Bung Zezie Diarah Bela Diri




Zainuddin Omar


 In the first place, kenapa perlu Felcra buat pelaburan dalam unit trust sebanyak RM150 juta? 


Semua lantikan politik ghanimah sebagai BOD dan Pengerusi dalam GLC perlu dihentikan.  



***********
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad untuk mereka membela diri dalam kes rasuah bernilai RM2.8 juta berkaitan pelaburan amanah saham.


Ketika membacakan keputusan sebulat suara daripada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat kesilapan kerana keputusan prima facie tidak boleh disemak semula.


Bagi pihak Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim yang mempengerusikan panel rayuan dan Hakim Noorin Badaruddin, Zaini menjelaskan keputusan oleh mahkamah perbicaraan bukan penyelesaian akhir terhadap hak tertuduh untuk membela diri.


Zaini menegaskan proses perbicaraan jenayah mesti diteruskan agar tertuduh berpeluang mengemukakan pembelaan mereka.


Hakim turut menekankan hak perbicaraan yang adil terpakai secara sama rata kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.


"(Menyemak semula) keputusan prima facie akan mengganggu perbicaraan yang adil apabila mahkamah perbicaraan terpaksa menangguhkan prosiding untuk membolehkan sesuatu pihak membuat rayuan terhadap perintah (prima facie) tersebut.


"Tindakan ini akan mengganggu kelancaran perbicaraan dan membazirkan masa kehakiman dan ia perlu dihentikan," kata Zaini.


Hakim rayuan kemudian mengarahkan perbicaraan peringkat pembelaan terhadap Bung dan Zizie disambung semula di Mahkamah Sesyen tanpa sebarang penangguhan.


Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan itu untuk membatalkan keputusan mahkamah rendah yang mengarahkan mereka membela diri atas pertuduhan.


Sebelum itu, pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung dan Zizie.


Pada 18 Sept 2023, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan.
Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 46, bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 itu.


Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh Zizie Izette.


DIa dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.


Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.


Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.


Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Zizie Izette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/bung-zezie-diarah-bela-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Moktar Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tiga Tuduhan Rasuah

Bung Moktar Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tiga Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 88 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin terhadap tiga pertuduhan rasuah RM2 8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta Felcra dalam unit ama...
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri Ds Najib

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri Ds Najib

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 92 hits
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib Bagi Najib haters keputusan mahkamah memanggil DS Najib bela diri dalam kes 1MDB sudah dianggap sebagai kemenangan kepada mereka Walau pun berkali kali sudah dijelaskan mahkamah m...
Adakah Pas Berhak Wujud Pertahan Diri Dengan Pantas Mp Pas Buat Kes

Adakah Pas Berhak Wujud Pertahan Diri Dengan Pantas Mp Pas Buat Kes

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 56 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian Malaysia yang menyokong penyelesaian dua negara yang telah dipersetujui oleh Pertubuhan Kerjasama Islam
Aku Rela Undur Diri Sebab Tak Nak Suami Dilabel Anak Derhaka

Aku Rela Undur Diri Sebab Tak Nak Suami Dilabel Anak Derhaka

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 51 hits
Apabila kira mendengar kes ibu atau bapa diabaikan anak anak pastinya ada cerita disebalik itu yang tak dikongsikan Sebab itulah jangan pilih kasih dan sayang semua anak anak kalau terasa memang akan diam tapi sampai bila bila dia akan inga...
Rendah Diri Betul Alyah Sanggup Tolong Pemilik Kedai Ambik Pesanan Pelanggan Siap Cuci Pinggan

Rendah Diri Betul Alyah Sanggup Tolong Pemilik Kedai Ambik Pesanan Pelanggan Siap Cuci Pinggan

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 59 hits
TANPA memikirkan soal status diri penyanyi Datin Alyah tidak kekok menghulurkan bantuan kepada peniaga jalanan yang tidak mempunyai pekerja mencukupi Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan 43 berkata sewaktu bercuti di kampung halaman arwah bap...
Fam Berdiam Diri Tentang Cahill Sertai Harimau Malaya

Fam Berdiam Diri Tentang Cahill Sertai Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 49 hits
PERGADUHAN Persatuan Bola Sepak Malaysia kini lebih memilih untuk tidak mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan legenda bola sepak Australia Tim Cahill mungkin akan menyertai unit khas yang dirancang oleh badan penguasa itu Setiausaha A...
Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 124 hits
Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib Memang benar di awal pendakwaan mantan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO DS Najib beliau tidak mahu mengheret sama akar umbi dan parti Sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan r...
Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah

Are Glcs And Statutory Bodies A Crock Of Gold

Pekerja Stesen Minyak Hero Selamatkan Motosikal Dari Kebakaran

Tipu Muslim Pilih Trump Kecewa Kepala Bapak Pengganas Dunia

Resepi Daging Belengas Yang Mudah Kredit Syielafoodie

Drama Game Over Romeo

Ketahui Manfaat Dari Daun Pandan

Prices Of 20 Fresh Produce Down Over 10 In June July Says Rafizi


echo '';
Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu


Petronas Bandar Tiram

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Sleeve Yang Berkesan Dan Menarik

Membuat Pilihan Bijak Manfaat Paper Bowl Untuk Kesihatan Dan Alam Sekitar

Kembali Ke Tanah Air Dengan Penerbangan China Southern Airlines

Disyaki Peras Ugut Warga Arab Saudi 3 Polis Ditahan

Junaida Hilang Selepas Keluar Ke Tempat Kerja Hanya Kenderaan Ditemukan