Bukitbendera Operasi Kereta Api Dalam Keadaan Baik Selamat


Pengunjung yang mahu melawat Bukit Bendera tidak perlu bimbang untuk menaiki kereta api funikular kerana ia dalam keadaan baik dan selamat, menurut Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Pengurus Besar PHC, Datuk Cheok Lay Leng berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta api itu mengikut jadual secara harian, mingguan dan bulanan malah mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

"Kereta api funikular itu melibatkan pelbagai komponen jadi penyelenggaraan dan pemeriksaan perlu dilakukan secara teliti, sebab itu kita perlu buat mengikut jadual supaya semuanya dalam keadaan baik demi keselamatan semua terutama pengunjung Bukit Bendera yang menggunakannya.

"Penyelenggaraan menyeluruh pula dijalankan dua kali setahun dan ketika itu operasi kereta api funikular akan ditutup sepenuhnya selama dua hingga tiga minggu supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan teliti serta baik," katanya ketika dihubungi, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Cheok berkata dua insiden kegagalan operasi keretapi funikular itu dalam tempoh dua minggu pada bulan ini sehingga menyebabkan pengunjung terkandas adalah disebabkan masalah yang berbeza.

"Sebenarnya dua kejadian itu melibatkan masalah yang berbeza iaitu dalam kejadian 4 Disember lepas adalah disebabkan 'kesilapan manusia' atau kesalahan petugas kerana tersalah menekan butang yang terdapat dalam tempat operasi.

Disebabkan itu, secara automatik butang amaran memberi isyarat sehingga menyebabkan sistem operasi kereta api funikular berkenaan terhenti. Pemeriksaan yang pasukan PHC jalankan mendapati tidak berlaku sebarang kerosakan," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, kegagalan operasi melibatkan masalah brek hidraulik keretapi funikular itu disebabkan kerosakan 'kedap' yang terdapat di dalamnya dan pasukan jurutera bersama juruteknik mengambil masa lebih 10 jam untuk mengenal pasti punca sebelum membaikinya.

"Kami sedang menjalankan siasatan terperinci mengapa 'kedap' tersebut boleh rosak kerana sepatutnya ia boleh digunakan selama empat tahun dan baru sahaja ditukar dua tahun lepas.

"Kedap itu dikeluarkan oleh sebuah syarikat di luar negara dan sepanjang 10 tahun kereta api funikular tersebut beroperasi ini adalah kejadian pertama ia rosak sebab itu kami perlu jalankan siasatan terperinci," katanya.

Ditanya sama ada dua insiden itu memberi kesan kepada kehadiran pengunjung ke pusat pelancongan itu, Cheok berkata walaupun menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, namun jumlah pengunjung yang datang ke Bukit Bendera memberangsangkan.

Menurutnya sejak kereta api funikular itu kembali beroperasi bermula pukul 4.45 petang semalam, pihaknya menerima pengunjung yang ramai malah hari ini juga jumlahnya sama seperti hari-hari biasa sepanjang musim cuti sekolah.

"PHC menerima semua maklum balas daripada pengunjung dan mana yang kami boleh baiki ia akan diperbaiki demi keselesaan serta keselamatan orang ramai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesabaran mereka terutama kepada pengunjung selepas dua insiden itu," katanya.

Pada 4 Disember lepas, lebih 500 orang terkandas apabila perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera tergendala lebih dua jam sejak 10 pagi.

Manakala dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, lebih 900 pengunjung terkandas apabila perkhidmatan kereta api funikular di pusat pelancongan itu tergendala sejak 8 malam akibat masalah kerosakan sistem.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu.

Al-Sultan Abdullah berharap masalah brek hidraulik kereta api funikular itu dapat diselenggara dan langkah-langkah diambil dengan segera agar kejadian tersebut tidak berulang.

-- Erma Idayu Mohd Yusop/BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/bukitbendera-operasi-kereta-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ktmb Sedia Bas Jika Laluan Kereta Api Dilanda Banjir

Ktmb Sedia Bas Jika Laluan Kereta Api Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 503 hits
Astro Awani KTMP turut bersiap siaga dengan membuka bilik gerakan banjir di kawasan Pantai Timur bagi memantau keadaan semasa banjir BATU GAJAH Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyediakan kemudahan bas kepada penumpangnya jika terdapat pe...
Mobil Terobos Perlintasan Kereta Api Di Bekasi 7 Penumpang Tewas

Mobil Terobos Perlintasan Kereta Api Di Bekasi 7 Penumpang Tewas

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 194 hits
Mobil Daihatsu Sigra B 1778 FZI tertabrak kereta api di perlintasan sebidang Desa Wanasari Kecamatan Cibitung Kabupaten Bekasi Sabtu malam Tujuh penumpang mobil tewas
Viral Video Polsuska Usir Anak Punk Keluar Dari Kereta Api

Viral Video Polsuska Usir Anak Punk Keluar Dari Kereta Api

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 352 hits
Video sejumlah anak punk disuruh keluar gerbong oleh Polisi Khusus Kereta Api viral di media sosial Sejumlah anak punk naik kereta api jurusan Merak Rangkasbitung kemudian terjadi perselisihan dan Polsuska itu menodongkan diduga senjata api
Emma Maembong Doa Jumpa Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik

Emma Maembong Doa Jumpa Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 318 hits
Terpalit dengan pelbagai kontroversi panas sepanjang tahun 2019 Emma Maembong menyifatkan setiap apa yang berlaku itu adalah proses yang mematangkan dirinya Emma The post appeared first on
Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 437 hits
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan Nama apa agaknya yang menjadi pilihan Adakah ia nama moden klasik ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan perkataan indah dalam bahasa tertentu Pemberian nama ...
Anak Buat Sepah Tu Bukan Apa Dia Tengah Berimaginasi Eksplorasi Baik Untuk Perkembangan Otak Mereka

Anak Buat Sepah Tu Bukan Apa Dia Tengah Berimaginasi Eksplorasi Baik Untuk Perkembangan Otak Mereka

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 323 hits
Kanak kanak yang sedang membesar memang suka bermain Dari usia setahun sehingga umur pra sekolah anak anak suka meneroka alam persekitaran mereka Kadang kalau tengok mereka sepahkan permainanan tu bukan apa ada yang tengah berimaginasi dan ...
Hakam Sambut Baik Keputusan Pejabat Peguam Negara

Hakam Sambut Baik Keputusan Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 240 hits
Hakam sambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Dec 2019 10 56PM
Otai Reformis Macam Ngo Nyamuk Lebih Baik Diam Zuraida

Otai Reformis Macam Ngo Nyamuk Lebih Baik Diam Zuraida

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 293 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menganggap segelintir pertubuhan bukan kerajaaan yang mengeluarkan kenyataan berhubung krisis dalaman partinya tidak lebih sekadar pengacau Malah Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan...
Barack Obama Tak Terbantahkan Pemimpin Perempuan Lebih Baik Dari Pria

Barack Obama Tak Terbantahkan Pemimpin Perempuan Lebih Baik Dari Pria

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 270 hits
Mantan Presiden Amerika Serikat Barack Obama mengatakan jika perempuan memimpin setiap negara di dunia akan ada peningkatan secara umum dalam standar hidup dan keberhasilan Berbicara di Singapura dia mengatakan perempuan tak sempurna tapi t...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu