Bukit Melati Nilai
Muka ceria la awal-awal kan.. Hahahaha
Assalamualaikum w.b.t
Semenjak dua menjak ni, memang minat aku lebih kepada mendaki bukit-bukit di sekitar yang berdekatan dengan aku. Salah satu sebabnya ialah untuk mengeluarkan peluh lah. Banyak lagi cara lain untuk keluar peluh, contohnya seperti jogging atau pun work out dalam gym. Tapi aku prefer mendaki bukit ni sebab boleh tengok keindahan alam sekali, dan semestinya tak bosan. Mendaki bukit ni kadang-kadang mencabar jugak, tengok kecerunan bukit tu la, tapi nak tak nak ko kena naik dan turun balik, takde sapa nak tolong kau melainkan diri kau sendiri. Hehe
Bukit Melati ni terletak di Nilai. Tahap cabaran dia ialah kira kategori senang la. So sapa yang baru berjinak-jinak nak naik bukit boleh la start dengan bukit-bukit mudah macam Bukit Melati ni. Kat dalam bukit ni plak ade Centipide Hill, Rope Hill, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill. Haaa.. bunyi macam banyak bukit dan memenatkan kan? Jangan risau, bukit ni pendek-pendek je .. boleh tapau semua hill. Ehehehe
Salah satu pemandangan dari atas bukit.. dalam hutan ada hutan konkrit. Hehe
Nanti akan ada lalu kawasan kelapa sawit dan lalu sungai ni. Sungai ke ape ek? Air macam tak gerak
Rope Hill. Dah nama pun bukit kan, takdelah landai, ade juga kena panjat -panjat sket
Ini Monkey Hill kot. Sorrylah dah terlupa sebab lama sangat peram tak menaip. Hehe. Ni paling mencabar kot kat Bukit Melati ni. Anyway, sebelum mendaki jangan lupa makan secukupnya supaya perut tak kosong dan memberi tenaga sepanjang ko naik bukit
Dah turun.. Anyway sekejap je naik Bukit Melati ni, aku pun tak ingat berapa jam, rasanya dalam 2 jam dah boleh sampai bawah. Kat Bukit Melati ni meriah! Ramai orang jual makanan dan minuman kat bawah. Baju bundle pun ade! Bolehla shopping-shopping kan. Kami mengamalkan penjimatan dan gaya hidup sihat, maka minum milo dan makan buah-buahan di selepas turun. Eheheheheh
Bila dah sampai time lunch, bolehlah makan kat Restoran Tepi Kubur Nilai, masakan Negeri Sembilan. Sedap boleh tahan
Okay tu je nak ceritaa
Selamat Berpuasa :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://razfira.blogspot.com/2019/05/bukit-melati-nilai.html