Bukan Dah Bersara Ke Pemilihan T O P Sertai Squid Game 2 Dipertikai Lee Jungjae Turut Terpalit
Tanpa diduga, nama T.O.P tiba-tiba menjadi topik perbualan hangat pada hari ini selepas dia diumumkan bakal menyertai musim kedua “Squid Game”.
ARTIKEL BERKAITAN
Ada Lee Jinwook, Park Gyuyoung & T.O.P, Netflix Umum Barisan Peserta Baru 'Squid Game 2'
Meskipun merupakan berita gembira buat peminatnya yang sekian lama menunggu T.O.P melakukan comeback, namun ramai yang mempersoalkan pemilihan tersebut. Persoalan yang timbul ialah bagaimana seorang pesalah yang terlibat dengan dadah dahulu diambil berlakon sedangkan Netflix telah menangguhkan tayangan dua naskhah iaitu “The Match” dan “Goodbye Earth” kerana Yoo Ah-in yang dituduh mengambil dadah baru-baru ini.
Untuk pengetahuan, T.O.P menyertai khidmat ketenteraan pada 2017 namun didedahkan pernah mengambil dadah di kediamannya pada 2016. Semasa perbicaraan yang dijalankan ketika dia masih berkhidmat, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dengan 2 tahun tempoh percubaan.
Bukan itu sahaja, bekas ahli BIGBANG itu turut mendedahkan sebelum ini bahawa dia tiada niat untuk kembali ke dunia seni selain mahu bersara. Tapi kata-kata seperti omongan kosong apabila dia berkongsi sedang menyiapkan album solo tak lama dahulu.
Dalam pada itu, nama Lee Jung-jae juga disebut-sebut media sebagai orang kuat yang menarik T.O.P kembali ke dunia seni. Ini kerana mereka dikatakan memiliki hubungan yang baik sejak dahulu hinggakan pelakon lelaki tersebut pernah berjanji temu dengan kekasihnya, Im Se-ryung di rumah T.O.P.
Walau bagaimanapun, agensi Lee Jung-jae dengan pantas menafikan gosip berkenaan,
Pemilihan pelakon ialah tanggungjawab pengarah dan syarikat produksi. Malah Lee Jung-jae lebih mengetahui mengenai kerja keras para pelakon untuk muncul dalam ‘Squid Game 2’ dan barisan pelakon ditentukan menerusi uji bakat.
Hmmm..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/bukan-dah-bersara-ke-pemilihan-t-o-p-sertai-squid-game-2-dipertikai-lee-jungjae-turut-terpalit/