Bukti Bakat Lakonan Hebat 11 Pelakon Korea Ini Berjaya Tembus Pasaran Hollywood


Bukan sahaja di Korea Selatan malahan, beberapa pelakon ini telah berjaya menceburi pasaran Hollywood dalam kerjaya lakonan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN "Jatuh 6 Meter Ke Bawah" - Hampir Lumpuh, Ma Dongseok Kongsi Kisah Duka Jadi Pelakon Aksi Dalam artikel kali ini, KimchiDaily akan kongsikan antara pelakon Korea yang pernah membintangi sebuah siri atau filem di Hollywood, setelah membuktikan bakat lakonan mereka yang mengagumkan.
Jom lihat senarai di bawah:
Ma Dongseok
Pertama sekali adalah Ma Dong-seok, yang memang aktif dalam dunia perfileman Korea Selatan. Pada 2021, pelakon itu telah menjadi bintang Hollywood dengan debutnya menerusi filem Marvel “Eternals”, dengan watak sebagai Gilgamesh.
Lee Byunghun
Seterusnya Lee Byung-hun, yang telah bekerja sebagai pelakon di pasaran Korea dan Amerika sejak 2009 lagi. Untuk pengetahuan, pelakon “Squid Game” itu telah muncul dalam filem “G.I. Joe: The Rise of Cobra”, dengan watak sebagai penjahat kuat ‘Storm Shadow’. Kemudian pada 2013, Lee Byung-hun turut tampil dalam sekuel filem tersebut “G.I. Joe: Retaliation”.
Bae Doona
Selepas membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon di Korea Selatan, Bae Doona telah memasuki dunia Hollywood menerusi filem seperti “Cloud Atlas” dan “Jupiter Ascending”.
Han Hyojoo
Popular dalam dunia K-Drama, Han Hyo-joo juga adalah salah seorang pelakon yang telah melakukan debut mereka di Hollywood. Pada 2019, wanita itu telah membintangi siri televisyen Amerika berjudul “Treadstone” dan berjaya meraih pujian ramai dengan adegan aksinya yang menakjubkan.
Park Seojoon
Korang tahu tak, Park Seo-joon telah mula menjinak dalam dunia hiburan pada 2011, menerusi muzik video Bang Young-guk “I Remember”. Selepas terajui pelbagai drama popular, pelakon lelaki itu akan menceburi pasaran Hollywood dalam salah satu projek Marvel Studios “The Marvels”, bakal ditayangkan di pawagam pada 10 November ini. Jangan lupa tonton!
Lee Junki
Berkat lakonannya yang hebat, Lee Jun-ki telah debut pada 2016 di Hollywood menerusi filem aksi seram “Resident Evil: The Final Chapter”. Khususnya, pelakon lelaki itu telah membuat penampilan istimewa dalam filem itu, sebagai antagonis yang berkawan dengan pelakon utama Milla Jovovich.
Kang Dongwon
Seterusnya dalam senarai adalah Kang Dong-won yang akan membuat penampilan sulungnya di Hollywood melalui filem “Tsunami” di Los Angeles. Setakat tahun lepas, pelakon itu dilihat berada di Singapura, bagi mengikuti pelajaran seni mempertahankan diri sebagai persediaan untuk projek berkenaan.
Youn Yuhjung
Selain itu, pelakon veteran Korea iaitu Youn Yuh-jung turut berjaya mendapat perhatian global dengan wataknya dalam filem Amerika “Minari”, yang ditayangkan pada 2020. Dengan lakonannya sebagai Soonja yang meninggalkan impak hebat, wanita itu telah menjadi selebriti Korea pertama yang memenangi Oscar di Anugerah Akademi ke-93. Memang membanggakan!
Rain
Bukan sahaja dalam bidang nyanyian malahan, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain turut terkenal dalam dunia lakonan. Pada 2008, Rain berjaya menempa nama di Hollywood menerusi filem komedi aksi “Speed Racer” dan juga memenangi Anugerah Filem MTV 2010. Seterusnya pada 2014, dia terus muncul dalam filem aksi Amerika “The Prince”, menyertai Bruce Wills dan Jason Patric.
Jun Jihyun
Sudah lebih 20 tahun pengalaman sebagai pelakon, Jun Ji-hyun juga merupakan antara pelakon Korea Selatan yang disegani ramai. Selain sudah membintangi banyak K-Drama popular, wanita itu juga telah membuat debutnya di Hollywood dalam filem aksi seram “Blood: The Last Vampire” pada 2009, sekaligus mewujudkan nama Inggerisnya, Gianna Jun.
Jeon Jongseo
Baru sahaja debut tiga tahun lalu, Jeon Jong-seo telah mencipta nama di Hollywood menerusi penampilannya dalam filem “Burning” dan “Mona Lisa and the Blood Moon”.
Memang hebat kan mereka semua ni?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/bukti-bakat-lakonan-hebat-11-pelakon-korea-ini-berjaya-tembus-pasaran-hollywood/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bernilai Cecah Rm65 Juta G Dragon Dilapor Beli Pangsapuri Paling Mahal Di Korea Selatan

Bernilai Cecah Rm65 Juta G Dragon Dilapor Beli Pangsapuri Paling Mahal Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 97 hits
Sudah lama aktif dalam dunia hiburan G Dragon sememangnya dikenali sebagai salah seorang selebriti Korea Selatan dengan pendapatan lumayan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru menurut laporan media Korea pada 13 Jun G Dragon dilapor telah membeli sebu...
Filem Aksi Noir Korea The Childe Akan Tiba Di Pawagam Pada 29 Jun Ini

Filem Aksi Noir Korea The Childe Akan Tiba Di Pawagam Pada 29 Jun Ini

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 162 hits
Filem aksi noir The Childe arahan Park Hoon jung akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 29 Jun ini The Childe menceritakan kisah seorang lelaki dari keluarga campuran Korea dan Filipina yang bercita cita menjadi peninju Dia mengembara ke ...
Nikmati Ayam Goreng Korea Ranggup Dan Juicy Di 8 Kedai Ini Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Nikmati Ayam Goreng Korea Ranggup Dan Juicy Di 8 Kedai Ini Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 113 hits
Adakah korang penggemar ayam goreng Korea Untuk kali ini KimchiDaily nak kongsikan antara 8 restoran ayam goreng Korea yang ada di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang suka makan ayam goreng bersama dengan nasi korang jangan risau sebab ham...
Jokowi Ingin Ri Tiru Korea Selatan Jadi Negara Maju Dalam 8 Tahun

Jokowi Ingin Ri Tiru Korea Selatan Jadi Negara Maju Dalam 8 Tahun

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 122 hits
Presiden Joko Widodo menginginkan Indonesia segera keluar dari jebakan negara berpendapatan menengah atau middle income trap Seperti yang dilakukan Korea Selatan bisa keluar dari posisi tersebut hanya dalam waktu 8 tahun
Cara Mudah Bikin Susu Pisang Ala Korea Yang Lagi Nge Hits Banget Rasanya Nggak Jauh Beda Lah

Cara Mudah Bikin Susu Pisang Ala Korea Yang Lagi Nge Hits Banget Rasanya Nggak Jauh Beda Lah

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 124 hits
Nggak usah jauh jauh ke Korea atau belanja online bikin sendiri aja dulu susu pisang yang ala kamu
Tak Perlu Ke Korea Nikmati Menu Ayam K Cheese Terbaru Di Kfc Confirm Meleleh

Tak Perlu Ke Korea Nikmati Menu Ayam K Cheese Terbaru Di Kfc Confirm Meleleh

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 123 hits
Suka layan drama Korea Korang confirm terliur bila ada scene mukbang kan Lebih lebih lagi bila part hero atau heroin layan ayam goreng Teringin nak buat mukbang juga var currentUrlTwo window location hostname window location pathname
Oppa Gila Sek Bukan Bak K Drama Wanita Melayu Kongsi Pengalaman Bercinta Dengan Lelaki Korea

Oppa Gila Sek Bukan Bak K Drama Wanita Melayu Kongsi Pengalaman Bercinta Dengan Lelaki Korea

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 121 hits
K Drama sebenarnya tak seindah disangka benarlah drama itu hanyalah fiksyen dan tak boleh dipercayai Baru baru ini seorang wanita Korea telah mendedahkan bagaimana toksiknya lelaki di negara itu Tular di Twitter seorang wanita Malaysia tela...
Resipi Ingin Rasai Masakan Auntentik Korea Jom Masak Sundubu Jjigae Di Rumah

Resipi Ingin Rasai Masakan Auntentik Korea Jom Masak Sundubu Jjigae Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 275 hits
Umum mengetahui bahawa negara Korea sangat kaya dengan makanan tradisional dan moden yang menarik Malah makanan Korea sangat terkenal di seluruh dunia terutama di negara kita ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan resepi sundu...
4 Pembuat Kereta Korea Selatan Panggil Semula 54 412 Kenderaan

4 Pembuat Kereta Korea Selatan Panggil Semula 54 412 Kenderaan

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 152 hits
EMPAT pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula 54 412 kenderaan kerana masalah pembuatan menurut Kementerian Tanah Infrastruktur dan Pengangkutan pada Rabu lapor Xinhua Kia Motors akan memangg...
Check Alat Tulis Anak

10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Drama Terjerat Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

How Brain Drain Can Be Beneficial To Malaysia And Why It Should Be Encouraged

For Winning Games Slot Gacor123 Apply Strategies

Plan Nak Pergi Holiday

Jangan Bersangka Sudah Beriman



6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies


Bunga Orkid Rosak

Subsidi Bersasar Bendung Ketirisan Diesel Bersubsidi

Muhyiddin Pernah Cadang Laksana Subsidi Bersasar

Bank Staff Colluded With Syndicate To Steal Client S Money Pula

Langsat Fruit

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah