Buku Takkan Mati Tapi


 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah pun tamat pada 2 Jun lalu setelah berlangsung selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Berkali-kali diungkapkan bahawa PBAKL ibarat hari raya bagi mereka yang cintakan buku. Penerbit, pembekal, pengedar dan penjual buku menjadikan acara ini sebagai agenda tahunan untuk mencari rezeki.
Penulis, peminat dan pembaca pula menyusun masa agar dapat bertemu. Kawan-kawan penulis, penyair dan penggiat sastera bertemu dan berbual, membebel tentang itu dan ini.
Tentang pasaran buku, tentang kenaikan harga barang sehinggalah kisah upah ciput untuk persembahan pentas kalaupun tidak ‘dikencing’ oleh penganjur (baca: yang terdiri daripada kawan-kawan juga). Inilah masanya mereka bertemu dan kesempatan bertemu ini akan mencambahkan peluang-peluang lain selepas itu.
Begitu juga dengan saya. Sebagai manusia yang memilih untuk menjadi penulis dan pelukis bebas, PBAKL menemukan saya dengan kawan-kawan karyawan tak kiralah penulis, pelukis dan penggiat seni lainnya.
Berapa banyak ilmu dan maklumat yang saya dapat daripada perkongsian pengalaman mereka melalui sembang-sembang, cukup mengujakan. Sama banyaknya juga dengan cawan-cawan kopi dan puntung rokok yang dihabiskan.
Inilah bahan-bahan yang kami kutip, tapis dan adunkan menjadi tulisan, lukisan, lagu atau filem untuk dikongsi dengan khalayak.
Terasa seronok bertemu dengan penyair muda yang boraknya cukup sarat dengan berbagai istilah menggambarkan panasnya idea, ghairahnya perasaan, segarnya pemikiran dan berkobar-kobarnya semangat mereka. Bertemu juga dengan ‘otai’ yang bualnya sedikit-sedikit, lebih banyak diam dan hanya mendengar.
Secara tak langsung menggambarkan betapa kenyangnya mereka dengan pengalaman. Sesekali sahaja apabila bersuara terasa cukup padu menyerlahkan sebuah kematangan. Ini pengalaman yang tak ternilaikan di pesta buku begini.
Berkenal-kenalan dengan adik-adik yang setiap kali PBAKL buat kerja ‘part time’ jadi pempamer di reruai kawan-kawan sehingga selepas berbual-bual dan dikorek salasilah, ada bau-bau bacang dan ada tali persaudaraan. Maka kita bersyukurlah rupanya ada juga saudara-mara kita terlibat dalam dunia buku sebab ini langka sifatnya. Ha! Ha! Begitulah suasananya.
Benar kata orang, dunia ini milik anak muda. PBAKL dibanjiri dengan anak muda remaja dan belia. Mereka dahagakan bahan bacaan untuk merangsang minda mereka. Mereka mencari-cari sosok pujaan untuk meminjam semangat dan membina pemikiran. Sosok tersebut menjadi idola mereka.
Dari situ berlakulah pembelajaran tidak formal bagi anak-anak remaja ini seterusnya membuat mereka memilih haluan hidup mereka dengan pengaruh-pengaruh yang dikutip daripada bacaan mereka. Betul atau tidak fahaman yang dianuti akan diketahui setelah jalan hidup yang sebenar mereka tempuhi nanti.
Bagi saya, buku-buku yang menganjurkan fahaman tertentu oleh ikon-ikon ini adalah permulaan buat merangsang minda muda mereka yang sedang meliar. Sehinggalah pada suatu ketika mereka atau kita semua menemukan apa yang kena dengan diri kita, mereka ataupun kita kekal di jalan itu. Agaknya begitulah maksud ayat 84 dalam surah Al-Isra’:-
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.
Di dalam sesebuah genre akan wujud beberapa penulis yang diidolakan. Ada genre buku-buku agama, buku-buku nasihat atau buku ‘healing’ kata istilah orang sekarang. Pembaca teruja dengan nukilan ikon-ikon ini.
Trend masa kini memperlihatkan ada buku yang setiap muka suratnya tak penuh, hanya diisi dengan kutipan kata-kata pendek sahaja. Mutiara kata atau falsafah nukilan selebriti buku ini dirasakan sedap dan dianggap keramat oleh pengikut mereka.
Peminat sanggup bersesak-sesak untuk membeli buku yang berisi ‘fatwa pujangga’ mereka, mendapatkan tandatangan dan berswafoto. Di setiap reruai, pada setiap genre tak kira kanak-kanak, remaja termasuklah orang tua akan terus menuju mencari penulis kegemaran mereka.
“Kenapa adik ambil gambar dari jauh saja? Kenapa tak ‘berselfie’ dengan dia?” tanya kawan saya seorang penerbit buku mandiri kepada sekumpulan gadis remaja belasan tahun. Barangkali baharu tingkatan tiga. Mereka bertenggek di reruai kawan saya sehingga rak buku yang diperagakan terlindung. Sambil itu mereka mengambil foto penulis kesukaan mereka. Sebab itulah kawan saya pelik, apakah gadis-gadis ini terlalu pemalu untuk bergambar dengan selebriti buku yang duduk tercatuk di bangkunya sambil melayan peminat lain yang minta bergambar dan sain autograf.
“Oh!” jawab gadis remaja tersebut. “Syarat nak selfie wajib kena beli buku. Kata penulis buku tu, tak adil untuk pembeli bukunya yang keluarkan duit manakala yang tak beli pun dapat selfie .”
Pulak! Sampai begitu! Tapi betullah, ini zaman medsos, kan? Era pempengaruh menjadi idola masyarakat. Foto-foto dan video bukti beli buku akan dinaikkan kemudiannya di Tik-Tok sebagai ‘content’. Sambil menyain autograf di bangku, di mejanya pula dia buat ‘live’ di Tik-Tok untuk menunjukkan kepada peminat lain di medsos betapa sibuknya dia. Itu keadaan hari ini. Pak cik dan mak cik janganlah tak puas hati sebab memang dah trend hari ini begitu. Mana ada masalah!
Sementara itu di sudut lain, anak-anak muda yang ‘rugged’ pun pergi ke reruai yang mereka minati. Mereka mencari buku-buku sajak rebel, buku-buku muzik yang melawan arus dan buku-buku yang mengandungi tulisan pembangkit semangat. Itu cara mereka pula sama seperti remaja yang saya ceritakan di awal tadi, anak-anak muda rebel ini juga ada ikon mereka. Nampak mereka seronok bertemu, bergambar dan mendapatkan autograf.
Di sudut rugged ini tiada protokol atau syarat seperti ‘geng pempengaruh’ sebelah sana. Boleh sahaja bergambar. Tak ada duit beli buku pun tak mengapa. Bukan semua orang ada duit untuk membeli banyak buku pada suatu masa. Esok-esok atau bulan depan, mereka pasti akan beli juga kerana mereka rasa mereka diraikan.
Selain remaja, kanak-kanak juga ramai. Ibu bapa yang masih mahu anak-anak mereka membelek buku di zaman gajet ini wajar dipuji. Membaca buku fizikal masih relevan. Tak kisahlah, komik pun bagus. Maka mereka semua serbu ke reruai penerbit komik dan tenggelam di dalam ‘kolam komik’ yang cukup banyak dan menarik. Untuk ibu bapa ini apa pula mereka nak cari?
Ya. Buku agama juga banyak dari penerbit yang juga cukup banyak. Ibu bapa pun ada idola mereka juga. Penulis-penulis yang memberikan mereka tips menjaga anak, menangani stress, panduan beribadah, petua ketenangan jiwa dan sebagainya menjadi tumpuan.
Pendek kata, PBAKL bukan setakat ada buku tapi sudah jadi sebuah pusat ilmu, terapi dan tempat mengubat jiwa. Tempat insan menjadi intan! Buku agama banyak, buku healing berlambak, buku melawan ada pastilah penjual dan pembelinya menghayati isi buku yang ada di depan mata. Kalaupun tak baca, rasanya tempias berkat ilmu daripada buku-buku tersebut pasti singgah di dada mereka. Ye ke?
Sebab saya pelik juga mengapa ada reruai yang entah kenapa boleh berkaraoke sehingga nyanyian tak sedapnya mengganggu reruai lain. Ada penulis buku kata-kata perangsang yang mengajak manusia menjadi baik tak pernah langsung menyapa jiran reruai sebelah-menyebelah malah sepanjang pesta berlangsung dan tidak menegur langsung peminatnya yang bertenggek menutup kedai jiran.
Seronok agaknya dikerumuni peminat dengan lensa kamera sehingga tak nampak jiran tetangga. Penjual buku-buku ilmiah yang entah kenapa dalam dewan terang-benderang boleh pula memasang lampu limpah yang dihalakan ke arah jiran-jirannya sehingga mata jiran naik silau. Sehingga ke hari ini tidaklah saya ketahui apa motif tindakan mereka itu. Pelik bin ajaib bin hairan! Saya rasa buku Adab Berjiran tidak dijual di reruai mereka.
Buku memang takkan mati. Buku pasti akan sentiasa hidup. Setiap buku akan ada peminatnya apatah lagi buku yang mengajak orang menjadi baik. Yang leceh, bila kita rasa kita pandai sebab banyak baca buku tapi tak reti ‘baca’ situasi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/buku-takkan-mati-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Olahan Dan Cara Cara Aman Makan Daging Kambing Enak Tapi Tetap Langsing

Olahan Dan Cara Cara Aman Makan Daging Kambing Enak Tapi Tetap Langsing

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 218 hits
Bukan sate atau gulai yang mainstream kamu akan menemukan olahan lain dari daging kambing di sini
Hiburan Nafkah Anak Tak Mampu Bayar Tapi Boleh Miliki Dadah Harga Mahal Bekas Isteri Cliff Umar

Hiburan Nafkah Anak Tak Mampu Bayar Tapi Boleh Miliki Dadah Harga Mahal Bekas Isteri Cliff Umar

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 248 hits
Baru baru ini bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Abdullah meluahkan rasa kesal apabila bekas suaminya lebih mementingkan untuk membeli barangan terlaran berbanding bayar nafkah anak anak Culas bayar nafkah Difahamkan dari laporan...
18 Tahun Duduk Dan Dapat Amaran Tapi Tak Juga Tak Pindah

18 Tahun Duduk Dan Dapat Amaran Tapi Tak Juga Tak Pindah

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 158 hits
RMS Nampak tak 18 tahun duduk tanah bukan milik sendiri berkali kali diberi notis agar berpindah tapi degil baliklah jika ada kampung asal jgn merempat di Selangor macam warga asing dan pendatang Rohingya Malah Rohingya yang menetap disini ...
Istana Tapera Bukan Potong Gaji Tapi Tabungan Pensiun Bisa Ditarik

Istana Tapera Bukan Potong Gaji Tapi Tabungan Pensiun Bisa Ditarik

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 148 hits
Moeldoko mengatakan dalam peraturan pemerintah Nomor 21 Tahun 2024 diwajibkan bagi pekerja untuk menjadi peserta Tapera
Peminat Tak Setuju Dengan Barisan Pelakon Omniscient Reader S Viewpoint Tapi Kenapa

Peminat Tak Setuju Dengan Barisan Pelakon Omniscient Reader S Viewpoint Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 367 hits
Pemilihan pelakon Omniscient Reader s Viewpoint telah menjadi bualan netizen Artikel Berkaitan Pada Januari 2024 barisan penuh pelakon filem adaptasi Webtoon Omniscient Reader s Viewpoint telah didedahkan di mana ianya diterajui oleh Lee Mi...
Mungkin Bukanlah Rm30k Tapi Rm10k Ke Rm20k Dedah Pendapatan Sebulan Leona Harap Lhdn Tak Cari

Mungkin Bukanlah Rm30k Tapi Rm10k Ke Rm20k Dedah Pendapatan Sebulan Leona Harap Lhdn Tak Cari

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 84 hits
Melalui sumber Kosmo pempengaruh media sosial yang dikenali ramai iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan pendapatan bulanannya pernah mencecah sebanyak RM30 000 Pendapat bulanan berpuluh ribu Menurut Leona seorang pensohor dan content creator m...
Kejagung Soal Korupsi Emas Antam 109 Ton Bukan Palsu Tapi Emas Ilegal

Kejagung Soal Korupsi Emas Antam 109 Ton Bukan Palsu Tapi Emas Ilegal

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 166 hits
Kita lihat nanti perkembangannya Bukan palsu tapi emas Ilegal yang diberikan label Antam kata Ketut
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa