Bukan Kerajaan China Derma Malaysia Yang Beli


Wartawan MalaysiaGazette Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR – Kerajaan China tidak mendermakan 10 juta penutup mulut dan hidung kepada Malaysia sebaliknya alat perlindungan itu dibeli oleh kerajaan dari kilang di negara tersebut.

Lantaran itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedih dengan segelintir pemimpin politik yang tidak tidak bertanggungjawab memutarbelitkan fakta kononnya penutup mulut dan hidung itu diderma dan kemudian kerajaan akan mengambil kesempatan menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga.

Untuk rekod, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melarang pengeksportan penutup mulut dan hidung beberapa hari selepas menyandang jawatan Menteri dan diwartakan keputusan tersebut.

Katanya, kilang tempatan tidak mempunyai kapasiti untuk menghasilkannya, inilah sebab Malaysia perlu mengimport dan negara yang mempunyai bekalan ialah China.

”Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama para Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 20 Mac 2020 lalu, saya telah mengesyorkan supaya duti import sebanyak 20% dan cukai jualan sebanyak 10% untuk topeng muka dimansuhkan.

”Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya terus bersetuju dan meminta Kementerian Pengangkutan untuk mengendalikan pengimportan topeng muka dari negara China melalui penerbangan kargo.

”Semalam 21 Mac 2020, Menteri Kewangan telah membuat keputusan pantas dengan mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membuat pengumuman mengenai pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng muka berkuatkuasa mulai esok, 23 Mac 2020.

”Ini adalah keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak bagi meredakan keadaan dan menjamin pembekalan topeng muka pada harga yang berpatutan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jadi, mulai hari ini, sesiapa sahaja yang mengimport penutup muka dan mulut Malaysia tidak lagi tertakluk kepada duti import dan cukai jualan, bermakna komponen cukai tidak lagi wujud bagi penjualan alat perlindungan itu di seluruh negara.

Jelas Ka Siong, realiti yang dihadapi ketika ini ialah permintaan global untuk penutup hidung dan mulut  meningkat secara mendadak khususnya dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium.

Ini menyebabkan negara pengeluar topeng muka terbesar dunia, China menerima tempahan luar biasa dari seluruh dunia.

Dengan penghapusan duti import dan cukai jualan ini,  beliau berharap dapat mengurangkan bebanan kewangan semua pihak terutamanya rakyat jelata.

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan akan mencuba sedaya upaya menggunakan khidmat penerbangan kargo untuk mempercepatkan perolehan penutup hidung dan mulut ke Malaysia dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

“Beberapa orang dermawan dan badan kebajikan ada menghubungi saya dan menzahirkan perasaan lega mereka terhadap keputusan memansuhkan duti import dan cukai jualan.

“Malah, mereka telah menempah penutup mulut dan hidung dari China untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah semangat dan sifat penyayang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/bukan-kerajaan-china-derma-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk Covid 19 Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk Covid 19 Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 378 hits
Siapa sangka Perintah Kawalan Pergerakan yang pada awalnya hanya berlangsung selama dua minggu kini telah dipanjangkan lagi sehingga 14 April kerana penularan COVID 19 yang kian meneruk Selepas pengumuman ini keluhan rakyat dapat didengari ...
Kerajaan Bertukar India Tetap Enggan Beli Sawit Malaysia

Kerajaan Bertukar India Tetap Enggan Beli Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 176 hits
Penyokong Umno dan Pas yang mengusahakan kebun sawit mungkin menarik nafas lega apabila kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih teraju negara Mereka membayangkan harga sawit akan meningkat susulan India akan menarik semula sekatan ke ata...
Action Without Delay China Hantar Bantuan Ubat Ubatan Untuk Malaysia

Action Without Delay China Hantar Bantuan Ubat Ubatan Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 301 hits
Bagi menangani wabak Covid 19 ini pihak kedutaan dari China bertindak menghantar bekalan ubat dari China ke Malaysia untuk sama sama mencegah wabak Covid 19 ini Menerusi laman Facebook rasmi Kedutaan China di Malaysia yang berkongsi beberap...
Kabinet Malaysia 2020 Kerajaan Perikatan Nasional

Kabinet Malaysia 2020 Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 2790 hits
1 Tamat sudah teka teki siapa yang menerajui Kerajaan Malaysia selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan diambil alih oleh Perikatan Nasional Jumlah menteri dan timbalan menteri kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin Y...
Angka Kematian Covid19 Di Itali Mengatasi China Janganlah Kita Menjadi Seperti Rakyat Italy Engkar Arahan Kerajaan

Angka Kematian Covid19 Di Itali Mengatasi China Janganlah Kita Menjadi Seperti Rakyat Italy Engkar Arahan Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 334 hits
Negara negara terkaya di dunia mencurahkan bantuan yang belum pernah disaksikan sebelum ini bagi membantu ekonomi global yang terus merudum manakala kes koronavirus terus melonjak di Eropah dengan Itali kini mencatakan jumlah kematian yang ...
Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 523 hits
Kerajaan Belanda baru baru ini telah mengumumkan perintah lockdown kepada seluruh negara selepas wabak COVID 19 menyerang lebih kurang 1 000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut Walaubagaimanapun kelainan yang ditunj...
Kerajaan Umno Sudah Lama Melindungi Amalan Gay Di Malaysia

Kerajaan Umno Sudah Lama Melindungi Amalan Gay Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 218 hits
KERAJAAN UMNO DAH LAMA SOKONG AMALAN HOMOSEKS DI MALAYSIA Kalau kita ingat selama mana kita hidup golongan pondan diberikan banyak kebebasan dan pengiktirafan utk beroperasi di Malaysia Pelacuran Pondan tidak pernah dihentikan oleh UMNO dan...
7 Sifat Angkuh Cina Malaysia Di Bongkar Warga China

7 Sifat Angkuh Cina Malaysia Di Bongkar Warga China

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 1013 hits
Pandangan ini adalah dari Ye Lin Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia Hong Kong dan Australia Thailand Singapura Britain dan Amerika Syarikat Beliau mempunyai banyak pengalaman melibatkan orang Cina di ne...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord