Bunga Penutup Abad


Oleh Aziz Zabidi
BUNGA penutup abad – adalah gelar kepada Annelies Mellema. Diberikan oleh watak utama kepada si gadis cantik yang bukan sahaja mengajar makna cinta kepadanya, malah menjadi sumber daya juangnya dalam meniup bara nasionalisme menentang penjajahan dan ketidakadilan kolonialisme sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Hindia Belanda. Annelies memang cantik, anak kacukan Belanda dari rahim seorang perempuan simpanan berbangsa peribumi mampu menggetarkan jantung sesiapapun. Tapi lebih dari itu, si bunga penutup abad adalah tanda dari korban ketidakadilan, hipokrasi dan kebejatan budaya kolonialisme yang menguasai bumi pada akhir abad ke-19.
Dan begitulah Bumi Manusia digerakkan, sebagai rakaman sejarah kebangkitan awal semangat nasionalisme Indonesia terhadap penjajahan Belanda. Penentangan terhadap penjajahan fizikal, penjajahan intelektual dan penjajahan budaya.  Cinta, kesedaran, pengorbanan dan perjuangan adalah tema Bumi Manusia. Tema yang pada awalnya mengambil bentuk paling mulus antara manusia sesama manusia untuk kemudiannya berkembang dan bergulir dalam spektrum yang lebih luas mencapah budaya, masyarakat dan negara.
Siri pertama dalam novel tetralogi Pulau Buru oleh sasterawan besar Indonesia Pramoedya Ananta Toer yang pertama kali diterbitkan pada 1980 (dan diharamkan di Indonesia sehingga 1995) akhirnya diadaptasikan ke bentuk filem oleh sutradara Hanung Bramatyo. Filem hasilan 2019 nyata cuba dibikin dengan cermat dan penuh penghormatan terhadap karya asalnya.
Sebagai filem period dekad akhir abad ke 19, filem ini cuba untuk real dalam sinematografi dan pembawaannya. Lokasi, prop dan set penggambaran dekad itu dibangunkan dengan teliti. Kita dibawa masuk ke zaman itu melalui kereta lembu, kereta api arang, rumah-rumah kayu, rumah agam Eropah, sawah ladang, kedai-kedai dan busana. Dalam dunia filem ini, suasana zaman itu mengalir dengan sempurna.
Watak utama si Minke lakonan Iqbaal Ramadhan membawa watak anak bangsawan peribumi yang dihantar bersekolah di sekolah Belanda Hogereburgerschool (HBS). Anak itu digelar Minke – monkey – oleh kawan-kawannya yang berbangsa Eropah. Anak bangsawan yang letaknya tinggi dalam kalangan peribumi, namun hanya layaknya seekor monyet dalam kalangan bangsa Eropah yang berdarjat lebih tinggi di bumi terjajah.
Waktu itu, tatasusun masyarakat kolonial Hindia Belanda adalah piramid – Eropah totok pada hierarki tertinggi, kacukan Eropah yang dipanggil Indo-Eropa dan peribumi bangsawan pada harkat lebih bawah, dan paling bawah peribumi bukan bangsawan – kebanyakannya petani miskin yang mengerjakan ladang-ladang tuannya si Eropah atau menjadi sahaya kepada tuannya peribumi bangsawan. Susunan itu kejap dan tak dipertanyakan, menguasai tatasusun masyarakat yang diterima mutlak bukan sahaja oleh hierarki tertinggi malah menguasai psyche golongan terjajah – tatasusun masyarakat hasil kolonialisme di bumi Hindia Timur dalam tempoh kurang lebih 350 tahun penjajahan. Babak Robert Suurhoff si Indo dan Minke si peribumi yang dihalau ketika ingin masuk ke rumah kelab Eropa menunjukkan tatasosial dengan tepat. Papan tanda di hadapan kelab tertulis jelas – verbooden voor honden en inlander –  anjing dan peribumi dilarang masuk!
Watak paling kuat Bumi Manusia ialah Nyai Ontosoroh – perempuan simpanan tuan besar Herman Mellema – yang dibawa dengan sangat gemilang oleh Sha Ine Febriyanti. “Dengan melawan kita tak sepenuhnya kalah” salah satu kutipan dari berpuluh-puluh kata-kata si Nyai yang penuh karisma. Kata-kata yang seringkali dituturkan dengan renungan dan senyuman sarat kebijaksanaan yang membangkitkan si Minke dalam menemukan dia akan matlamat hidupnya. Matlamat bangsanya.
Tapi kolonialisme tidak sepenuhnya gelap. Kolonialisme Belanda akhir abad ke-19 juga membawa bersama-samanya percik-percik ilmu moden ke tanah yang jauh dari pusat peradaban Eropah itu. Dari percik-percik itulah si peribumi Minke menghayati intelektualisme dan moral sang Eropah. Intelektualisme dan moral yang pada mulanya membentuk Minke sebagai pemuja Eropah, yang percaya adat budaya bangsanya yang merendahkan daya fikir dan kemanusiaan menyebabkan mereka menjadi terkebelakang dan terjajah (dalam satu adegan ditunjukkan bagaimana Minke terpaksa – demi adat – berlutut, beringsut, bersujud dan menyembah untuk berjumpa bapanya sendiri – seorang bupati).
Dengan percikan intelektualisme dan moralisme Eropah itulah, setelah dibijaksanakan oleh cinta dan kesedaran peribumi, Minke mengambil jalan sebagai seorang penulis yang memperjuangkan keadilan kepada mereka yang tertindas. Minke cuba mencabar moraliti Eropah di padang mereka sendiri. Minke menyedari betapapun mulusnya idea Eropah terhadap kemodenan, moraliti mereka di tanah jajahan adalah moraliti tempang. Filem ini cuba membawakan nuansa batin dan kesedaran Minke terhadap ketempangan moraliti Eropah melalui beberapa syot yang menarik. Umpamanya, adegan di luar kelab Eropah, adegan layanan oleh Indo-Eropa pada kali pertama Minke dibawa rakannya ke rumah seorang Belanda, adegan pengadilan di mahkamah, adegan di rumah pelacuran dan beberapa babak lain sepanjang filem berdurasi tiga jam.
Dengan percikan intelektual Eropah dan batin peribumi, Minke cuba menebus dirinya. Dan sepanjang filem ini, kita dibawa ke babak demi babak yang menunjukkan perjuangan Minke untuk cuba menebus dirinya demi cinta dan kepercayaan kepada nilai kemanusiaan.
Sudah pasti, membawa novel sarat idealisme, pergolakan batin dan percakapan-percakapan panjang bernada wacana serta filosofikal yang saling mempengaruhi antara watak adalah kemewahan novel yang sangat-sangat sukar diterjemahkan ke dalam filem. Hanung mungkin mencuba, namun banyak lompong yang tak mampu ditimbus. Beberapa adegan, dialog dan monolog penting yang dibangunkan dengan bijak oleh Pramoedya sebagai penggerak yang mengubah watak Minke secara perlahan, alamiah dan logis daripada seorang pemuja totok idea-idea Eropah kepada seorang pemuda yang lebih berimbang, menyedari kekuatan (dan kelemahan) bangsanya serta mendewasa dalam menghadapi persoalan-persoalan masyarakatnya tidak mampu dibawa ke dalam filem dengan lancar. Fokus utama Bumi Manusia versi filem ini ialah kisah percintaan Minke dan Annelies, lebih tepat tragedi percintaan itu sendiri. Mungkin itu adalah pilihan paling tepat kepada sutradara ini dalam menghadapi naskah sekompleks Bumi Manusia, juga dalam menghadapi selera penonton umum era millennial yang jauh dari zaman kolonial.
Lepas dari kelemahan di sana-sini, harus diakui bahawa Hanung dan produksi filem di Indonesia telah mencuba dengan gigih, percubaan yang dikira berjaya, setidak-tidaknya berjaya dalam memberi penghormatan kepada hasil karya sasterawan besar negara itu. Filem ini ditayangkan sekitar Ogos 2019 di Indonesia dan mendapat penghargaan sewajarnya di sana. Untuk Malaysia, Bumi Manusia dan si cantik bunga penutup abad ini boleh ditonton melalui saluran Netflix. Atau untuk lebih puas, bacalah empat siri novel tetralogi ini – Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca – untuk lebih menghayati perkembangan idea, falsafah dan  perjuangan dalam era kolonial melalui mata pena Pramoedya Ananta Toer.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/06/bunga-penutup-abad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
38 Ditahan Ambil Gambar Bunga Teratai Di Kolam Tadahan Banjir

38 Ditahan Ambil Gambar Bunga Teratai Di Kolam Tadahan Banjir

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 292 hits
Bernama Tiga bayi 6 kanak kanak 12 tahun ke bawah dan 2 remaja 18 tahun ke bawah antara yang ditahan polis kerana berhimpun untuk mengambil gambar pemandangan bunga teratai di kolam tadahan banjir di Taman Semabok Perdana Melaka MELAKA Sera...
Pernah Digali Pada 1922 Tapi Tidak Dijumpai Jubin Rom Kuno Muncul Dipercayai Berasal Dari Abad Ke 3 Masihi

Pernah Digali Pada 1922 Tapi Tidak Dijumpai Jubin Rom Kuno Muncul Dipercayai Berasal Dari Abad Ke 3 Masihi

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 564 hits
Lantai jubin Rom dijumpai di bawah tanah sebuah ladang anggur di utara Itali Seorang jurukur di utara Verona mendedahkan gambar lantai jubin itu melalui akaun Twitter miliknya Menurut laporan ini sekali gus menguatkan bukti bahawa sebuah vi...
Ditutup Jutaan Bunga Di Hitachi Seaside Park Mekar Tanpa Disaksikan Pengunjung

Ditutup Jutaan Bunga Di Hitachi Seaside Park Mekar Tanpa Disaksikan Pengunjung

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 323 hits
Bulan April dan Mei ini Hitachi Seaside Park kembali ditumbuhi bunga bunga nemophila Hamparan bunga biru muda memenuhi area seluas 3 4 hektar
Karangan Bunga Korban Jiwasraya Hiasi Gedung Pengadilan Tipikor

Karangan Bunga Korban Jiwasraya Hiasi Gedung Pengadilan Tipikor

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 225 hits
Karangan Bunga Korban Jiwasraya Hiasi Gedung Pengadilan Tipikor Puluhan karangan bunga tersebut dipajang seiring dimulainya sidang perdana korupsi Jiwasraya yang berisi harapan para korban agar kasus segera tuntas dan uang yang dikorupsi da...
Bila Belalang Menyamar Seperti Bunga

Bila Belalang Menyamar Seperti Bunga

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 341 hits
Orchid Mantis meniru bentuk bunga orkid untuk menangkap mangsa Bentuknya sangat meyakinkan sehingga serangga lebih tertarik daripada bunga asalnya sendiri Kamuflase bukanlah konsep yang aneh banyak haiwan dan serangga menerima pakai penyama...
Bunga Tangkai Panjang

Bunga Tangkai Panjang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 345 hits
Apakah nama bunga ini Petang hari ia mekar Sebelah pagi rupanya jadi seperti ini Kelopak bunga berada jauh dari tangkainya Pokoknya lurus tidak bercabang seakan pohon buluh ruang dalam batangnya kosong Walau pun sudah banyak kali dipotong s...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini