Bukan Daging Biasa Biasa Steak Di Kota Bharu Kbb Burger Steak


Bukan Daging Biasa-biasa | Steak di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak | Assalamualaikum semua. Selamat datang ke Negeri Kelantan. Dah lama sis tak jejakkan kaki ke Negeri Cik Siti Wan Kembang yang kaya dengan budaya dan juga pelbagai menu yang istimewa. Bukan setakat menu tempatan je malah ada juga pilihan menu western yang terbaik tau. Nak tau kat mana? Ha, meh sis kongsikan satu restoran yang wajib korang singgah kalau datang ke Kelantan.

Restoran yang sis maksudkan adalah KBB Burger & Steak yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu, Kelantan. Serius sis cakap, kalau korang datang makan kat sini memang korang akan menikmati pengalaman bersantap yang luar biasa.  Mana taknya, KBB Burger & Steak ni merupakan restoran yang berpengalaman dalam hidangan masakan barat malah menghidangkan pilihan daging yang terbaik seperti Wagyu Jepun, Wagyu Australia dan Angus. Fuhh, bukan senang tau nak menikmati daging premium macam ni tapi di KBB Burger & Steak semua orang dapat menikmatinya mengikut citarasa masing-masing dan yang pastinya berbaloi.

Bila buka je pilihan menu, sis dah rambang mata dah. Mana taknya ada pelbagai jenis menu burger dan steak yang boleh dipilih. Semuanya nampak sedap dan sis teruja untuk merasai keenakan steak mereka. Jadi sis memilih menu Dry-Aged Steak. Ha, korang pernah dengar tak Dry-Aged Steak? Kalau korang nak tau KBB Burger & Steak merupakan restoran pertama yang menyediakan Dry-Aged Steak di Pantai Timur. Ha, tu sebab la sis teruja nak cuba kerana bukan senang tau nak membuatnya. 
 Dry aged ialah proses menggantung daging ke dalam peti khas selama 30 hari ke atas. Proses ini membantu enzyme dalam daging bagi melembutkan daging tersebut dan juga menyerap keluar kandungan air di dalam daging. Melalui proses ini sekaligus dapat melembutkan daging dan membuatkan rasa daging itu lebih kuat. Baru la puas menikmatinya kan.

Tadaa.. inilah rupa Dry-Aged Steak yang sis order. Nah tengok rupa dia pun dah menggiurkan. Honestly ini la first time sis nak mencuba Dry-Aged Steak ni.
 Ternyata dagingnya mudah dipotong, sangat lembut bila dikunyah dan rasa daging tu sendiri begitu kuat. Setiap kunyahan kita dapat rasa yang sel-sel daging pecah bila berada dalam mulut. Macam tak percaya ada daging yang sangat lembut dan rasa dia memang dapat dirasai sehingga ke tekak. Wow, itulah kelebihan pada hidangan Dry-Aged Steak yang korang rasa dan percayalah kenikmatannya berbeza gila dengan daging yang bukan dry aged. Bagi sis memang satu pengalaman makan steak yang terbaik la setakat ni.

Sambil makan dalam hati sis terdetik betapa kagumnya dengan cara KBB Burger & Steak ni masak steak. Walaupun sis ni consider rakyat marhaen tapi dapat menikmati keenakan steak bertaraf antarabangsa gitu. Serius memang tak pernah lagi sis makan steak yang macam ni punya sedap. Biasanya kalau tempat lain kebanyakannya rasa daging tu dah hilang disebabkan rempah Kalau jumpa yang sedap, sos pulak spoil. adesss. 

So, pujian harus diberi kepada Chef di KBB Burger & Steak ni. Memang salute la dengan skill yang mereka ada. Bayangkan sis minta steak yang dimasak medium dan yes memang sis dapat apa yang sis nak. Dry-Aged Steak yang disediakan untuk sis ni dimasak medium dengan sempurna tau. Ternyata restoran KBB Burger & Steak memang profesional dalam menyediakan daging untuk hidangan menu mereka. Selain dari apa yang sis makan, korang juga boleh menikmati menu lain seperti : Steak, burger,pasta & main course.

 Secara keseluruhan bagi sis memang sangat berpuas hati makan di KBB Burger & Steak ni. Dah la menu yang dihidangkan menggunakan daging yang berkualiti malah semuanya segar dan dipotong setiap hari. Ye, mereka hanya menyejukkan dan menyiapkan steak dalam penyejuk khas untuk mengekalkan kesegarannya dan sama sekali tidak membekukan daging mereka ya. Ini bagi memastikan kualiti dan rasa daging tidak terjejas.
So, kalau korang datang ke Negeri Kelantan dan ingin merasai keenakan daging yang bukan biasa-biasa, datang la ke tempat makan yang sedap di Kelantan iaitu di KBB Burger & Steak. Pasti korang takkan menyesal dapat menikmati daging steak yang terbaik di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu operasi KBB Burger & Steak, sila rujuk di bawah :
KBB Burger & Steak Kota Bharu
2713, Jalan Kuala Krai
15050 Kota Bharu
Kelantan
 
Contact :
010-2581001
 
Waktu operasi :
Setiap hari, 12 tgh - 11 pm
 
Facebook :
kbbburgerandsteak

 Instagram
kbbburgerandsteak
 
Youtube
KBB Burger and Steak







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2020/11/bukan-daging-kbb-burger-steak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang

Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 477 hits
Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni Sangat mudah dan senang disediakan Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga Cicah dengan sos lagilah nikmati Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni Pasti puas hati CARA MA...
Kota Bharu Rumah Daif Istana Buat Lima Beranak

Kota Bharu Rumah Daif Istana Buat Lima Beranak

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 345 hits
Luarannya seperti rumah terbiar berikutan keadaannya yang daif dengan dinding yang banyak berlubang serta binaan hampir menyembah bumi Namun rumah yang berusia lebih 60 tahun yang terletak di Jalan Kebun Sultan itu sebenarnya didiami lima b...
Mcdonald 039 S Lancar 039 Mcplant 039 Daging Burger Berasas Tanaman Pada 2021

Mcdonald 039 S Lancar 039 Mcplant 039 Daging Burger Berasas Tanaman Pada 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 302 hits
Images KONGSI ARTIKEL NEW YORK Rangkaian makanan segera McDonald s pada Isnin mengumumkan akan melancarkan burger baru berasaskan tumbuhan diberi nama McPlant bagi memenuhi permintaan lebih ramai orang yang tidak
Kisah Benar Di Bandaraya Islam Kota Bharu

Kisah Benar Di Bandaraya Islam Kota Bharu

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 338 hits
Md Zulaimi KazimKawan saya Pickiry Hussein bersama team beliau membuat kerja kebajikan malam semalam sekitar Kota Bharu Allhuakbar apa yang Pickrey jumpa Ada lagi rakyat tidur dalam beca roda 3 di Bandaraya Islam Kota Bharu Islam adalah aga...
Mayat Lelaki Dipercayai Membunuh Diri Ditemui Di Kota Kinabalu

Mayat Lelaki Dipercayai Membunuh Diri Ditemui Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 311 hits
Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 20 an Mayat lelaki dipercayai membunuh diri ditemui di Kota Kinabalu Lelaki Duduk Termenung Sebelum Menggantung Diri Di Jambatan Berhampiran Balai Polis Kota Kinabalu S eoran...
Makan Di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

Makan Di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 1378 hits
Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai Makan makan sebelum PKPD bermula lagi Tapi umi baru nak up cerita ni dalam tempoh PKPD Tapi takpe kalau korang nak rasa steamboat yang ada di Farhana Steamboat Corner Kota Masai ni boleh je Janji...
Satgas Covid 19 Kasus Aktif Di 319 Kabupaten Kota Di Bawah 50 Kasus

Satgas Covid 19 Kasus Aktif Di 319 Kabupaten Kota Di Bawah 50 Kasus

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 215 hits
Ini artinya sebagian besar wilayah di Indonesia memiliki kasus aktif yang tinggal sedikit ungkap Juru Bicara Satgas Penanganan Covid 19 Prof Wiku Adisasmito
Kisah Ibu Lima Anak Jadi Sopir Taksi Wanita Pertama Di Kota Gaza

Kisah Ibu Lima Anak Jadi Sopir Taksi Wanita Pertama Di Kota Gaza

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 300 hits
Kisah Ibu Lima Anak Jadi Sopir Taksi Wanita Pertama di Kota Gaza Abu Jibba yang memiliki gelar sarjana itu memulai bisnis taksi setelah gagal mendapatkan pekerjaan
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi