Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam
Maksud dan perbezaan mahram dan muhrim

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/14fVFrogV7/
Dari sudut bahasa mahram membawa makna larangan. Ibn Manzur dalam kitabnya menyebut bahawa mahram itu adalah individu-individu yang tidak boleh dinikahi. Inilah maksud mahram yang dikemukakan oleh para fuqaha.
Dari sudut istilah para fuqaha’, mahram bermaksud: “Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.”
Hukum bersalam bukan mahram
Pandangan Mazhab Syafie agak tegas berbanding mazhab lain. Mereka berpendapat sentuhan yang berlaku antara lelaki dan wanita (bukan mahram) akan menyebabkan wuduk terbatal. Hukum itu bersifat umum untuk semua keadaan dan lapisan masyarakat sama ada tua atau muda, hidup atau mati, sengaja atau kebetulan, bernafsu atau sebalik.
Sumber:- https://www.bharian.com.my/
Senarai BUKAN MAHRAM YANG TIDAK BOLEH BERSALAM
(Klik gambar untuk lebih jelas)


Sumber: https://x.com/ustazwadiannuar
Manakala yang boleh disalam
Ringkasan Senarai Mahram Muabbad
Berdasarkan kenyataan di atas, kami ringkaskan di sini senarai mahram bagi lelaki dan perempuan
Bagi lelaki, mahramnya adalah seperti berikut
Ibu dan ke atas. Termasuklah nenek sama ada sebelah ayah atau ibuAnak perempuan dan ke bawah. Termasuklah cucu perempuanSaudara perempuan iaitu kakak atau adik perempuanIbu saudara sebelah ayah dan ibuAnak perempuan kepada anak saudara lelaki dan perempuan.Ibu tiriMenantu perempuanBapa mertuaAnak tiri perempuanMahram disebabkan susuan termasuklah ibu susuan, adik beradik susuan dan lain-lain.
Bagi perempuan pula, mahramnya adalah seperti berikut :
Ayah dan ke atas termasuklah datuk sama ada sebelah ayah atau ibuAnak lelaki dan ke bawah termasuklah cucu cicit lelaki dan seterusnya.Saudara lelaki iaitu abang atau adik lelakiBapa saudara sebelah ayah dan ibuAna lelaki kepada adik-beradik lelaki atau perempuan iaitu anak saudaraBapa tiriMenantu lelakiIbu mertuaAnak tiri lelakiMahram disebabkan susuan termasuklah suami kepada ibu susuan, adik beradik lelaki se-susuan dan lain-lain.Mahram-mahram ini disebut sebagai mahram muabbad iaitu haram untuk dinikahi selama-lamanya. Selain daripada senarai ini maka mereka dianggap sebagai ajnabi iaitu orang asing yang bukan mahram yang halal untuk dinikahi. Ada juga yang disebut sebagai mahram muaqqat.
Implikasi daripada mahram muabbad ialah:
Tidak boleh dinikahiBoleh bersalaman dengannyaBoleh bersendirian dengannya
Sumber:https://zulkiflialbakri.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2025/04/bukan-mahram-yang-tak-boleh-bersalam.html