Bukan Anthony Mahu Tukar Nama Ktm Ini Senarai Kerja Kuat Menteri Pengangkutan




 
HarapandailyApril 24, 2025Oleh A. ZAHID




Baru-baru ini, tular cadangan untuk menukar nama Keretapi Tanah Melayu (KTM) atas alasan kononnya nama tersebut “ketinggalan zaman”.
Rentetan itu, media sosial meledak dengan pelbagai kecaman – ada yang menyalahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.


Ada juga cuba mengaitkannya dengan DAP dan kononnya usaha senyap mengubah identiti negara. Tidak kurang juga yang cuba membawa naratif konspirasi berkait lawatan Presiden China, Xi Jinping. Tetapi siapa sebenarnya yang memulakan cadangan ini?
Yang menariknya, cadangan tersebut tidak datang dari mana-mana kementerian pun. Bukan juga hasil mesyuarat Kabinet.
Ia hanyalah pandangan peribadi yang diluahkan oleh seorang individu bernama Johnson Fernandes – seorang bekas wartawan.
Tulisan itu diterbit oleh pihak Free Malaysia Today dengan tajuk, “What’s in a name? A journey beyond the tracks.”.
Dalam tulisannya, beliau menceritakan tentang perbualan dengan cucunya yang mempersoalkan istilah “kereta api”, dan dari situ timbul saranan supaya nama KTM diperbaharui agar lebih sesuai dengan era moden.
Namun sayangnya, ramai yang terus melompat ke kesimpulan – seolah-olah kerajaan sudah sedia menukar nama KTM. Yang menjadi mangsa tuduhan: Anthony Loke.
Anthony Loke semasa meninjau keadaan Stesen KTM Padang Besar bulan lalu.Sungguh tidak adil apabila seorang menteri yang tidak pernah pun menyuarakan hasrat untuk menukar nama KTM, tiba-tiba dijadikan kambing hitam dalam isu ini.


Lebih ironi lagi, pada masa yang sama, Anthony Loke sebenarnya sedang bekerja keras dengan agenda besar – menaik taraf sistem kereta api negara yang telah lama terabai.
Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, Anthony Loke menegaskan bahawa fokus beliau adalah pada penambahbaikan perkhidmatan.
Beliau mengumumkan penambahan 62 set tren penumpang baharu dengan kos RM10.7 bilion, melalui kaedah pajakan antara kerajaan Malaysia dan China. 
Bagi tempoh Fasa 1 iaitu dari 2024 hingga 2027 pelaksanaan strategi baharu itu menyasarkan penambahan 62 set tren penumpang baharu dengan anggaran kos RM10.7 bilion, yang akan ditampung secara ansuran selama tempoh pajakan 30 tahun.
Perjanjian ini bukan sahaja mengelakkan perbelanjaan besar dalam jangka masa pendek, malah memberikan peluang kepada rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan selesa.
Kita juga menyaksikan ETS kini berkembang dengan pesat. Dua tren elektrik baharu dari China bakal beroperasi Ogos ini, manakala lapan lagi sedang dipasang di Batu Gajah, Perak.
Bagi laluan selatan pula, fasa pertama dari Gemas ke Segamat sudah pun dibuka, dan akan diteruskan ke Kluang dan Johor Bahru secara berperingkat.
Langkah drastikSelain tren, Loke turut mengumumkan pembinaan jejambat menghubungkan stesen kereta api Segamat dengan terminal bas berdekatan dengan kos RM300,000.
Ini semua inisiatif konkrit untuk meningkatkan integrasi sistem pengangkutan awam demi kemudahan rakyat.
Jadi, kenapa kita masih bising tentang nama?
Adakah lebih penting kita ubah jenama, atau kita ubah mutu perkhidmatan? Bukankah selama ini rakyat sering mengeluh tentang kelewatan tren, sistem yang ketinggalan zaman, dan kurang mesra pengguna?
Apabila kerajaan mengambil langkah drastik untuk memperbaiki semua ini, mengapa pula isu remeh seperti nama lebih diberi perhatian?


Realitinya, orang ramai mudah terpengaruh dengan tajuk sensasi dan naratif politik yang memecah belah.




Menteri Pengangkutan giat berusaha menambahbaik perkhidmatan Komuter.Di sinilah pentingnya kita semua belajar menilai sesuatu isu dengan lebih kritikal. Bukan semua yang tular di media sosial datang dari sumber sah. Bukan semua yang dicanang itu dasar kerajaan.
Kita harus juga bezakan antara pandangan peribadi seorang individu dengan keputusan rasmi sesebuah kementerian.
Sama seperti seorang penulis blog bebas yang mencadangkan tukar warna Jalur Gemilang, itu tidak bermaksud kerajaan akan terus melaksanakannya.
Anthony Loke sedang bekerja keras untuk memperbetul sistem pengangkutan awam negara. Beliau berada di lapangan, menaiki ETS, memeriksa fasiliti, melancarkan projek sambungan dan penambahbaikan. Beliau tidak duduk diam mencipta polemik nama.
Maka, wajarlah kita memberi tumpuan kepada usaha yang memberi impak langsung kepada kehidupan seharian rakyat.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/bukan-anthony-mahu-tukar-nama-ktm-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 180 hits
Kolumnis AWANIKTM lahir daripada semangat sebuah Tanah Melayu yang sedang membina kemerdekaan dan kedaulatan Gambar fail BernamaCADANGAN untuk menukar nama Keretapi Tanah Melayu atas alasan kononnya ia sudah lapuk telah menimbulkan polemik ...
Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 120 hits
Pemuda Umno Pulau Pinang berkata usaha menjenamakan semula MRSM Kepala Batas itu menyuntik semangat baharu untuk melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang Semalam Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya bercadang menamakan MRSM ...
Pemimpin Yang Ajak Kerja Dengan Saya Bukan Untuk Saya

Pemimpin Yang Ajak Kerja Dengan Saya Bukan Untuk Saya

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 85 hits
Kata mendiang Lee Kuan Yew Whoever governs Singapore must have that iron in him Betul peringatan itu Sebenarnya untuk memimpin mana mana negara pun pemimpin mesti ada keberanian dan ketegasan Abdullah Ahmad Badawi juga punya keberanian dan ...
Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 193 hits
Kehidupan moden sering kali menimbulkan tekanan yang tinggi terutamanya dalam dunia kerja Namun penting untuk menguruskan tekanan tersebut agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera Berikut adalah beberapa tips santai yang boleh ...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 331 hits
Ramai orang kini mencari cara untuk jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah Sama ada suri rumah pelajar atau sesiapa sahaja yang mahu tambah pendapatan Hal ini kerana kerja dari rumah adalah pilihan fleksibel dan berbaloi Berikut adalah 20...
Anwar Kerajaan Persekutuan Setuju Mulakan Kerja Awalan Bagi Lima Projek Yang Jadi Keutamaan Di Pahang

Anwar Kerajaan Persekutuan Setuju Mulakan Kerja Awalan Bagi Lima Projek Yang Jadi Keutamaan Di Pahang

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan untuk memulakan kerja awalan bagi lima projek yang menjadi keutamaan di Pahang kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata projek terbabit melibatkan pembinaan persimpa...
Gara Gara Sindir Pmx Bawa Cucu Ke Pejabat Orang Kuat Isma Kena Kecam Tutup Ruang Komen

Gara Gara Sindir Pmx Bawa Cucu Ke Pejabat Orang Kuat Isma Kena Kecam Tutup Ruang Komen

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 52 hits
ADA PHD TAPI BODO GAK NOHHHH HarapandailyApril 22 2025Setiausaha Agung Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia Dr Ahmad Sanusi Azmi kena kecam gara gara menyindir Perdana Menteri yang membawa cucu ke pejabat pada hari minggu lalu Dilihat suda...
Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 146 hits
Kalau awak seorang isteri dan ibu mesti faham perasaan ni Kerja di pejabat belum habis balik rumah sambung pula kerja rumah yang tak pernah surut Kadang kadang kita tarik nafas panjang kadang kadang sampai mengeluh penat Semua nak kena jaga...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More