Buktikan Keikhlasan Tanding Di Kubu Umno Pas Pemimpin Pkr Beritahu Muda


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-September 14, 2022 9:33 AM
Pemimpin PKR berkata, Muda boleh menguji kekuatan mereka dengan bertanding di kerusi kubu Umno dan bukannya memilih kerusi selamat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berpandangan Muda perlu bertanding di kubu kuat Umno bagi membuktikan keikhlasan menyertai Pakatan Harapan (PH), bukannya mengambil kesempatan dengan hanya memilih kerusi selamat.

Ketua PKR Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, kekuatan Muda setakat ini belum benar-benar teruji dan hanya menyasarkan kerusi selamat, dengan merujuk DUN Puteri Wangsa ketika PRN Johor yang dimenangi timbalan presidennya, Amira Aisya Abd Aziz.

“Selain Putrajaya, Muda boleh tanding di Rembau, Pekan, Bagan Datuk… ini semua kerusi kubu Umno. Baru nampak, tunjukkan kekuatan anda di sana.

“Kalau Muda nak masuk (Pakatan Harapan) boleh, tapi tanding di 15 kerusi yang tak boleh menang langsung – dan selepas itu PH akan tengok Muda sebagai contoh yang baik,” katanya kepada FMT.

Katanya, untuk menawan Putrajaya, PH memerlukan calon yang mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan di tandingnya, bukan calon ‘bidan terjun’ yang hanya muncul ketika musim pilihan raya.

“Kita tak mahu calon bidan terjun, kita nak calon yang tahu selok belok kawasan itu.

“Kalau Muda tanding, contoh dia nak tanding kerusi Bersatu, padahal kerusi yang Bersatu tanding tu kerusi PH. Memang kerusi selamat, jadi pergilah ambil kerusi yang kita tak menang (ketika PRU14),” katanya.

Sementara itu, Ketua PKR Tanjong Karang Yahya Mat Sahri berkata, Muda perlu mencabar diri dengan bertanding di kerusi Pantai Timur khususnya negeri ditadbir PAS, yang mana pengaruh PH adalah sangat rendah.

“Inilah cabaran yang perlu dibuat oleh Muda. Orang Muda masuk kena berani bersaing di kerusi ini. Muda kena tunjuk kewibawaan dia ada sokongan di kawasan yang dia nak tanding,” katanya yang juga pengarah operasi pilihan raya PH Selangor.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu bagaimanapun berpendapat hasrat Muda untuk menyertai PH akan diterima oleh rakan gabungan, namun memberi amaran agar Muda tidak meletakkan syarat untuk bertanding di kawasan pilihan mereka.

“Muda tak boleh letakkan syarat kemasukan, contoh nak bertanding di kawasan 5 bintang (kawasan bandar boleh menang)… mesti bersedia terima diberi apa saja oleh tuan rumah (PH).

“Tuan rumah sediakan tempat untuk duduk dekat mana kena terimalah,” tegasnya yang mahu Muda menampilkan dasar perjuangan berbeza daripada parti komponen PH lain.

Pada 6 Sept lalu, Syed Saddiq berkata Muda bersetuju menyertai PH dan menyasarkan untuk bertanding 15 kerusi Parlimen pada PRU akan datang termasuk di Parlimen Muar yang kini diwakilinya.

PH kini dianggotai PKR, DAP, Amanah, dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/buktikan-keikhlasan-tanding-di-kubu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Berunding Dalam Gelap Dengan Pas Tok Mat Beritahu Pemimpin Umno

Jangan Berunding Dalam Gelap Dengan Pas Tok Mat Beritahu Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 241 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tidak mengetahui dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkait rundingan antara kedua dua parti PETALING JAYA Umno mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan rundingan dalam gelap susulan kenyataan...
Muda Sertai Ph Lebih Mudah Jika Sedia Bertanding Kerusi Pas Umno

Muda Sertai Ph Lebih Mudah Jika Sedia Bertanding Kerusi Pas Umno

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 136 hits
Pengumuman Parti Ikatan Demokratik Malaysia untuk menyertai Pakatan Harapan menuai pelbagai kontroversi namun mungkin ada formula tertentu sekiranya parti itu tidak ingin dilihat membebankan komponen PH lainnya Menurut Ketua Penerangan KEAD...
Tok Mat Nafi Ada Pemimpin Umno Lain Berunding Dengan Pas

Tok Mat Nafi Ada Pemimpin Umno Lain Berunding Dengan Pas

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 197 hits
agendaily com03 09 2022Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan nafi ada pemimpin UMNO lain berunding dengan PAS seperti didakwa Tan Sri Abdul Hadi Awang Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana...
Pas Takkan Berani Kerjasama Dengan Umno Kata Pemimpin Bersatu

Pas Takkan Berani Kerjasama Dengan Umno Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 202 hits
freemalaysiatoday com September 13 2022 10 45 AMEddin Syazlee Shith berkata PAS tidak pernah memaklumkan mahu bekerjasama dengan Umno sepanjang berada dalam Perikatan Nasional PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu yakin PAS tidak berani be...
Pas Runding Dalam Gelap Muafakat Nasional Dengan Pemimpin Umno Ada Pengaruh

Pas Runding Dalam Gelap Muafakat Nasional Dengan Pemimpin Umno Ada Pengaruh

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 162 hits
ALOR SETAR Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan rundingan Muafakat Nasional ada dibincangkan secara rasmi dan tidak rasmi di peringkat tertentu walaupun tanpa pengetahuan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan T...
Umno Muflis Idea Macam Pkr Pun Ada Macam Pas Pun Ada

Umno Muflis Idea Macam Pkr Pun Ada Macam Pas Pun Ada

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 285 hits
Jangan syukur nikmat Jangan lawan qada dan qadar yang menyamun dipenjarakan Jangan tegak kemungkaran Jangan jemput musibah ke PEKAN
Nak Ulang Keputusan Pru14 Sila Tanding Solo Pas Sindir Umno

Nak Ulang Keputusan Pru14 Sila Tanding Solo Pas Sindir Umno

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 226 hits
Baru baru ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu membuat keputusan bergerak solo kerana tindak tanduk dan sikap PAS PETALING JAYA Umno akan mengulangi keputusan pilihan raya umum ke 14 jika kekal mahu bergerak solo kata Naib...
Musa Hitam Umno Pas Bersatu Gabung Belum Cukup Kuat Lawan Pengaruh Pkr

Musa Hitam Umno Pas Bersatu Gabung Belum Cukup Kuat Lawan Pengaruh Pkr

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 322 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penggabungan parti Melayu antara Umno PAS dan Bersatu masih belum cukup kuat dan meluas pengaruhnya seperti PKR kata bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam Beliau berkata justeru jika Umno PAS dan Bersatu berga...
Umno Beritahu Pas Tinggalkan Bersatu Dulu Kalau Nak Kerjasama

Umno Beritahu Pas Tinggalkan Bersatu Dulu Kalau Nak Kerjasama

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 226 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pemimpin Umno memberitahu PAS supaya meninggalkan Muhyiddin Yassin dan Bersatu jika PAS mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil menegaskan partinya tidak berganjak dar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya