Bukan Waktu Kerja Pun Boleh Claim Ini Antara 10 Situasi Nak Fahamkan Tentang Skim Lindung 24 7


Bukan Waktu Kerja Pun Boleh “Claim”, Ini Antara 10 Situasi Nak Fahamkan Tentang Skim LINDUNG 24/7
Secara umumnya, setiap pekerja dilindungi oleh PERKESO sepanjang tempoh bekerja, iaitu kira-kira lapan jam sehari. Namun, persoalannya adalah, bagaimana pula dengan baki 16 jam selepas itu?
Dalam tempoh inilah ramai pekerja sebenarnya tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Bayangkan, selepas seharian penat bekerja, seorang pekerja dalam perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga untuk bercuti. Namun, siapa sangka di pertengahan jalan, mereka terlibat dalam kemalangan.
Malangnya, dalam situasi seperti ini, tiada bantuan atau tuntutan boleh dibuat kerana insiden tersebut berlaku di luar waktu kerja.
Berteraskan perkara itulah yang mencorak kepada skim LINDUNG 24/7 yang ingin memastikan setiap pekerja dilindungi setiap hari, setiap masa. Ia bukan sekadar perlindungan di tempat kerja, malah jaminan keselamatan yang menyeluruh dalam setiap langkah kehidupan anda.
Apa itu LINDUNG 24/7?
Melalui LINDUNG 24/7, setiap pekerja akan benar-benar dilindungi tanpa had masa. Perlindungan menyeluruh ini berkuat kuasa 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa mengira di mana anda berada.
Tiada lagi persoalan seperti “Adakah kemalangan ini berlaku dalam waktu kerja?” kerana keselamatan anda kini menjadi keutamaan sepanjang masa.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat besar kepada lebih 9.6 juta pekerja di seluruh negara, meliputi pelbagai situasi termasuk kemalangan di rumah, di tempat kerja, ketika bercuti atau dalam perjalanan.
Antara faedah yang ditawarkan menerusi LINDUNG 24/7
Sebelum ini, SK ada berkongsi sebuah artikel menarik yang menyentuh perkara ini dengan lebih terperinci
Antara faedah yang ditawarkan menerusi LINDUNG 24/7 termasuk Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Elaun Layanan Sentiasa (ELS), Faedah Pengurusan Mayat (FPM) serta Faedah Pemulihan dan Faedah Pendidikan.
Dunia kerja berubah, tapi risiko masih sama
Zaman sekarang, kerja tidak lagi terhad dalam lingkungan pejabat empat segi. Ramai yang memilih gaya kerja lebih fleksibel.
Ada yang bekerja dari rumah, di kafe kegemaran, malah ketika dalam perjalanan antara satu destinasi ke destinasi lain.
Namun, walau dimanapun kita bekerja, tekanan dan risiko pekerjaan tetap ada. Ia tidak berhenti di pintu pejabat atau kilang. Dalam masa yang sama, kos insurans peribadi pula semakin meningkat sedangkan masih ramai pekerja di negara ini belum mempunyai perlindungan insurans kemalangan peribadi.
Sejak tahun 2018 hingga 31 Ogos 2025, hampir 30,000 tuntutan kemalangan pekerja kepada PERKESO terpaksa ditolak kerana dikategorikan sebagai bukan bencana kerja. Lebih mengejutkan, 87 peratus daripada kes tersebut diputuskan sebagai bukan bencana kerja.
Situasi yang membolehkan tuntutan di bawah inisiatif LINDUNG 24/7
Melalui inisiatif ini, pekerja yang mengalami kemalangan atau insiden tertentu boleh mengemukakan tuntutan, asalkan situasi tersebut memenuhi syarat dan tafsiran di bawah perlindungan LINDUNG 24/7.
Berikut antara lima situasi untuk memahami bagaimana Skim LINDUNG 24/7 berfungsi kepada semua pekerja.
1. Tergelincir di bilik air
Seorang lelaki tergelincir di bilik air dan terjatuh sehingga menyebabkan jari tangan kanannya patah. Namun begitu, hasil semakan mendapati kemalangan berlaku di rumah dan dikategorikan sebagai insiden berlaku di luar waktu kerja.
2. Kemalangan ketika menyelesaikan urusan peribadi
Seorang pekerja dilapor pulang awal pada jam 4.00 petang untuk menyelesaikan urusan peribadi di rumah. Namun sekitar jam 6.30 petang, beliau terbabit dalam kemalangan motosikal bersama rakan serumah selepas gagal mengelak kenderaan lain.
Walaupun kejadian berlaku pada hari bekerja, semakan mendapati kemalangan berlaku di luar waktu dan urusan rasmi, maka kes ini diputuskan sebagai Bukan Bencana Kerja.
3. Terjatuh ke dalam longkang ketika waktu cuti
Seorang individu dilapor terjatuh ke dalam longkang ketika sedang menambah nilai kad bas Rapid. Akibat kejadian itu, beliau mengalami patah pada jari telunjuk tangan kiri dan menerima rawatan di salah sebuah hospital tempatan.
Semakan kemudian mendapati individu berkenaan sedang bercuti pada hari kejadian bagi menemani ibunya menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. Disebabkan insiden berlaku ketika cuti, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Bukan Bencana Kerja.
4. Kemalangan selepas kerja lebih masa
Seorang pekerja yang bekerja lebih masa hingga jam 10 malam dilapor terlibat dalam kemalangan sekitar jam 10.35 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah di kedai makan.
Namun, semakan laporan polis mendapati lokasi kemalangan berada jauh dari laluan asal. Maka, kes ini diputuskan sebagai Bukan Bencana Kerja kerana kemalangan berlaku dalam lencongan yang tidak munasabah di bawah Seksyen 24(1) AKSP 1969.
5. Kemalangan ketika menjemput isteri dari tempat kerja
Dalam satu kes lain, seorang lelaki mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput isterinya dari pejabat.
Tujuan perjalanan disahkan sebagai urusan peribadi, dan oleh itu, kes ini juga dikategorikan sebagai Bukan Bencana Kerja.
PERKESO bina sistem perlindungan yang lebih kukuh
Oleh itu, LINDUNG 24/7 hadir sebagai satu inisiatif baharu yang direka khusus untuk melindungi para pekerja dalam apa jua situasi. Ia menetapkan standard baharu dalam keterjaminan keselamatan sosial, menjadi pelengkap kepada perlindungan sedia ada di bawah PERKESO.
Di samping itu, ia merupakan skim insurans yang inklusif, mampu milik dan tersusun, seiring dengan keperluan dunia kerja masa kini.
LINDUNG 24/7 bukan sekadar perlindungan, malah ia adalah langkah besar ke arah membina Malaysia yang lebih selamat, inklusif dan berdaya tahan.
The post Bukan Waktu Kerja Pun Boleh “Claim”, Ini Antara 10 Situasi Nak Fahamkan Tentang Skim LINDUNG 24/7 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/04/bukan-waktu-kerja-pun-boleh-claim-ini-antara-10-situasi-nak-fahamkan-tentang-skim-lindung-24-7/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sedih Sangat Nak Tulis Pun Tak Boleh Linda Rafar Umum Keluar Elite

Hiburan Sedih Sangat Nak Tulis Pun Tak Boleh Linda Rafar Umum Keluar Elite

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 166 hits
Penyanyi mengejutkan ramai apabila secara tiba tiba mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Elite tanpa menjelaskan punca sebenar keputusan tersebut Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar 47 berkata keputusan itu dibuat deng...
Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia Nak Jumpa Kpn Pm Anwar

Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia Nak Jumpa Kpn Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 159 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 6 Nov Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kejaya...
Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 203 hits
Bila pergi pasar ramai yang pegang dada ayam untuk rasa lembut ke tidak ada yang hidu bau nak pastikan segar ke dah berumur Tapi sebenarnya rahsia ayam segar terletak pada satu bahagian yang ramai tak sangka buntut atau tongkengnya Ya bahag...
Berapa Harga Pmx Nak Let Go Light Stick G Dargon

Berapa Harga Pmx Nak Let Go Light Stick G Dargon

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 160 hits
Komen netizen memang mencuit hati tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi hadiah yang diterimanya selaku ketua kerajaan yang menyaksikan persembahan G Dragon sempena APEC 2025 di Gyeongju Korea SelatanKUALA LUMPUR 5 Nov P...
Pasukan Bola Kalah Pun Nak Mengamuk Apa Punya Dungu

Pasukan Bola Kalah Pun Nak Mengamuk Apa Punya Dungu

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 190 hits
VIDEO Ultras Selangor mengamuk Red Giants terkandasSyakirah ZulkiflyTangkap layar video tularKELANA JAYA Keadaan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kecoh selepas tamat perlawanan keempat kumpulan G Liga Juara Juara Asia 2 di antara S...
Buat Apa Nak Meratapi Lelaki Pond N Status Adik Isteri Nubhan Jadi Tumpuan

Buat Apa Nak Meratapi Lelaki Pond N Status Adik Isteri Nubhan Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 163 hits
Afifah Hidayah Nasihatkan Ibu Bapa Agar Tulis dan Berdoa Yang Baik Baik Dalam Kapsyen Terbaru Di Threads Selepas konflik rumah tangga yang tercetus setiap hantaran dan perkongsian penyanyi Nubhan serta isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawf...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bi Tasawwur On The Go Anak Anak Tremendous

Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup