Bukan Masa Tunding Jari Peningkatan Kes Covid19


 

Perkara dibimbangi rakyat terhadap impak daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhirnya tercetus apabila kes baharu positif Covid-19 melonjak kepada angka 432, kes tertinggi pernah dicatat sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.
Ibarat ‘bah’ melanda, kes positif baharu yang dikesan, hari demi hari bagaikan tiada henti terus merekodkan peningkatan selepas PRN berakhir pada 26 September, daripada hanya 58 kes positif Covid-19 di seluruh negara semasa hari proses penamaan calon pada 12 September lalu, kepada 432 kes.
Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga semalam sebanyak 235 kes positif wabak itu dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September dengan 29 kes terbaharu.
Buat pertama kali juga, kes positif semalam turut melibatkan menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Desas-desus perkara itu mula tular di media sosial sejak pagi tadi apabila dua sidang media yang sepatutnya diadakan hari ini oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dibatalkan sehingga menimbulkan pertanyaan.
Ia diikuti kenyataan akhbar oleh Dr Noor Hisham yang memaklumkan seorang individu yang menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober, positif Covid-19, sebelum persoalan itu terjawab apabila Dr Zulkifli sendiri memuat naik kenyataan menerusi media sosial mengesahkan dirinya kini sedang menerima rawatan berikutan wabak itu.
Berikutan itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa semua kontak rapat termasuk menteri Kabinet semasa mesyuarat berkenaan diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari 3 Oktober selain turut dipakaikan gelang pengawasan.
Muhyiddin juga memaklumkan beliau sendiri menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu mengikut nasihat KKM.
Ismail Sabri dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya malam ini pula memaklumkan langkah membatalkan sidang media itu dilakukan untuk mengelak risiko jangkitan kepada media yang membuat liputan setelah beliau mengetahui keadaan Dr Zulkifli sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, semalam.
Selain Dr Zulkifli, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei dan ADUN Kota Damansara Shatiri Mansor, masing-masing menerusi media sosial dan kenyataan akhbar hari ini turut mengesahkan dijangkiti Covid-19 setelah kembali dari Sabah pada 27 September.
Pada masa sama, Media Prima Berhad juga memaklumkan seorang kakitangan editorialnya yang membuat liputan PRN Sabah, positif Covid-19 setelah kembali dari Sabah pada 30 September dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.
Bagaimanapun melihat kepada ujian getir dihadapi negara ketika ini, ia bukan masa sesuai untuk menuding jari kepada mana-mana pihak kerana ada juga kluster-kluster baharu yang dikesan melibatkan kealpaan rakyat.
Mereka didapati terus berdegil untuk mengamalkan kebiasaan baharu dalam menghadapi peningkatan kes akibat pandemik itu walaupun nasihat demi nasihat dinyatakan setiap hari.
Kelmarin, menurut Ismail Sabri seramai 979 individu ditahan kerana enggan mematuhi SOP dengan kesalahan gagal mematuhi penjarakan fizikal paling banyak direkodkan selain tidak memakai pelitup muka.
Sehubungan itu, seperti kata Dr Noor Hisham, terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan, jadikan ia kebiasaan baharu dalam kehidupan harian dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan.
Kasihanilah petugas kesihatan, jangan biarkan air mata dan peluh mereka selama ini hanya sia-sia, bersama-samalah kita memainkan peranan melandaikan lekuk jangkitan pandemik Covid-19.  —  Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/bukan-masa-tunding-jari-peningkatan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Kes Covid19 Ada Kaitan Dengan Prnsabah Khairy Selar Mohamaddin Ketapi

Peningkatan Kes Covid19 Ada Kaitan Dengan Prnsabah Khairy Selar Mohamaddin Ketapi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 218 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menyelar tindakan pemimpin Parti Warisan Sabah Datuk Mohamaddin Ketapi yang didakwa terus melempar tuduhan tidak berasas ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Jelasnya Mohamadd...
Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 426 hits
Kes Covid 19 meningkat MB Perak gesa rakyat berhenti tunding jari terhadap ahli politikDi kala ramai yang masih menyalahkan ahli politik yang didakwa menjadi penyumbang utama peningkatan kes posifit Covid 19 di negara Menteri Besar Perak Da...
Pm Muhyiddin Akui Kempen Prn Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid 19

Pm Muhyiddin Akui Kempen Prn Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 414 hits
25 total views 25 views today KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi antara punca peningkatan kes COVID 19 di negara ini sejak beberapa minggu lepas Bagaimanapun beliau menjel...
Sprm Atur Masa Bawa Suspek Kes Pembelian Hartanah Mara Inc Ke Mahkamah

Sprm Atur Masa Bawa Suspek Kes Pembelian Hartanah Mara Inc Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 329 hits
300 total views 170 views today VKUALA LUMPUR Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya kini sedang mengatur masa untuk bertindak dan membawa beberapa pihak disyaki terlibat dalam kontrov...
Rayuan Kes Src Najib Dapat Lanjutan Masa 30 Hari Fail Petisyen Rayuan

Rayuan Kes Src Najib Dapat Lanjutan Masa 30 Hari Fail Petisyen Rayuan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 237 hits
609 total views 609 views today PUTRAJAYA Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh lanjutan masa 30 hari untuk memfailkan petisyen rayuannya dalam kes SRC International Sdn Bhd Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk...
Peningkatan Kes Covid 19 Ahli Politik

Peningkatan Kes Covid 19 Ahli Politik

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 280 hits
Yang melompat parti sehingga menyebabkan kerajaan Negeri jatuh ialah AHLI POLITIK Yang mengadakan pilihanraya sewaktu musim Covid 19 pun AHLI POLITIK Yang pergi berkempen dalam keadaan risiko penyebaran Covid 19 pun AHLI POLITIK Yang tidak ...
Berbaloikah Penggunaan Rotan Dalam Menangani Kes Covid19 Di Negara Kita

Berbaloikah Penggunaan Rotan Dalam Menangani Kes Covid19 Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 319 hits
Berburu ke padang sasar Dapat rusa berbelang kaki Jika masih berkurang ajar Elok di rotan berbirat di kaki A LATAR BELAKANG Ahli masyarakat sekarang ini pernah bersekolah di zaman 1960an hingga ke zaman 1980an di mana PENGGUNAKAN ROTAN diam...
Covid19 Kes Baru 115 Semakin Membimbangkan

Covid19 Kes Baru 115 Semakin Membimbangkan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 332 hits
PUTRA JAYA 28 SEPT Malaysia mencatatkan 115 kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 034 kes dengan jumlah kes mencecah 1 011 Kes baru terdiri daripada 112 penularan tempatan dan tiga ke...
Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 389 hits
freemalaysiatoday com October 1 2020 7 44 PMMalaysia mencatatkan 260 kes baru Covid 19 hari ini dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk du...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights