Bumbung Sekolah Rosak Guru Derita Terdedah Hama Kelawar


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad mengadakan tinjauan keadaan Sekolah Agama Tanjung Kupang di sini, semalam. - Foto IZZ LAILY HUSSEIN

ISKANDAR PUTERI: Kerosakan bumbung di tingkat tiga Sekolah Agama Tanjung Kupang, Gelang Patah di sini, sejak sekian lama menimbulkan ketidakselesaan dan boleh menyebabkan guru dan pelajar terdedah masalah kesihatan berpunca akibat hama kelawar dan najisnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad mendakwa, awal tahun ini, guru yang mengajar di kelas berkenaan dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami gatal-gatal satu badan sehingga menyebabkan sesak nafas.

Dakwanya, guru berkenaan disahkan positif 'antistreptolysin o titre' yang disebabkan oleh hama haiwan berkenaan dan sehingga kini dilaporkan masih perlu ke hospital bagi rawatan susulan.

"Kita difahamkan ada 50 hingga 60 ekor kelawar yang hinggap di tingkat tiga bangunan sekolah ini yang masuk apabila ada lompang-lompang dari atas bumbung yang pecah.

"Ini bahayakan kesihatan guru dan pelajar sehingga ada seorang guru di sini mengalami sakit akibat hama kelawar dan setiap bulan perlu buat pemeriksaan susulan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke sekolah berkenaan di sini, semalam.

Terdahulu, Pandak berkata, pihaknya mendapat aduan daripada Guru Besar dan Badan Kebajikan sekolah berkenaan yang memaklumkan mengenai kerosakan bumbung yang menyebabkan berlakunya pembiakan kelawar.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyalurkan peruntukan segera RM10,000 bagi membantu usaha membaiki bumbung dalam masa terdekat.

"Harapan saya supaya proses membaik pulih bumbung ini dapat disegerakan dan saya sudah keluarkan peruntukan daripada Pejabat ADUN untuk bantu.

"Namun, selebihnya saya harap Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dapat membuat baik pulih segera bukan sahaja pada bumbung tetapi kemudahan lain seperti pintu-pintu, tandas dan siling serta keperluan sekolah yang lain," katanya.

Sementara itu, menurut Pandak, pihak sekolah turut memaklumkan terdapat isu monyet liar yang berkeliaran di kawasan sekolah sehingga mengganggu pelajar dan guru.

"Kita takut pelajar dan guru diserang oleh monyet ini, jadi saya harap pihak berkaitan seperti PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) boleh datang dan cuba fikirkan cara bagaimana untuk menangkap atau menghalang haiwan ini menghampiri kawasan sekolah," katanya.

Pada masa sama, Pandak turut menyuarakan bahawa secara keseluruhannya, 23 sekolah agama di sekitar kawasan Kota Iskandar boleh dikategorikan sebagai daif dari segi infrastruktur dan bangunannya.

Oleh itu, beliau memohon pihak MAINJ untuk turun padang melihat kekurangan di sekolah agama sekitar kawasan itu kerana dilihat tidak selamat bagi kegunaan pelajar dan guru.

"Saya pernah bawa isu ini dalam Dewan Undangan Negeri juga, saya minta MAINJ turun padang lihat bagaimana nak jadikan sekolah agama ini sebagai pusat pembelajaran agama yang lebih selesa dan selamat," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/bumbung-sekolah-rosak-guru-derita-alami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Persoal Tindakan Guru Geledah Beg Sekolah Makan Vitamin Dibawa Murid

Netizen Persoal Tindakan Guru Geledah Beg Sekolah Makan Vitamin Dibawa Murid

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 226 hits
Tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai guru di sebuah sekolah swasta menghasilkan konten dirinya sedang memeriksa beg sekolah tanpa murid murid di dalam kelas Video itu dimuat naik akaun amuse gueule di laman Twitter...
Wanita Maut Dihempap Bumbung Sekolah Akibat Ribut

Wanita Maut Dihempap Bumbung Sekolah Akibat Ribut

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 255 hits
Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah berhampiran akibat kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau Segamat PETALING JAYA Seorang wanita maut selepas bumbung sekolah berhampiran diterbangkan angin kencang dan menghempap kediamannya...
Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 218 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Selain kemiskinan antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Mohd Azizee Hasan berkata p...
Terlibat Penculikan Murid Guru Smp Di Tangsel Ditangkap

Terlibat Penculikan Murid Guru Smp Di Tangsel Ditangkap

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 237 hits
Seorang guru Sekolah Menengah Pertama swasta di kawasan Pamulang Tangerang Selatan ditangkap polisi Dia diduga terlibat penculikan muridnya bersama sejumlah pelaku lain
Bengkel Pembinaan Modul Adni Jpns Guru Prestij Daerah Ks

Bengkel Pembinaan Modul Adni Jpns Guru Prestij Daerah Ks

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 251 hits
Salam Alhamdulilah di beri kesempatan menghadiri 2 bengkel yang berbeza pada hari yang sama dan tempat yang berbeza Khamis22 6 2023Dewan Terbilang JPNS Dewan SMK Dato Harun Tanjung Karang Selangor Bersama barisan Jurulatih Kokurikulum ADNI ...
Demo Di Patung Kuda Guru Madrasah Menuntut Keadilan

Demo Di Patung Kuda Guru Madrasah Menuntut Keadilan

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 174 hits
Ratusan guru madrasah turun ke jalan menggelar aksi demonstrasi di kawasan Patung Kuda Jakarta Senin Aksi unjuk rasa yang tergabung dalam Forum Guru Sertifikasi Non Inpassing ini untuk menuntut Presiden Joko Widodo dan Ibu Kemenkeu untuk se...
Permohonan Guru Sambilan Mrsm 2023 Kini Dibuka

Permohonan Guru Sambilan Mrsm 2023 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 285 hits
Permohonan Guru Sambilan MRSM 2023 Kini Dibuka Terkini MRSM telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum membuat pe...
Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Kini Dibuka

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 385 hits
Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Kini Dibuka Terkini JPNIN telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelu...
Guru Pempengaruh Mohon Maaf Akui Video Tularnya Itu Ditaja

Guru Pempengaruh Mohon Maaf Akui Video Tularnya Itu Ditaja

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 234 hits
Guru sekolah dan pencipta kandungan Shi Qi yang dikenali kerana memuat naik kandungan dengan pelajar pelajarnya dalam kesusahan selepas video terbarunya memeriksa beg pelajar tersebar Tangkapan skrin melalui Twitter dan TikTok amuse gueule ...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah