Buku Lead Like Muhammad
Assalamualaikum
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah buku tulisan Cik Puan Ainon Mohd yang cukup memberi kesan kepada saya.
Judul buku yang saya maksudkan ialah Lead Like Muhammad. Buku ini diterbitkan oleh PTS House Publishing pada 24 Ogos 2021.
Buku ini boleh didapati dalam bentuk bercetak ataupun secara digital (ebook).
Buku Lead Like Muhammad
Nabi Muhammad SAW
Siapa tidak kenal Nabi Muhammad SAW
Kalau ada yang tidak kenal pun mesti pernah dengar nama Nabi Muhammad SAW
Kita semua sedia maklum Nabi Muhammad SAW membawa kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja.
Beliau bukan datang ke dunia untuk memegang satu peranan sahaja, tetapi beliau ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita semua bagaimana menjadi manusia yang memiliki peranan yang berbeza-beza
Nabi Muhammad seorang lelaki. Nabi Muhammad seorang suami. Nabi Muhammad seorang ayah. Nabi Muhammad seorang guru. Nabi Muhammad juga seorang pemimpin
Siapa sahaja manusia di dunia boleh menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh dan tauladan
Dalam bab kepimpinan banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam
Caver Belakang Buku Lead Like Muhammad
Sinopsis Buku Lead Like MuhammadTujuan buku Lead Like Muhammad ditulis adalah untuk menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi
Segala prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:
KATEGORI 1
Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam.Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini.Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.
KATEGORI 2
Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah.Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.
Isi Kandungan Buku Lead Like Muhammad
Terdapat 34 Bab dalam buku Lead Like Muhammad. Anda boleh baca tanpa mengikut turutan bab yang disusun
BAB 1 - NABI BERPURA-PURA TIDAK NAMPAK KESALAHAN DISIPLIN KERJA ANAK BUAH
BAB 2 - NABI TIDAK MENGHUKUM PEMAKSIAT
BAB 3 - RUPA-RUPANYA NABI MENGAMALKAN PRINSIP DOUBLE STANDARD
BAB 4 - CIRI-CIRI PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU YANG NABI TEGUR SECARA TERBUKA
BAB 5 - CARA MENDORONG ANAK BUAH BERANI MEMBERI IDEA & BUAH FIKIRAN
BAB 6 - CARA CO-EXIST BERSAMA STAFF YANG BERMASALAH
BAB 7 BAGI MENDORONG ORANG SUPAYA BUAT YANG BETUL, NABI TIDAK TUNJUKKAN CONTOH PERBUATAN YANG SALAH
BAB 8 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING
BAB 9 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING
BAB 10 CARA YANG BETUL CAMPUR HAL ANAK BUAH
BAB 11 NABI TIDAK MEMUJI SUMBANGAN ANAK BUAH YANG BERSTATUS TINGGI
BAB 12: BEGINILAH CARA NABI MEMUJI PEKERJAAN ORANG KECIL
BAB 13: BEGINILAH CARANYA NABI MENERIMA ADUAN DAN RUNGUTAN DARI ANAK BUAHNYA
BAB 14 BEGINILAH CARA NABI RESPON APABILA ANAK BUAH TIDAK MAHU MELAKSANAKAN SURUHANNYA
BAB 15 BEGINILAH CARANYA NABI MENDORONG ANAK MUDA MENJADI INDIVIDU CEMERLANG
BAB 16 CARA MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK BUAH YANG MASIH SANGAT BODOH
BAB 17 NABI TIDAK MENASIHATI ORANG MUDA YANG BURUK AKHLAKNYA
BAB 18 LIHATLAH BAGAIMANA TINGGINYA TOLERANSI NABI TERHADAP PERBEZAAN PENDAPAT
BAB 19 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI KAUNSELING KEPADA SESEORANG YANG MENGHADAPI BANYAK MASALAH PERIBADI
BAB 20 APABILA NABI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENGELUARKAN ARAHAN BELIAU TIDAK MEMBERI ALASAN
BAB 21 - BEGINILAH CARA NABI MEMISAHKAN TUGAS MENCIPTA IDEA DAN TUGAS MELAKSANAKAN IDEA
BAB 22 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI KAUNSELING KEPADA JANDA TALAK TIGA YANG MENJADI REBUTAN TIGA LELAKI
BAB 24 BAGINILAH CARANYA BAGAIMANA ORANG-ORANG BAIK BOLEH PULA MEREKA ITU MENOLONG KERJA-KERJA SYAITAN
BAB 23 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING
BAB 25 CARA BETUL MENGELUARKAN ARAHAN KERJA KEPADA ORANG BAWAHAN
BAB 26 BEGINILAH CARA BETUL KETUA MELAYAN KOMPLEN DARI ANAK BUAH YANG TIDAK PUAS HATI
Bab 27 APLIKASI TEKNIK NABI DALAM KEPIMPINAN POLITIK
BAB 28 NABI MENUNJUKKAN PERMINTAAN YANG KETUA BOLEH MINTA DARI ANAK BUAHNYA
BAB 29 NABI BERSANGKA BAIK TERHADAP PENDOSA
BAB 30 NABI TIDAK MEMUJI SUMBANGAN ANAK BUAH YANG BERSTATUS TINGGI
BAB 31 BEGINILAH CARA NABI MENDORONG ANAK BUAHNYA MELAKUKAN KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN
BAB 32 NABI TIDAK MENEGUR ORANG YANG MELAKUKAN KESILAPAN
BAB 33 BEGINILAH CARA NABI MENGAJAK ORANG PANDAI MELAKUKAN AMALAN BAIK
BAB 34 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI LABEL POSITIF SEBAGAI GANJARAN
Contoh Isi Kandungan BukuBerikut adalah paparan contoh isi kandungan buku Lead Like Muhammad.
Cuba anda hayati isi kandungan buku ini.
Pengenalan Buku Lead Like Muhammad
Kategori Buku Lead Like Muhammad
Contoh Bab 1Isu semasa Buku Lead Like Muhammad
Ulasan Buku Lead Like Muhammad
Begitulah sedikit sebanyak contoh penulisan Buku Lead Like Muhammad.KesimpulanMembaca buku ini seolah-olah sedang berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Saya rasa dekat
Secara umumnya, buku ini adalah tentang psikologi Nabi Muhammad SAW memimpin dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan sahabat dan orang kafir
Tidak semestinya anda bukan pemimpin anda tidak boleh baca buku ini.
Anda salah kalau anda beranggapan bahawa hanya pemimpin sahaja mesti baca buku ini sebab anda juga perlu memimpin diri anda sendiri
Nabi Muhammad SAW memang layak dijadikan contoh tauladan dalam segenap segi terutama adab dan akhlak
Saya dapat mengenali lebih dekat keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam bab berkomunikasi dan memimpin sahabat-sahabat dan seluruh umat manusia setelah membaca buku ini
Baginda Nabi memang seorang yang bijak dan genius dalam mengendali kelakuan manusia dalam segenap segi.
Panduan yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan merentasi zaman. Ia boleh diaplikasi oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Buku Lead Like Muhammad memang terbaik. Semua orang mesti baca tidak kira pemimpin ataupun tidak.
Bacalah untuk kebaikan diri dan orang sekeliling kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/03/buku-lead-like-muhammad.html