di tingkat lima (BERNAMA, 4 Ogos 2020).

Timbalan Pendakwaraya dalam kes tersebut dilaporkan memohon supaya lelaki tersebut diberikan hukuman yang setimpal disebabkan kejadian tersebut telah menyusahkan ramai pihak serta pengajaran kepadanya.

Dalam satu lagi kes yang lebih serius, seorang juruterbang telah membuat keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri setelah kehilangan kerja dua bulan lalu (The Malay Mail, 5 Ogos 2020). Banyak Kajian Malangnya, banyak kajian serta bukti menunjukkan bahawa tindakan menghukum mereka yang cuba membunuh diri bukanlah satu penghalang dan tidak akan mengurangkan kadar bunuh diri.

Mishara dan Weisstub (2016) telah mengkaji kadar bunuh diri di 23 daripada 25 negara yang menghukum perbuatan bunuh diri dan cubaan bunuh diri ini serta menyimpulkan bahawa kadar bunuh diri tidaklah lebih tinggi atau lebih rendah apabila dibandingkan dengan negara lain serta tindakan menghukum tidak mengubah kadar kejadian bunuh diri.

Secara jujurnya, menghukum mereka yang membuat cubaan bunuh diri akan menghalang kita mengetahui mengenai punya mereka berbuat demikian.

Lelaki yang telah dihukum baru-baru ini dilaporkan tidak bekerja, mungkin mengalami masalah kesihatan mental.

Ini kerana kira-kira 90 peratus daripada kejadian bunuh diri dikaitkan dengan sekurang-kurangnya satu jenis masalah kesihatan mental (2,3).

Kemungkinaan didakwa dan dikenakan hukuman akan menghalang mereka untuk tampil mendapatkan pertolongan serta menyebabkan stigma yang menebal kepada psikiatri dan kesihatan mental.

Hukuman ke atas lelaki dari Cheras itu juga bertentangan dengan hasrat untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah (decriminalization of suicide) oleh Pejabat Peguam Negara.


Pada 31 Disember 2019, Datuk Liew Vui Keong yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan bahawa Pejabat Peguam Negara sedang menyediakan kertas dasar untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah.

Kertas dasar ini telah mengambil maklum pandangan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan di samping pendekatan bidang kuasa di dalam negara Komanwel seperti United Kingdom dan India. Singapura juga telah memansuhkan akta ini pada 1 Januari 2020 sebagai sebahagian daripada pembaharuan undang-undang jenayah (Criminal Law Reforms Act).

Tindakan oleh Pejabat Peguam Negara ini akan menyebabkan perubahan ke atas Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Ramai pihak termasuk Majlis Peguam telah menyokong langkah ini sebagai satu tindakan yang ke hadapan.

Bukti saintifik juga tidak menunjukkan bahawa pemansuhan hukuman bunuh diri meningkatkan kadar bunuh diri (1).

Sebaliknya, terdapat pengurangan dalam kadar bunuh diri setelah kebimbangan mengenai hukuman undang-undang ini dihapuskan.

Mekanisma alternatif untuk menangani pelbagai faktor risiko yang menyebabkan kejadian bunuh diri perlu dicari. Kesihatan Mental MPA ingin sekali lagi menegaskan agar kerajaan memperuntukkan pelaburan yang lebih baik untuk perkhidmatan kesihatan mental serta pembentukan Strategi Pencegahan Bunuh Diri di peringkat kebangsaan.

Ini mampu mengurangkan faktor risiko serta kadar bunuh diri secara berkesan. Langkah yang dapat dijalankan termasuk mengurangkan stigma, meningkatkan akses kepada rawatan, mengurangkan akses kepada kaedah bunuh diri, laporan media yang bertanggungjawab serta pemerkasaan perkhidmatan rawatan.

Rawatan perubatan, penjagaan secara individu serta sokongan komuniti adalah penting untuk mencegah serta mengurangkan kadar bunuh diri berbanding hukuman, pendakwaan dan stigma.

Faktor-faktor ini mungkin mengeruhkan lagi keadaan bagi mereka yang memerlukan pertolongan. Rujukan: 1. Mishara BL, Weisstub DN. The legal status of suicide: A global review. Int J Law Psychiatry. 2016;44:54-74. Epub 2015/09/17. doi: 10.1016/j.ijlp.2015.08.032. PubMed PMID: 26375452.
2. Barraclough B, Bunch J, Nelson B, Sainsbury P . A hundred cases of suicide: clinical aspects. Br J Psychiatry. 1974;125(0):355-73. Epub 1974/10/01. PubMed PMID: 4425774.
3. Appleby L, Shaw J, Amos T. National Confidential Inquiry into Suicide and Homicide by People with Mental Illness. Br J Psychiatry. 1997;170:101-2. Epub 1997/02/01. PubMed PMID: 9093494.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/bunuh-diri-masih-lagi-jenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berebut Duit Loteri Rm8 5j Suami Tembak Mati Isteri Anak Sebelum Bunuh Diri

Berebut Duit Loteri Rm8 5j Suami Tembak Mati Isteri Anak Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 210 hits
Barang Panas alih alih duit tidak dinikmati ketiga tiga hilang nyawa OKLAHOMA Seorang lelaki tergamak menembak mati isteri dan anak perempuannya yang berusia satu tahun selepas menang loteri berjumlah AS 2 juta Tiffani Hill 31 dan anak pere...
Keadaan Diri Masih Lesu

Keadaan Diri Masih Lesu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum semua Salam Jumaat Moga seribu satu kebaikan akan Allah beri kepada kalian yang singgah membaca di sini Alhamdulillah masih bernafas lagi hingga ke saat ini Setelah seminggu diarrhea LM masih belum pulih sepenuhnya Masih ke ...
Depresi Penyakit Tidak Kunjung Sembuh Seorang Pria Di Aceh Besar Bunuh Diri

Depresi Penyakit Tidak Kunjung Sembuh Seorang Pria Di Aceh Besar Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 210 hits
Seorang pria berinisial MN ditemukan meninggal dunia dalam posisi tergantung di atas pohon di area persawahan Kecamatan Suka Makmur Aceh Besar Kamis Pria tersebut diduga bunuh diri akibat depresi karena penyakit yang diderita
Tahanan Positif Covid 19 Melarikan Diri Masih Diburu Polis

Tahanan Positif Covid 19 Melarikan Diri Masih Diburu Polis

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 246 hits
LARI Tahanan yang melarikan diri masih diburu polis Orang awam diminta bantu kesan seorang tahanan yang masih bebas PENAMPANG Orang ramai diminta membantu polis dalam mengesan seorang lagi tahanan positif COVID 19 yang melarikan diri dari P...
Tak Tahan Diejek Masih Single Lelaki Nekad Bunuh Rakannya Sendiri Guna Batang Besi

Tak Tahan Diejek Masih Single Lelaki Nekad Bunuh Rakannya Sendiri Guna Batang Besi

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 179 hits
The ReporterTak tahan diejek kerana masih single seorang nelayan nekad meragut nyawa rakannya sendiri dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 malam Selasa 10 Ogos 2021 di Kabupaten Blitar Indonesia Ketua Polis Blitar Adhitya Panji Anom berk...
Punca Kejadian Bunuh Diri Banyak Sebab

Punca Kejadian Bunuh Diri Banyak Sebab

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 222 hits
Tekanan ekonomi boleh menyebabkan orang merasa putus asa mengalami depresi dan tekanan jiwa Keadaan itu mendorong seseorang membunuh diri dalam keadaan tidak sepenuhnya dapat mengawal tindakannya itu Mereka melakukan perbuatan itu dalam kea...
Siti Sarah Selamat Bersalin Bayi Lelaki Tapi Masih Belum Sedarkan Diri

Siti Sarah Selamat Bersalin Bayi Lelaki Tapi Masih Belum Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 294 hits
Selepas menjalani pembedahan penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira kira jam 5 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Cheras
Ridwan Kamil Keberatan Disebut Realisasi Vaksinasi Covid Di Jabar Masih Rendah

Ridwan Kamil Keberatan Disebut Realisasi Vaksinasi Covid Di Jabar Masih Rendah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 188 hits
Pemerintah Provinsi Jawa Barat sudah memiliki kesepakatan mengenai pengelolaan hingga manajemen distribusi vaksin Covid 19
Kefahaman Peraturan Dine In Premis Makanan Masih Kurang

Kefahaman Peraturan Dine In Premis Makanan Masih Kurang

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 151 hits
Rohaimi memeriksa sijil digital vaksin dua pelanggan di sebuah restoran makanan segera di KTCC Kuala Terengganu hari ini KUALA TERENGGANU Polis Terengganu mengesan beberapa kesalahan disebabkan kurang kefahaman dalam kalangan pengusaha prem...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um