Bukan Hari Ni Cakap Hari Ni Dapat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
BUKAN HARI NI CAKAP HARI NI DAPAT |Spontan itu serta merta yang kita lakukan tanpa perancangan tapi telah Allah SWT tetap dan dorongkan.Bagi PC tiada yang mudah dalam menjalani kehidupan ini kerana dunia bukan tempat untuk bersenang lenang yang hakiki.Ke PC je yang rasa macam ni.Hihihi.Parah ni kalau PC je yang rasa macam ni..ada keganjilan nampaknya..tak gitu.
Biarpun ditangan ada sebatang pensil dan sehelai kertas lukisan yang putih bersih..sekiranya tidak ada idea atau semangat dan izin DIA..ianya akan menjadi suatu yang sia-sia terbiar kosong tidak bercorak dan berwarna.Begitulah ibaratnya langkah demi langkah yang manusia atur untuk meneruskan kehidupan hari demi hari.Kalau tidak belajar ABC,123,alif ba ta..mana mungkin kita boleh menyebutnya..semuanya itu apa pun memerlukan proses..bukan hari ini cakap hari ini dapat.
Sedari kita lahir hinggalah ke detik ini tidak ada yang mudah untuk kita perolehi atau kita kecapi.Setiap satunya memerlukan proses.Bezanya sama ada mengambil tempoh yang panjang atau hanya dalam tempoh yang singkat dapat dikecapi itu sahaja.Mahu lakukan perubahan dan memang mahu benar-benar berubah..tidak semudah yang disangka.Hidayah itu perlu dicari,diminta dan sentiasa digilap supaya semakin hari semakin terang bukan hujungnya menghantar semula kita ke lebah yang malap dan gelap..kalau pun hidayah itu mudah didapati..pasti memerlukan usaha untuk mempertahankannya.
Kalau melihat kejayaan orang,kalau melihat bahagianya orang..percayalah bukan hari ini cakap aku nak berjaya...nak bahagia..hari ini dapat..tidak..setiap apa yang mahu direalisasikan itu diiringi dengan ujian yang terkadang bukan kepalang.Boleh jadi telah beratus kali dia jatuh kemudian bangkit..tidak mustahil sudah puas menyapu air mata kemudian barulah tersenyum.Realisasikan impian ada masa seperti bina istana pasir..indah tapi tidak bertahan lama dipukul omabak..ada ketika seperti menyusun batu bata..berat namun kukuh bertahan..pilihlah.Cuba dan jangan berputus asa.
Rajin-rajin melihat ke bawah supaya kita sentiasa mensyukuri setiap apa yang dimiliki.Rajin-rajin mendongak ke atas bukan untuk menjadi sombong tapi supaya sedar kita ini kerdil sahaja tanpa DIA kita bukan siapa-siapa.Kecil besar setiap orang ada masalah.Mengatasi apa sahaja bentuk permasalahan yang timbul perlukan waktu..bukan hari ni cakap hari ni dapat selesaikan masalah tersebut..kalau dapat dengan mudah rezeki sangat-sangat-sangatlah tu..jangan lupa bersyukur.
Jangka panjang jangka pendek..jalan panjang jalan singkat..tidak kisahlah..persamaannya adalah bukan hari ni cakap hari ni dapat kecuali pergi kedai pesan makanan..itu pun tetap perlu sabar menunggu mengikut giliran..hari ini doa boleh jadi hari ini Allah kabulkan..boleh jadi seminggu,sebulan atau bertahun baru Allah tunaikan..maka terusskan usaha dan tawakkal selayaknya kita hamba-NYA.
Sekian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2021/01/bukan-hari-ni-cakap-hari-ni-dapat.html