Bumi Dipijak Milik Orang


Mukadimah
Mengejutkan! Itu gambaran yang boleh diberi susulan pendedahan melalui wawancara eksklusif ini. Ceritanya, Mingguan Malaysia pada minggu lalu diberitahu, ada satu sindiket telah menyeleweng 1,604 ekar tanah rizab Melayu di Sitiawan, Perak.
Mendengar sahaja perkara itu, beberapa pertemuan diatur dengan pasukan forensik tanah yang terlibat menyiasat penyelewengan ini. Ia dipengerusikan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak mulai 2009 hingga 2013

Melalui beberapa sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak mereka, akhirnya Hamidah bersetuju berkongsi butiran serta bukti-bukti termasuk dokumen, dalam wawancara ini

Ikuti temu bual ini, yang disertai wartawan Fahmi Faiz, Roshihan Annuar Yub serta jurugambar Amir Khalid, yang bertempat di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kuala Lumpur.

MINGGUAN MALAYSIA: Ada pembongkaran yang nak dibuat melalui wawancara ini?
HAMIDAH: Hari ini saya nak buat pendedahan mengenai satu sindiket. Ada tanah rizab Melayu seluas 1,604 ekar dipindah milik kepada bukan Melayu yang saya lihat perkara ini dibuat secara tak sah kerana bertentangan dengan Enakmen Rizab Tanah Melayu serta Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Kenapa kaitkan dengan sindiket?
Sindiket ini biasanya kita gunakan sebagai berkumpulan. Untuk kes yang kita bongkar ini, ia bukan kerja seorang. Ia memerlukan satu pasukan ataupun ia melebihi satu orang. Ini kerana proses yang dilalui bukanlah proses mudah. Yang kalau proses yang ketat terutamanya dari segi pemilikan tanah boleh dibolosi, ia pastilah merupakan satu sindiket.

Apa yang dilakukan kumpulan ini?
Tanah ini asalnya digazetkan sebagai rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930, melalui gazet kerajaan bernombor 488. Carian rizab ini kita peroleh melalui Jabatan Arkib Negara. Dalam dokumen rizab 1930 itu, bertajuk F.M.S Government Gazette, British telah merizabkan tanah seluas 42,000 ekar tanah ini untuk menjadi tanah rizab Melayu.

Di mana kedudukan tanah ini?
Di mukim Sitiawan, daerah Manjung, Perak.
1,604 EKAR DIPINDAH MILIK
Apa berlaku terhadap tanah rizab itu?
Pada 21 November 1997, Kerajaan Negeri Perak dalam Borang 11AK, mengeluarkan Hak Milik Sementara bernombor 12676 kepada sebuah syarikat iaitu Ladang Mara (M) Berhad, iaitu tanah seluas 1,604 ekar dengan nombor lot 17527. Ia terletak di mukim Sitiawan dalam daerah Manjung, Perak. Merujuk satu memorial yang tercatat, tanah tersebut merupakan sebahagian daripada tanah seluas 42,000 ekar, yang digazetkan melalui gazet kerajaan bernombor 488 seperti disebut tadi.

Apa maksud memorial, dan apa lagi tercatat dalam memorial itu?
Memorial di sini merujuk satu catatan penting, yang mengesahkan tanah itu sebahagian daripada tanah rizab Melayu. Untuk makluman juga, memorial itu dengan jelas menyatakan ‘Pengisytiharaan Rizab Melayu, Dalam Kawasan Rizab Melayu Sitiawan, Bernombor Pemberitahuan Warta 488’. Ini bermakna, tanah 1,604 ekar itu adalah sebahagian daripada tanah rizab Melayu yang digazetkan pada 1930 dahulu.

MEMORIAL RIZAB MELAYU DIHILANGKAN?
Kemudian apa berlaku?
Selepas pengeluaran Hak Milik Sementara itu, pada 3 Februari 2005, pihak berkuasa negeri mengeluarkan satu Pajakan Negeri. Ini dibuktikan melalui Borang 5CK bernombor 174772 kepada tanah yang sama iaitu lot 17527. Tapi malangnya kita dapat kesan daripada pajakan negeri yang kita buat carian ini, didapati memorial seperti yang dicatat pada Borang 11AK, iaitu ‘Pengistiharaan Rizab Melayu’ itu sudah hilang. Di sinilah kita musykil, bagaimana perkara yang amat penting, iaitu rizab Tanah Melayu boleh hilang dengan tiada sebarang prosedur yang dibuat melalui enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara.

Maksudnya, ia sengaja dihilangkan?
Apa yang pasti, ia sudah tiada dalam Borang 5CK itu. Yang pelik lagi, tanah ini pula telah bertukar hak milik daripada Ladang Mara (M) Berhad, telah ditukar kepada satu syarikat lain. Ini juga satu kecurigaan, bagaimana tanah itu boleh ditukar semudah itu.

SURAT DARI PEJABAT KERAJAAN
Apakah ada kemungkinan pejabat tanah tahu hal ini?
Kalau kita lihat, selepas itu, pada 5 Januari 2011, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung mengeluarkan surat kelulusan bertajuk ‘Permohonan Pecah Sempadan Tanah Bagi Hakmilik PN174772 Lot 17527 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung’. Surat itu untuk pecah sempadan, maksudnya pecahkan lot ini daripada satu lot besar bersaiz 1,604 ekar dipecah menjadi 317 lot bersaiz lima ekar setiap lot. Lebih mencurigakan lagi, kelulusan ini hanya diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG). Ini lagi satu benda yang bertentangan dengan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Kenapa?
Hal ini kerana, mengikut akta tersebut di bawah Seksyen 214A, jelas menunjukkan bahawa sebarang pindah milik, dipindah hak atau dilupuskan, harus melalui dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Tanah Estet Negara.

Apa fungsi lembaga ini?
Untuk makluman, tanah estet merupakan tanah yang melebihi 100 ekar, maka itu dipanggil tanah estet. Maknanya, tanah yang melebihi 100 ekar, perlu dibawa kepada Lembaga Tanah Estet Negara untuk kelulusan pindah milik, dipindah hak atau dilupuskan.
Ini saya nak beritahu, saya rasa sejak saya menjadi Exco saya tidak pernah dengar wujudnya Lembaga Tanah Estet Negara dalam kerajaan. Dimaklumkan mengikut Seksyen 214A, Lembaga Tanah Estet itu mestilah terdiri daripada Setiausaha Negeri sebagai Pengerusi, Pengarah Pejabat Tanah Galian sebagai Setiausaha dan perlu ada empat lagi anggota yang dilantik Pihak Berkuasa Negeri yang mesti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Berbalik kepada isu surat PTG, apa lagi dalam surat itu?
Jadi di sini kita lihat satu perkara yang bertentangan dengan Akta Kanun Tanah Negara, kerana dalam surat ini, dimaklumkan kelulusan hanya melalui Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sahaja, dan bukan melalui Lembaga Tanah Estet Negara seperti di peruntukan dalam Seksyen 214A, Akta Kanun Tanah Negara.
Ini satu perkara yang mencurigakan, malah hal menjadi lebih ketara apabila surat ini ditandatangani oleh bagi pihak (wakil) Pentadbir Tanah Manjung. Ini bermaksud, ia bukan ditandatangani oleh Pentadbir Tanah itu sendiri, sebaliknya hanya wakil. Kemudian kita dapati banyak lagi perkara tak konsisten dalam surat itu, seolah-olah ia disiapkan secara tergesa-gesa.

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
Apa berlaku selepas surat itu?
Susulan kelulusan itu, syarikat ini telah mula menjual kepada individu, lot-lot yang berjumlah 317 lot tadi. Tetapi, lagi satu kemusykilan di sini, apabila syarikat itu didapati merupakan syarikat bukan Melayu, yang mana merujuk Borang 14A Pindah Milik Tanah, Bahagian atau Pajakan, Pengarah syarikat itu seorang berbangsa Cina.

Itu bukan nama orang Melayu?
Ya benar, bukan nama Melayu. Sepatutnya tanah ini, daripada Ladang Mara (M) Berhad yang dipindah kepada syarikat berkenaan, haruslah pengarah syarikat itu juga orang Melayu. Tapi di sini kita lihat semasa memohon untuk menjual tanah tersebut, tuan punya tanah atau pengarah syarikat yang memiliki tanah itu, ditandatangani oleh orang Cina.

Tindakan pihak Datuk selepas itu?
Pasukan forensik tanah kami kemudian buat carian melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang terakhir dibuat bertarikh 10 Julai 2020, syarikat ini, ahli lembaga pengarah mereka semua terdiri dari kalangan bukan Melayu, begitu juga dari segi pemilikan saham syarikat itu, yang dimiliki oleh semua orang bukan Melayu.
Kemusykilan kita bagaimana tanah rizab Melayu telah ditukar kepada syarikat ini yang semasa proses penjualan 317 lot itu, ditandatangani oleh pengarah syarikat yang bukan Melayu. Lebih malang lagi, ia dijual pula kepada 317 pembeli, yang mana semuanya bukan pun orang Melayu.

Apa bukti semua 317 bukan dimiliki orang Melayu?
Kami telah membuat carian di Pejabat Tanah dan Galian, iaitu carian bertarikh 23 September 2020, dan memang daripada apa yang kami dapat daripada carian itu, semua 317 lot ini, hari ini telah pun dimiliki oleh orang bukan Melayu. Malah, ada lagi perkara yang lebih ganjil.

Apakah perkara itu?
Yang lebih ganjil, bagaimana ketika kami membuat carian persendirian ini, keluarlah pula balik memorial ‘Pengisytiharaan Rizab Melayu’, seperti mana tercatat dalam Borang 5CK bernombor 174772 yang dikeluarkan pada 3 Februari, 2005 lalu.
Dalam carian itu, pihak tertentu meletakkan status ‘Pengisytiharaan Rizab Melayu’ tanpa meletakkan pemberitahuan warta dan sebagainya bernombor 488.

DALANG SINDIKET
Siapa yang terlibat?
Saya tidak boleh terus menuduh siapa terlibat sindiket ini, tetapi kita sudah laporkan kepada polis pada 24 September 2020. Yang mana kita minta polis menyiasat perkara ini sebab walaupun kita nampak ada unsur-unsur penyelewengan tetapi apa yang kita nak, kita mahu polis menyiasat dengan teliti, siapakah yang terlibat dalam penyelewengan ini.
Kita sudah nampak ada penyelewengan. Tapi untuk mengetahui siapakah yang melakukan penyelewengan itu, itu adalah tugas polis untuk melaksanakannya.

MENTERI BESAR, EXCO
Sejauh mana kerajaan negeri dan Menteri Besar ambil tahu kegiatan sindiket ini?
Itulah masalahnya sekarang. Saya rasa bukan hanya berlaku di negeri, malah berlaku di Pusat. Mungkin pertimbangan mereka berlebih ke arah isu politik, dan isu yang macam ini mereka tak ambil hal sangat.
Ketika isu ini dan laporan dibuat pada September 2020, Menteri Besar masih Datuk Seri Faizal Azumu dan hari ini Menteri Besar pun dah bertukar, tapi feedback daripada laporan saya masih tiada tindakan atau maklum balas atau makluman dari pejabat Menteri Besar.

Adakah barisan Exco terutama yang memegang portfolio tanah maklum perkara ini?
Untuk kes 1,604 ekar ini, bila dalam urusan pecah tanah atau pun kita panggil sub-divide, ia tidak melibatkan Pihak Berkuasa Negeri atau Exco.
Ia hanya di peringkat pejabat tanah sahaja, tetapi ada kes-kes juga yang melibatkan Exco. Yang itu kita akan buat pada pendedahan lain. Untuk kes ini, kes pecah sempadan ia hanya dilaksanakan di pejabat tanah sahaja.

PASAL PEJABAT TANAH
Bagaimana dengan pihak Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah?
Saya ada membuat satu kunjungan khas kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, kepada Pengarah. Kami maklumkan penyelewengan ini. Malangnya saya melihat perkara ini tidak diambil serius dan beliau hanya mengatakan bahawa ini merupakan satu kesilapan. Dia kata pada saya, Datuk sebagai manusia kita, born to make mistake.

Maksudnya itu kesilapan pihak PTG tidak disengajakan?
Itu yang saya katakan. Kita berasa kecewa sebab sepatutnya bila perkara ini kita dedahkan atau kita maklumkan pada dia, dia sepatutnya ambil serius bagaimana 1,600 ekar tanah boleh terlepas ke tangan bukan Melayu kerana kesilapan dari PTG. Tapi dia mengambil ringan. Itu yang menyebabkan kami tidak berpuas hati sehinggakan pasukan forensik saya membuat keputusan perkara ini kita mahu bawa ke mahkamah.

CAMPUR TANGAN POLITIK?
Sejauh mana kemungkinan wujud campur tangan politik dalam penyelewengan ini?
Saya tak berani nak mengatakan sama ada wujud atau tak wujud, mungkin ada, mungkin tiada.
Mungkin ada tekanan dari orang politik kepada pegawai kerajaan, itu sesuatu yang bersifat subjektif. Itu sebab kita minta benda ini disiasat serius. Sebab bila kita buat laporan polis, ini perlukan siasatan rapi melibatkan polis dan sebagainya jadi kita minta perkara ini didedahkan, atau sekurang-kurangnya ditangani lah.

ISU SANGAT SERIUS
Adakah isu seleweng tanah rizab Melayu ini berlaku di tempat lain? Berapa luas tanah rizab melayu sudah ‘disapu’ sindiket?
Sebab itu saya berterima kasih kepada Mingguan Malaysia untuk membuat pendedahan ini, kerana kita mahu wujudkan kesedaran kepada orang awam. Bukan sahaja kepada rakyat, tetapi kepada pucuk pimpinan parti politik jika benar mereka sayang kepada agama, bangsa dan negara juga kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan untuk melihat perkara ini.
Sebab saya yakin seperti yang saya katakan tadi dalam kes di Perak, baru satu kes yang kita tengok daripada 42,000 ekar, 20,000 ekar tanah sekarang ini yang kita sudah kesan telah berpindah milik tetapi masih berstatus tanah rizab Melayu, tetapi pemiliknya bukan orang Melayu. Perkara ini juga tidak mustahil berlaku di negeri lain. Kita nak perkara ini didedahkan kepada masyarakat.

Di mana kelemahan sampai rizab tanah Melayu boleh diseleweng?
Kita pun agak kecewa sebab setahu kita mungkin hampir 90 peratus kakitangan awam dalam pejabat tanah ialah orang Melayu. Sepatutnya perkara ini sensitif, dan kalau sekiranya benarlah ada penyelewengan yang dilakukan oleh bangsa kita, ini amat menyedihkan kerana satu amanah yang kita letak pada bangsa kita sendiri tak boleh dijaga. – Mingguan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/bumi-dipijak-milik-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Ke Mana Mana Surah Al Quran Kata Baju Kurung Ini Milik Wanita

Ada Ke Mana Mana Surah Al Quran Kata Baju Kurung Ini Milik Wanita

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 259 hits
Rabu lepas usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mengaku tidak bersa Iah di Mhkamah Tinggi Syariah Shah Alam 6 Januari lalu atas tudvhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu
Rezeki Kita Juga Milik Orang Lain

Rezeki Kita Juga Milik Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 409 hits
Kita biasa mendengar orang berkata dalam rezeki kita ada rezeki orang Maksudnya kita perlu berkongsi harta yang diperoleh dengan orang lain Ada kategori harta yang kita kongsikan dengan orang lain Pertamanya harta yang kita wajib kongsikan ...
563 Knalpot Bising Milik Anak Muda Pekanbaru Dipotong Potong Polisi

563 Knalpot Bising Milik Anak Muda Pekanbaru Dipotong Potong Polisi

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 205 hits
Nandang mengatakan ratusan knalpot yang dimusnahkan ini merupakan hasil sitaan petugas yang dikumpulkan dari hasil penindakan yang dipimpin Kasat Lantas Kompol Emil Eka Putra
Menu Ala Hotel Di Chep S Chicken Chop Dengan Harga Mampu Milik Janjikan Kepuasan Buat Pelanggan

Menu Ala Hotel Di Chep S Chicken Chop Dengan Harga Mampu Milik Janjikan Kepuasan Buat Pelanggan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 376 hits
Buat penggemar menu chicken chop pasti tahu menilai mana satu yang benar benar sedap dan memenuhi citarasa Kunjungan ke Kafe Chep s Chicken Chop pasti tidak menghampakan Kafe ini diberi nama chep yang memberi maksud chef atau tukang masak K...
Intel Memperkenalkan Kad Grafik Dg 1 Untuk Komputer Desktop Bajet Dan Mampu Milik

Intel Memperkenalkan Kad Grafik Dg 1 Untuk Komputer Desktop Bajet Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 161 hits
Pada penghujung tahun lepas selain daripada memperkenalkan cip pemprosesan generasi ke 11 Tiger Lake mereka Intel turut memperkenalkan sebuah kad grafik yang dibangunkan khas untuk komputer riba juga yang dinamakan Intel Iris Xe Max Kompute...
Aplikasi Bisabayar Startup Lokal Milik Putra Rasau Jaya

Aplikasi Bisabayar Startup Lokal Milik Putra Rasau Jaya

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 195 hits
Begitu tahu aplikasi tersebut Blogger Borneo langsung membuka Google Play dan mencarinya dengan menggunakan kata kunci BISABAYAR Sekejap mata langsung muncul tampilan aplikasinya di layar tanpa basa basi langsung klik Proses pendaftarannya ...
Ulasan Acer Nitro Xv240y P Berbaloikah Untuk Monitor Permainan Yang Mampu Milik

Ulasan Acer Nitro Xv240y P Berbaloikah Untuk Monitor Permainan Yang Mampu Milik

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 193 hits
Kisah ini bermula pada tahun lepas bulan September di mana kami rasa nak ada satu PC khas untuk main permainan Jadi untuk elak rasa sakit keluarkan seketul wang untuk ada PC ni kami beli sikit sikit Jujur kami kata kami tak arif sangat pasa...
Hiburan Tiada Lesen Dan Kad Kesihatan Kedai Minuman Bubblebee Milik Shuib Di Cawangan Kuantan Ditutup

Hiburan Tiada Lesen Dan Kad Kesihatan Kedai Minuman Bubblebee Milik Shuib Di Cawangan Kuantan Ditutup

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 437 hits
Semakin melebarkan sayap pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu kini semakin maju mengusahakan kedai minuman beraskan madu di seluruh Malaysia Sumber Namun beigtu dilaporkan bahawa cawangan terbaharu kedai minuman yang diberi nama BubbleBee mili...
Polisi Gadungan Rampas Handphone Milik Warga Di Bali

Polisi Gadungan Rampas Handphone Milik Warga Di Bali

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 170 hits
Karena takut akhirnya korban berhenti lalu pelaku mengancam dengan nada keras akan membawa korban dan temannya ke Polda Bali
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga